AkU yg SoranG

My photo
blog ini di reka oleh aku untuk mengemukakan pendapat dan perasaan aku mengikut teori rasional aku. segala perbendaharaan kata adalah kurang bagus untuk digunakan dalam mana2 dokumen formal. ini hati aku, cinta aku, jiwa aku, yang sebenar. kala aku marah, kala aku gembira, kala aku suka, kala aku sedih.. semuanya di sini.. aku jahat? kejam? ya ..semua itu adalah aku.. Utk kamu yg kurang mengenaliku, aku tak perlukan cemuhanmu kerana takdir kita berbeza.

Friday, September 28, 2012

tentang kawan

assalamualaikum wbt. (tak jawab dosa)

pada yang non-muslim, selamat sejahtera aku ucapkan. cerita hari ini based on perkataan di atas.
kawan...
hmm... kawan...
"aku tak nak kawan dengan kau!"
"jangan kawan dgn dia!"

pernah tak korang dengar pasal perkara ni time kecik2? atau korang pernah menyebutnya?
aku? of course pernah lah... memang tak lah kalo tak pernah..

aku berkawan dengan semua org..tua. muda... hitam... putih.. cantik.. hodoh.. gemuk ..kurus.. semua.. aku nak jadi kawan yg baik,, tapi kadang-kadang kita sendiri tak sedar betapa jahatnya kita dalam menjdi kawan baik. kenapa aku cakap macam nih?

aku tahu manusia tak ada yang perfect dan kesalahan acapkali berlaku dalam kehidupan seharian..
seperti aku.. aku bukan malaikat. hti aku tak sesuci kanak2..ada kotoran yang degil.. agaknya kena gunakan pencuci macam vanish kuasa 2 o, hahhaha,,..n kadang-kadang aku perlu gunakan harpic untuk menyahkan bau dan membasmi  kuman. langkah indahnya kalo ada pencuci hati yang fungsi dia sama dengan 2 object ni...

aku pernah mengeluh kerna punya kawan baik, aku jugak pernah mengutuk kawan baik ku..jahat kan aku? tapi, cepat2 rasionlku datang, memikikan apa jer yang terbaik dia pernah tolong, time family berjauhan, time air mata bercucuran, time sengkek, time susah lah... aku tak pernh sendiri.. time paling tak leh blah, time aku kena buli... huhuhu... walaupun pembuliannya tak nampak oleh mata kasar, tapi jauh di sudut hati aku.. aku mmg rasa aku di buli... time tu.. bestfriend aku jer yang faham... sebabtu bila ada orang talking bad about her,aku rasa cam nak tampar jer orang tu... aku jer boleh kutuk dia.. hahahaha...

aku nak reward dia kat sini.. nama dia suarni masirang.. memang dia kebudak-budakan.. memang dia tak berapa nak mature. tapi, kadang-kadang la.. dia banyak sangat bercerita buat hidup aku tak sunyi. hahaha.. saat nih.. aku rindu dia.. hahahhaaa... macam tak percaya jer boleh rindu pada dia.. wei, aku rindu kau lah!!!! n maaf wei aku pernah kutuk ko kadang2.. tpi aku tak kutuk ko dengan org yang kita tak rapat.. selalu aku bercerita dengan karen tapi sebab aku dah tau perangai dia, aku dah malas cerita dengan dia.. aku simpan sendiri jer sekarang.. thanks atas semua nasihat2 kau dulu time kiter blajar.. au doakan semoga hidup kita berjaya dunia akrat

miss S

p/s: nanti aku upload gambr dia..hahahha



Wednesday, September 19, 2012

sakit hati,tekanan perasaan.

Assalamualaikum..
Apa khabar??? Harap2 kita semua dalam keadaan sihat...
Baru-baru ni..baru jer 3 hari..aku kerja kat kedai gambor.. Alahai.. Hari pertama, kedua.. Ok la lagi..tlinga ini bisa lagi mendengar. Hati masih boleh bersangka baik.. Tapi masuk hari ketiga.. Hanya Allah yang tahu.

