AkU yg SoranG

My photo
blog ini di reka oleh aku untuk mengemukakan pendapat dan perasaan aku mengikut teori rasional aku. segala perbendaharaan kata adalah kurang bagus untuk digunakan dalam mana2 dokumen formal. ini hati aku, cinta aku, jiwa aku, yang sebenar. kala aku marah, kala aku gembira, kala aku suka, kala aku sedih.. semuanya di sini.. aku jahat? kejam? ya ..semua itu adalah aku.. Utk kamu yg kurang mengenaliku, aku tak perlukan cemuhanmu kerana takdir kita berbeza.

Saturday, March 26, 2011

Manusia paling J.A.H.A.T

assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada kawan2 semua... Apa khabar agaknya kalian?? semoga semuanya dalam keadaan baik2 sahaja...

episod hari ini nak paparkan ciri-ciri manusia yang di anggap JAHAT dalam Islam. ADA 9 SEMUANYA... harap2 kita semua jauh dari sifat2 yang berada di bawah...

>>>> daripada Asma' binti Umais Qasmiah, qola rasulullah swt,<<<<

1) Sejahat2 hamba Allah adalah orang yang BESAR DIRI & SOMBONG.
" dah lah sombong & menyombongkan diri sehingga terlupa pada Allah yg Maha Besar & Maha Tinggi"

2) manusia yang buruk adalah manusia yang PALING KERAS KEPALA & MELAMPAUI BATAS.

3) manusia yang paling jahat adalah LALAI & LUPA sehingga dia lupa tentang kubur & kereputan badan.

4) LUPA KEPADANYA , tinggi diri dan lupa pada asal kejadiannya

5) manusia menggunakan AGAMA UNTUK DUNIA

6) manusia MENJUAL AGAMA dengan jalan SYUBHAH.

7) manusia yang TAMAK DALAM MEMIMPIN

8) manusia yang MENGIKUT NAFSU

9) manusia yang menjadi HAMBA yang melakukan MAKSIAT

aku harap agar kita semua dapat sedikit input dari apa yang aku tulis.... amiiiinnnnn......... ^^V

Wednesday, March 23, 2011

aku sendiri

dalam menafsirkan diri aku.. siapa aku sebenarnya.. banyak betul kealpaan yang aku telah lewati... tapi, Allah swt itu maha Esa, maha Perkasa.. mengetahui setiap apa yang ada di bumi dan di langit. saat aku pandang pada pohon yangrimbun, saat aku melihat pada langit yang suram, saat aku merenung air mengalir... aku rasa diri aku sudah terlalu jauh menyimpang daripada kejadian Asal ku yang sebenar.. aku terlalu asyik dengan keduniaan sehingga aku sering mengabaikan suruhanNya...

terlalu banyak sifat ego yang membelenggu hati aku, terlalu banyak sifat tamak, sehingga kini aku merasa diri ku terlalu hina. hidup yang selama ini aku perolehi jauh dari sepatutnya. sesungguhnya Islam itu terbaik... menjaga setiap kesucian.. tapi aku alpa, aku sendiri menjeratkan diri dalam kancah kehinaan.

biarpun aku tersesat, Allah sentiasa ada.. memberi petunjuk.. selama aku alpa, selama aku sombong, dia tak pernah putuskan rahmatNya keatas ku... Dia tak pernah ambil orang yang ku Sayang, Dia sentiasa memberi peringatan kepadaku agar aku selalu kembali kepadaNya. malunya aku pada Allah swt, Tuhan sekalian Alam.. Akulah hamba yang tak pandai berterima kasih. akulah hamba yang ego, akulah hamba yangtak sedar dek untung...

aku MALU pada Nya.... semoga perubahan kali ini menjadikan aku lebih hampir kepadanya.. ISTIQAMAH selalu... aku terlalu rindu NIKMAT iman dan perasaan yang dekat dengannya.



