AkU yg SoranG

My photo
blog ini di reka oleh aku untuk mengemukakan pendapat dan perasaan aku mengikut teori rasional aku. segala perbendaharaan kata adalah kurang bagus untuk digunakan dalam mana2 dokumen formal. ini hati aku, cinta aku, jiwa aku, yang sebenar. kala aku marah, kala aku gembira, kala aku suka, kala aku sedih.. semuanya di sini.. aku jahat? kejam? ya ..semua itu adalah aku.. Utk kamu yg kurang mengenaliku, aku tak perlukan cemuhanmu kerana takdir kita berbeza.

Wednesday, February 2, 2011

my face!!!

hai..assalamualaikum.. heharap sihat lah ekk..
entry kali nih, nak cakap pasal my face..

semalam, aku tanya kawan baik aku.. muka aku nih macam india ke? nak tau apa respond dia??
"muka ko tu yang macam jual karpet.. tu..!!!"

cilaka betul!!! pang!!!aku tampaor muka dia. nehhh... padan muka kau.. sedap2 jer cakap muka aku macam pakistan jual karpet!!

ececcehh... tak lah, mana ada aku nak tampar muka dia.. aku ni kan baik, tapi aku rasa nak simbah asid jer kat muka dia. yelah, tak patut gila la kan?? cakap muka aku cam tu.. ngat aku ni apa? tak de perasaan langsung!!! berlapik la sikit.. kata lah muka aku macam hindi ker.. cantik macam rani mukherjee ke.. baru ler best aku dengar. huhhu. sekali cakap macam pakistan! sakit hati aku. nak jer aku cakap, muka kau tu macam piluX!!!

"abang maniiis.. mau beli karpet... ada baju juga!! bole bili terus, ansuran pun buleh.. " hahahah, terbayang plak aku yg jual karpet.. huhuhu.. sadis!!!

tapi nak buat macam mana an.. bukan salah aku.. huhuhu. mmg masa mak aku ngah ngandung kan aku, di ternampak sorang pakistan ni.. cantik , putih tinggi.. huhuhu.. sebab tu lah kowt.. huhuhu.. tak de lah nak salahkan sesiapa.. huhuhu.

dengan ini, aku terima muka aku ala2 pakistan... huhuhu. ahrgghhh... cantik aper... ada aku kisah?? toink2!!! ~miss S~

p/s: sedih aku carlos tak baik lagi... rawatan2!!!

perjalanan ke sndakan.

huhuhu... perjalanan yang paling aku rasa tak munasabah mahupun munasarawak.. walaupun sampai pada masanya, tapi aku still tak puas hati. ini kerana aku bayar rm42.00 tau!! sealunya rm 30-rm40.00.. huh!!! aku mintak harga rm 40.00 pon tak bley.. gila kerek kakak tuh!!! tak bole dik!! rm 42... aku rasa nak penyepak jer.. dah la bayar mahal, keadaan bus plak mmg tak best.. ada ke kosi dia pon patah sana sini...


yang aku tak bleh blah, aku rasa tertipu giler. ada ke patut diorang pi amik budak2 seklah maktab mara tawau. hadoi,,... budak2 tu plak, bising. bajet giler kowt... ada tu yang dalam bus, bukak plak tudung, terbang kowt.. huh, bajet rambut dia yang paling hot kowt..~~ tekanan aku. aku nak tido plak, tak bole,.. bus macam laju, tapi sebenarnya tak. gegar jer lebih. sakiiit hatiii!!


lagi aku tak bole blah, ntah berapa kali bus tu berhenti, nilah perjalanan aku yang pertama buat aku sakit hati dok dalam bus.aku dah takeh tahan!! terus ku bangun!! p kat pakcik bus. huhu, aku pun sound pakcik driver tu..

"pakcik, agak ar,.. orang nak cepat!! kalo agak agak pakcik ni nak berenti2, tak payah bawak bus express nih!! bawak jer bus dalam bandar. nama bus tu, bus berenti2.. tak delah org nak sakit hati!!!" pang!!! penampor sekali aku bagi!!kan!! buat2 tak dengar! ngat aku cakap ngan kosi?? hah !! padan muka!! suka sangat nak berenti2.. budak2 maktab mara n yang lain terus diam. baru dorang tau aku nih brutal!! ingat pakai tudung takleh nak ajar org!! yalah, kita dah bersabar, banyak plak cekadak dia! terus aku suh pakcik bus tu dok tepi, aku yang drive plak.. hahaha, tengoklah kehebatan aku!! mesti dorang semua respect kat aku nih, fuhh!!! bangga gila!!! kembang2 hidung aku nih!!