Kehadiran pekerja baru lelaki muka ala2 aqasha suara garau+serak.

Aku tau..lelaki tu hensem..tapi tak payah la marah aku depan budak baru tu. Ada pkerja lama ni bangsa cina, mulut mmg tahap longkang. Memang kalo dia cakap..buat sakit hati org. Aku panggil dia kat sini cilong.. huhuhuhu.... sakitnyaaaaaaaaaaaaaaaa hati nihhh!!!!!!

wahai hati, sabarlah kau... sabar lah... semoga dia terbuka hati nak berkawan ngan aku.. amin...

yang tahan rasa,

miss S

untuk incik H

assalamualaikum..
entry kali ini saya khususkan buat incik H

sebelum benar-benar terlewat.. sebelum hari berikutnya datang menjelma.. saya nak ucapkan SELAMAT HARI LAHIR buat awak. semoga hari2 awak sentiasa bahagia dan Allah memberkati setiap apa yang awak buat. hati awak lapang. rezeki yang tak pernah habis. kasih sayang keluarga pon takkan hilang dari awak.

walaupun saya tahu, (serkap jarang jer ni..) awak bahagia di samping dia. awak sambut dengan gumbiranya bersama yang tersayang. saya tahu, kita tak pernah sambutnya. tapi saya selalu mengimpikannya.

entah.. saya tak dapat lupakan tarikh ini... saya masih tak mampu jumpa awak. dan saya masih mengingati awak. saya minta maaf sebab tak dapat lupakan awak lagi.. tapi saya yakin, saya akan dapat lupakan awak jugak satu masa nanti. jadi jangan risau. hati ini akan terbuka untuk si DIA..

(.. tarik nafas.. n hembus dengan perlahan..) terasa lelah walaupun saya tahu, awak tak pernah baca entry2 saya.. hati sungguh lelah dalam pencarian. dan hati sentiasa berdebar bila ingatan bertebaran mengenangkan kenangan lalu.

jgn ada benci ~miss S~

Saturday, August 4, 2012

tak sedaq di untung!!

aku pelik dgn anak2 muda belasan tahun pada hari ini.. dengan orang yang bukan family, kemain lagi,... sgt baik.. bersayang-sayang.. cakap lembut2.. tapi dengan adik sendiri, bapa, mak, saudara mara yang lain, ke main kasar, cakap macam dgn binatang. kenapa ek bole jadi camtu?

KARMA

WHAT'S GOES AROUND COMES AROUND

HUKUM NEWTON YANG KE-2 NI selalu bermain dalam minda aku. knapa? memang dunia hari ini terjadi macam tu. kalau hari ini kita buat jahat, hina orang, jangan terkejut kalau kita atau ahli keluarga kita yang lain jadi macam tu.

seharusnya, kita jangan menghina orang yang menemui kejahatan macam tu.. misalnya


memang semua orang tahu, anak dia panjang tangan.. memang semua orang kenal perangai anak dia macam tu, tapi kita pasti ke apa yang orang tu rasa setiap kalo anak dia diperkatakan orang dan tohmahan yang dilempar ke atasnya? kita tak tahu betapa malunya dia bila dia di pandang serong oleh komuniti sekeliling dia..

salah anak dia, bukan salah dia. kadang2 dia didik anak dah betul tapi ALLAH nak tunjuk kat dia dan kita bahawa AKHLAK TAK BOLEH DIWARISI APATAH LAGI KEIMANAN. sapa kita nak persoalkan setiap kejadian. apa yang selalu kita buat???

kita umpat dia, kita tak nak ajak dia pi kenduri-kenduri dah, lagi dahsyat, kita pulaukan dia..semua ini akan menanamkan rasa benci keluarganya pada masyarakat. sampaikan anak dia sanggup melakukan yang lebih terang dgn merompak rumah2 jiran tetangga. ADAKAH INI YANG KITA MAHUKAN??