Ya RABB... SESUNGGUHNYA KAU LEBIH MENGERTI HAMBAMU INI... DEKATKANLAH AKU DENGAN MU, JAUHILAH AKU DARI LARANGAN MU, TEGA KAN AKU AGAR AKU DAPAT MENEMPUHI SEGALA CABARANMU...
YA ALLAH YANG MAHA MENDENGAR,
AKU HANYALAH HAMBAMU YANG HINA..
TAPI PERKASALAH DIRIKU SEPERTI SAIDATINA SITI FATIMAH R.A
TABAHKAN HATIKU SEPERTI SAIDATINA KHADIJAH R.A
DAN BIJAKSANAKAN AKU SEPERTI SAIDATINA AISYAH R.A

YA ALLAH, BUKAN AKU SAHAJA, KAU BERIKANLAH PETUNJUK DAN HIDAYAH KEPADA RAKAN2 KU, JIRAN2KU DAN TAK LUPA PADA KELUARGAKU.. SEMOGA KAMI SEMUA TIDAK TERLAMBAT DALAM MENEMUKANMU...

AMIIN...

Wednesday, March 9, 2011

tak tau la nak habaq...







hai..assalamualaikum.. apa khabar kalian..dah lama rasanya tak tulih kat sini... sebuk menaip assignment hingga jarang masa terluang...hehheheXD

semakin lama hidup dalam universiti, semakin banyak perangai pelik yang aku temui. terutama perangai Hipokrit. srius! aku tak ley hidup dalam kehipokritan. tapi tak bermakna
aku tak bole berlakon untuk sukakannya. bole.. tapi kejap je lahkan.. pastu meluat. aku bukan lah jenis person, yang suka mempergunakan org lain untuk kepentingan sendiri.


hipokrit! hipokrit! hipokrit!! gila banyak orang hipokrit aku pernah jumpa sejak aku masuk dunia belajar nih. yang aku tak sangka plak.. hadoiii... nak mention nama, rasa tak baik plak kan??? t ada yang kenal.. tak tahu nak luah kat sapa.. mmg aku tak sangka sangat di keliling aku ni ramai org yang berpura2... sememangnya ramai yang menegakkan benang yang
basah! yang tak bole blah tu, mesti ker nak kutuk orang rapat ngan aku depan aku..??? agak lah wei... kan??? cubit paha kanan, paha kiri pun terasa gak...

kenapa tak bole terus terang? kenapa nak cakap belakang?
kenapa nak terasa kalo orang betul kan?
kenapa terasa diri hebat?
kenapa tak boley terima dengan baik?


sorilah geng.. aku tak ley jadi macam korang .. pandai bermuka2... aku bukan cam tu.. sius..
aku tak dapat lakukannya.. ko ada kelebihan tu, tapi aku tak de.. ko mmg hebat!! sungguh!! tapi tu bukan cara aku... maaf...ini hanya pandangan aku kepada mereka yang aku kenal. aku bukan nak mengaibkan, cuma aku bukanlah hipokrit.. kalau aku tak suka, tak berkenan aku terus terang. aku bukan setuju kat depan n bikin panas kalo kat belakang. sekarang nilah masa untuk perbaiki diri. aku pun bukan baik sangat pon, aku pon manusia yang kurang ilmu kadang2 buat org sakit hati. aku mmg serius kalo tabiat mnusia. aku paling benci org yang amik kesempatan atas kebaikan org lain. kalo ko kawan aku, aku jaga nama baik ko depan aku, aku takkan cakap keburukan ko dengan org lain kecuali dengan kawan2 baik kita bersama. aku cakap, untuk perbetulkan ko n tak nak ko hanyut dalam dunia yangpenuh kepura-puraan.

nabi pun suruh kita bersikap jujur dalam perbicaraan.. selama nih, aku diam,.. ya!! tapi kalo
perangai ko dah melampau. depan lecturer pun tak hormat, patut ker aku biarkan??? kau
pun manusia, akupun manusia, kalo ko cakap kat depan, orang tak nak dengar ko cakap, apa
ko rasa?
pastu, bila ada orang nak dengar ko cakap, ada orang lain plak halang? apa ko rasa?
kalo aku jadi lecturer tu, aku dah lama buang ko dari subject aku. ko bukan bodoh, masuk universiti plak, tapi respect lah org sekeliling ko..