hihihihi.. mana ada aku mengarut jer kat atas tu.. mana aku berani nak sound2 orang. aku tetap bersabar and maintain ayu gituu!!! hahahha.. walaumacam mana pun aku sampai sandakan dengan baiknya, terus aku amik cab.. n balik umah abg aku.. driver tu plak letak harga rm15.00. gilak!! memang cekik darah jer sume org kat cni... huhuhu.. habis duet aku terbang2.. pasni catu makanlah.. macam penduduk yang banjir tu..


k lah.. need to go,.. itu jer laporan saya pada minggu nih.. ~Miss S~
p/s: carlos koma.. perlukan pembedahan segera.. sesapa yang punya wang lebih, rasa2 nak bantu, bole la menghulurkan bantuan segera.. huhuhu~~~

Sunday, January 9, 2011

Bila Mana N ketikanya..


BILA aku dengar lagu hanyut ni,.. dinyanyikan oleh faizal tahir..
terlintas dalam benak aku yang center ni, nak hadiahkan pada ex-boifren..
hmm..kununnya masih ingat kat dia larr..kan?? [tp mmg ingat gak, sikit2..hihi^^]
tapi KAN...,
ketika aku dengar balik lagu nih... ulang2.. mmg mantap..
dan lagu yang mantap,
tak perlu aku dedikasikan kepada sesiapa yang pernah sakitkan hati aku..
jadi, dengan ini.. aku dedicate lagu ni, khas untuk ayah & mak..
walaupun dorang tak baca blog aku, aku tahu dorang tahu..
bagaimana???
sebabnya, aku selalu nyanyi lagu ni bila kat umah... hahahha.
>.<


m0od : sedih.. sebab nak p blaja dah.. apa2 pon layaaaannnn...
~miss S~


Saturday, January 8, 2011

LANGIT 2


malam ini, langit mendung..
angin sepoi2 bahasa menyapa raup wajahku..
seakan, bayangan semalam menerpa ingatan aku..
kenangan bersama dia..
di mana aku sentiasa berharap kami berjumpa..
bertemu.. tersenyum memandang masing2..
bertaut jemari, sambil melihat langit kelam..

namun, itu ceritera semalam..
mana mungkin akan berulang kembali.
detik ini, air mata seolah terdiam..

jauhi daku..
mo0d: sayu kowt ~miss S~

Friday, January 7, 2011

D.I.A



manusia ni.. nama dia di rahsiakan... _._._._._._ ... hihihi
cam mana ley kenal dia? kat fb.. masa tu test2 je nak kawan.. nak tgk market.. hehehe, sesekali jadi nakal, tak salah kan?? belom kawen lah nak buat, kalo dah kawen nak buat, harap
dipertimbangkan dengan sebaik2nya la kan??? mati lah kalo perempuan dah kawen pon nak test market.. memang gatai la gamoknya...

hari ni nak citer pasal dia, sebab dia ni unik sangat.. dia nih, budak seni.. hensem, pandai bergaul.. tapi pelik, blom pernah couple.. dia cakap lah,.. kalo dia tipu aku, aku pun tipu lah pembaca sekelian.. hahaha.. org hensem, disenangi, tapi tak pernah couple,.. umo dia?? 2 tahun lebih tua dari aku.. tapikan, aku rasa aku tahu kenapa perempuan tak nak kat dia.. hahaha...
sebab, dia ni rajin suh org kol balik.. hahaha.. tokei balak pon ley botak.. hahahha.. gurlz mana suka nak kol2 ni.. kalo nak, awak lah kol.. apa lah.. ngok ngek.. senang jer hidup..

mulut dia ni.. manisla.. org yang ada diabetis, harap jgn dekati.. sebab takut tahap gula dalam darah meningkat secara mendadak. hahaha!! kalo perempuan dengar, mesti cayaq punya. tapi aku tak lah.. sebab, aku ni cepat bosan.. memula nak layan tu, seronok lah.. tapi lama2, bosan deyh.. gue mana tahan!! hahaha.. cakap pon melalut2 jer.. nak marah tak pepasal.. gila tak pepasal.. ntahlah...

manusia sekarang nih, selalu tak fikirkan perasaan org lain.. buat teman di luar sana, buatlah sesuatu atau carilah sesuatu yang kita suka, tapi tak menyusahkan org.. hihihi.=)

SEKADAR LALU LALANG JER.. HIHIHI.. NTAH GAMBAR SAPEW, I HENTAM AJER...
miss S

Thursday, January 6, 2011

LANGIT


apabila aku tenung bintang dilangit
air mata kian mengalir
aku menyapukannYA dengan belakang tangan
aku tahu, aku sedang merindui dia
yang dulunya pernah berbisik pada aku
"walau kita tak melihat bintang yang sama, tapi ingatlah.
. kita di bawah langit yang sama..
sama2 dalam kegelapan..
tarik nafasmu panjang2, pegang tanganmu dengan kejap, rasai kehadiranku..."

hati, berhentilah merindui orang yang tak sudi..
ecececeyyhh....
mood: jiwang.