kalo ko tak suka aku tak apa... mmg lah aku tahu jugak.. kita mmg tak sebulu. kalo selama ini ko baik pon sebab aku tahu, ko sekadar berbahasa sahaja... sememangnya kalo ko dapat, ko takkan bantu aku.. tapi aku nak cakap satu, aku tegur mungkin salah. mungkin tak kena pada tempat, itu aku tahu.. tapi sebelum ko meletakkan perasaan tak suka ko tu pada aku, ko renunglah balik. wajar atau tak aku tegur ko... hahahhaXD

no tocing2.. no hurt feeling...

periuk tak retak, nasi tak dingin,
ang tak nak, aku pun tak ingin...

apa pun, aku tak kesah kalo ko tak suka aku... yang penting aku tahu, aku tak hipokrit macam ko, aku tak pernah cemburui pada ko, n aku tak pernah tak suka ko. ko tetap kawan aku, sebab ko pernah tolong aku. aku takkan lupa budi baik ko.. pas ni aku tak nak dah makan budi ko.. takut aku di gelar tak kenang budi... hihihiXD

nah lagu utk korang yang tak suka aku..


p/s: aku tak pernah nak sangka buruk... tapi kalo aku dah stat sangka buruk.. aku takkan penag lupa gak nak sangka baik gak.. hahhaha. aku ni manusia jer...

Thursday, February 10, 2011

aku kan ada!!

hai..assalamualaikum... hari ini, air mata aku tak habis2 meleleh... huhuhu, bestfren aku, tak tahulah kenapa ngan dia.. hari ini aku nak citer sal sikap dia semenjak 2-3 hari ni sangat tak best...
hari ni rasa sedih sangat.. sebab kawan baik aku tak balas pon mesej aku.. huhuhu.. aku tahu dia ngah bad mood, tapi at least balas la kan.. dah 7 mesej aku sent dari 2jam yang lepas.. takkan pasal bad mood pon tak ley nak balas sikit..

sebagai seorang kawan yang sangat rapat, tentulah aku risau giler.. aku tak nak dia sakit.. aku tak nak dia bad mood.. lawak aku pon dia pon tak gelak.. dah 3 hari berlalu.. warrghhh... tensen giler!!!

bila nampak jer aku, dia tak bercakap pon.. dia buat tak kenal. senyum pon tak de.. hadoiii... macam aku pulak pesalah.. hukuman apa yang aku terima nih...

buat kau yang ku sayang,
senyumlah kembali.. aku rindu tawa ria mu... aku rindu gelak mu.. aku rindu untuk bermanja dengan kau.. kalo ko tak der, aku sunyi.. jangan lari dari aku...

~miss S~

Wednesday, February 2, 2011

my face!!!

hai..assalamualaikum.. heharap sihat lah ekk..
entry kali nih, nak cakap pasal my face..

semalam, aku tanya kawan baik aku.. muka aku nih macam india ke? nak tau apa respond dia??
"muka ko tu yang macam jual karpet.. tu..!!!"

cilaka betul!!! pang!!!aku tampaor muka dia. nehhh... padan muka kau.. sedap2 jer cakap muka aku macam pakistan jual karpet!!

ececcehh... tak lah, mana ada aku nak tampar muka dia.. aku ni kan baik, tapi aku rasa nak simbah asid jer kat muka dia. yelah, tak patut gila la kan?? cakap muka aku cam tu.. ngat aku ni apa? tak de perasaan langsung!!! berlapik la sikit.. kata lah muka aku macam hindi ker.. cantik macam rani mukherjee ke.. baru ler best aku dengar. huhhu. sekali cakap macam pakistan! sakit hati aku. nak jer aku cakap, muka kau tu macam piluX!!!

"abang maniiis.. mau beli karpet... ada baju juga!! bole bili terus, ansuran pun buleh.. " hahahah, terbayang plak aku yg jual karpet.. huhuhu.. sadis!!!

tapi nak buat macam mana an.. bukan salah aku.. huhuhu. mmg masa mak aku ngah ngandung kan aku, di ternampak sorang pakistan ni.. cantik , putih tinggi.. huhuhu.. sebab tu lah kowt.. huhuhu.. tak de lah nak salahkan sesiapa.. huhuhu.

dengan ini, aku terima muka aku ala2 pakistan... huhuhu. ahrgghhh... cantik aper... ada aku kisah?? toink2!!! ~miss S~

p/s: sedih aku carlos tak baik lagi... rawatan2!!!

perjalanan ke sndakan.

huhuhu... perjalanan yang paling aku rasa tak munasabah mahupun munasarawak.. walaupun sampai pada masanya, tapi aku still tak puas hati. ini kerana aku bayar rm42.00 tau!! sealunya rm 30-rm40.00.. huh!!! aku mintak harga rm 40.00 pon tak bley.. gila kerek kakak tuh!!! tak bole dik!! rm 42... aku rasa nak penyepak jer.. dah la bayar mahal, keadaan bus plak mmg tak best.. ada ke kosi dia pon patah sana sini...


yang aku tak bleh blah, aku rasa tertipu giler. ada ke patut diorang pi amik budak2 seklah maktab mara tawau. hadoi,,... budak2 tu plak, bising. bajet giler kowt... ada tu yang dalam bus, bukak plak tudung, terbang kowt.. huh, bajet rambut dia yang paling hot kowt..~~ tekanan aku. aku nak tido plak, tak bole,.. bus macam laju, tapi sebenarnya tak. gegar jer lebih. sakiiit hatiii!!


lagi aku tak bole blah, ntah berapa kali bus tu berhenti, nilah perjalanan aku yang pertama buat aku sakit hati dok dalam bus.aku dah takeh tahan!! terus ku bangun!! p kat pakcik bus. huhu, aku pun sound pakcik driver tu..

"pakcik, agak ar,.. orang nak cepat!! kalo agak agak pakcik ni nak berenti2, tak payah bawak bus express nih!! bawak jer bus dalam bandar. nama bus tu, bus berenti2.. tak delah org nak sakit hati!!!" pang!!! penampor sekali aku bagi!!kan!! buat2 tak dengar! ngat aku cakap ngan kosi?? hah !! padan muka!! suka sangat nak berenti2.. budak2 maktab mara n yang lain terus diam. baru dorang tau aku nih brutal!! ingat pakai tudung takleh nak ajar org!! yalah, kita dah bersabar, banyak plak cekadak dia! terus aku suh pakcik bus tu dok tepi, aku yang drive plak.. hahaha, tengoklah kehebatan aku!! mesti dorang semua respect kat aku nih, fuhh!!! bangga gila!!! kembang2 hidung aku nih!!


hihihihi.. mana ada aku mengarut jer kat atas tu.. mana aku berani nak sound2 orang. aku tetap bersabar and maintain ayu gituu!!! hahahha.. walaumacam mana pun aku sampai sandakan dengan baiknya, terus aku amik cab.. n balik umah abg aku.. driver tu plak letak harga rm15.00. gilak!! memang cekik darah jer sume org kat cni... huhuhu.. habis duet aku terbang2.. pasni catu makanlah.. macam penduduk yang banjir tu..


k lah.. need to go,.. itu jer laporan saya pada minggu nih.. ~Miss S~
p/s: carlos koma.. perlukan pembedahan segera.. sesapa yang punya wang lebih, rasa2 nak bantu, bole la menghulurkan bantuan segera.. huhuhu~~~

Sunday, January 9, 2011

Bila Mana N ketikanya..


BILA aku dengar lagu hanyut ni,.. dinyanyikan oleh faizal tahir..
terlintas dalam benak aku yang center ni, nak hadiahkan pada ex-boifren..
hmm..kununnya masih ingat kat dia larr..kan?? [tp mmg ingat gak, sikit2..hihi^^]
tapi KAN...,
ketika aku dengar balik lagu nih... ulang2.. mmg mantap..
dan lagu yang mantap,
tak perlu aku dedikasikan kepada sesiapa yang pernah sakitkan hati aku..
jadi, dengan ini.. aku dedicate lagu ni, khas untuk ayah & mak..
walaupun dorang tak baca blog aku, aku tahu dorang tahu..
bagaimana???
sebabnya, aku selalu nyanyi lagu ni bila kat umah... hahahha.
>.<


m0od : sedih.. sebab nak p blaja dah.. apa2 pon layaaaannnn...
~miss S~