Monday, December 20, 2010

L.E.L.A.K.I .... I.N.I part 2


hee... assalamualaikum.. bertemu kembali dalam arena pemBLOGan.. hihi.. harap semua sihat lah erkk... hari ni aku nak kisah kan tentang seorang manusia yang tak bersyukur. tak lain n tak bukan, INCIK H!!! tepukan gumuruh di berikan di salingkan dengan jeliran lidah!!

huh!!! kehadapan Incik H...
setelah hampir 3 bulan aku tak ganggu hidup ko, kenapa kau datang gi miskol aku? ada aku kesah ker? bley siap tanya, aku nih sapa... ek eleh... aku tau la, ko dah lupa aku tapi tak payah
berkias2.. agak-agak la kan... dah tau lagi mo tanya.. DASAR buaya!!

kesisisan Incik H,
memang dulu, aku sangat tergila2 kan kau... tapi tu dulu, citer dah bertahun la.. sekarang boleh blah la kan, ko ngan sikap kau... geli siot baca mesej kau... boley ker ko buat aku macam ni? kau nak salahkan aku pada semua yang berlaku? agak2 la weyh... let see this..

miss S: ada apa?

Incik H: ni S** ke?

miss S: tak, A*******... kenapa?

Incik H: just nak bagi awak faham. why kte tak dapat bersama. salah satu sebab ialah bila awak melibatkan hal peribadi kita dengan orang yang saya kenal lebih2 lagi dengan orang yang saya selalu berurusan tentang kerja, saya tak suka awak melibatkan mereka n itu sedikit sebanyak mengganggu urusan kerja saya. awak campurkan urusan peribadi dengan rakan sekerja saya. malah awak merahsiakan dari saya sewaktu kita masih ada peluang bersama dulu.

miss S: xpe...

incik H: pada awak itu XPE, tapi pada saya itu sangat mengganggu urusan komunikasi saya dengan mereka! kenapa masa kita bersama dulu saya tak layan awak? sebab saya marah sebab awak merahsiakan itu dari saya. awak sedar tak? urusan saya banyak terganggu disebabkan awak melibatkan mereka!

miss S: buat pengetahuan awak, ttg kawan lelaki awk tu tak pernah wujud. dan dalam fb saya hanya kenal 2 orang. M***** dan S*******. itu pun saya jarang komen & saya pasti diorang tak tahu tentang kita dulu.

incik H: haha awak pasti dengan jawapan awak? itu yang awak bagitahu saya, yang awak tak bagitau saya?

miss S: ya.. saya tak pernah bercerita tentang hubungan kita kecuali pada kawan2 perempuan yag saya rapat. da xde apa awak.. k.. bergembiralah.. anyway, terima kasih sebab tak paparkan saya pada umum. 1 jer saya harap, jangan hancurkan hidup saya.

entahla..aku tak tahu aapa lah manusia ni fikir.. tak tergamak aku nak hancurkan hidup orang.. betapa aku bersyukur sebab dah tak sama2 dia lagi.. mesej aku semata2 nak salahkan aku sebab break up.. apahal??? aku rahsiakan sesuatu? dia yang syak bukan2... aku relax dah lah... mmg kalo org dah salah... siap bagi tanda seru lagi.. bal la weyh... nasib aku tak maki kau depan2... tu jer... sekurang2nya aku ada gak tanda respek aku kat kau...

ko tak layan aku? tu mmg masalah ko k... ada aku kesah? (tapi dulu aku kisah kowt, hihi) sedangkan citer kawan ko tu, tak pernah ada.. aku main phsyco je.. tak tahu la btul tak... tapi dah kata kan, org buat salah... tu yg rasa semacam.. sepandai2 tupai melompat jatuh ke tanah jugak..

incik H,
harap pas ni jangan ganggu hidup aku.. apa masalah ko, aku tak tahu... ko mmg tak pernah declare aku dalam hidup ko. itu yang pasti. dari dulu sampai sekarang... kalo ko bangga sangat ttg awek ko tu, kita tgk je la sampai mana... huhuhu...

yang menyampah, aku.. miss S...

p/s: citer ni sekadar bahan lepas perasaan n hanya rekaan semata2.. utk menghiburkan hati yang boring giler...