KADANG-KADANG, kita sanggup melihat mak pak pencopek tu pukul anak dia depan kita..sejurus kita tau yang anak dia pencopek..

errr...kenapa ek???

adakah dalam hati kita akan cakap,

... EMMM....INI AKU AGAK KURANG MENGERTI..

OK. berbalik kepada topik sebenar.. knapa sedara-mara kita baik dengan org yang tak de tali persaudaraan berbanding kita sendiri..? dengan kawan2 boleh jer belanja... bagi pinjam duit.. ngan keluarga sendiri.. nak blanja singgit pon KEDEK habis.. kadang2 kalau bergayut ngan girlfriend, boipren, bole jer cakap lembut2, sopan santun.. MACAM LAH DIA PALING MELAYU, tapi kalo kecek ngan kuarga sendiri.. hmm.. no komen.. pung!! pang!! pung!! pang!! KURANG AJOR SESANGAT!!
tu blum kira dengan jelingan tajam, kata2 kesat macam bodoh bangang tolol tu mainan bibir.. tangan tu!! huh.. PARIYA PA MARIIIEEEEEEE...!!!

ER.. asal arr???

sedangkan .. kita tahu, sedia maklum.. kalau susah.. nih! muko nih yang dia mintak tulun.. muka mak pak lah dia tagih simpati.. umah mak pak la jadi tempat berlindung.. duit mak pak gok yang diminta2.. tapi,.. kalo senang.. mak pak cakap ngan dia pun rasa cam mak pak dia tu cakap ngan dinding.. muka pun tak nak pandang apatah lagi nak bagi response.. sikit pon tak dak rasa bersalah. huk o laah wallahualam..

la ni, aku jadi takut nak kawen.. takut ader anak2 yang macam nih.. HUHUHU. yang tak nak dengaq cakap pak mak, yang dok nak dengaq cakap kengkawan.. SEDEEEYYY DAI..!! (DAI singkatan pandai)

well, kalau kita nak family sayang kita, kita kenalah sayang family dulu.. dengar kata, fikir sejenak.. untuk kebaikan bersama. kita mulakan, apa salahnya.. kita mampu bli hadiah untuk pakwe makwe kita.. tapi kadang2 hadiah untuk parent kita, kita bukan tak mampu, kita tak nak kuar dwet sesen pun untuk berkorban.. takkan kita masih mau di timang2??? untuk adik2 yg masih belasan tahun; kalau kamu terasa sgt yang kamu jauh n family kamu tak sebahagia dgn family org lain, kamu silap. sikap kamu yg melebihkan org lain la menyebabkan kamu tersisih dari family. family bukan kawan2 kita, family adalah tempat kita bergantung harap. jadi, jaga hati family kita mesti lebih dari jaga hati kawan2 kita supaya mereka jugak akan jaga hati kita.

kita kan orang islam, akhlak terpuji sering di pandang mulia.. itu Janji ALLAH.. Dia takkan LUPA.

Tuesday, July 24, 2012

AKU YG PERNAH CUBA FAHAM

Assalamualaikum wbt (tak jawab dosa)
Hai awak, saya mungkin mengambil sedikit masa untuk awak renungkan. maaf andai email ini bakal mengguris hati awak.
Tersentuh hati bila mana awak cuba menjelaskan semua episode duka kita yang telah kita tempuh secara berasingan. Bukan niat untuk mengungkit kenyataan dari sejarah 2 tahun lampau apatah lagi untuk menyalahkan awak, namun cukuplah untuk dijadikan ikhtibar untuk hari muka kita.

(bernafas sedalamnya dan menghembus perlahan)

7tahun yang lampau, dari perkenalan kita yang pertama atas pertolongan seorang kawan yang bernama Osman, saya mula rasa kehadiran awak dalam hidup saya. Fasa yang sangat bahagia walaupun time tu awak kerja jadi mekanik di mana tu..saya tak ingat, yang saya ingat macam jalan2 nak pi giant. Semua perkara awak kongsi dgn saya, bila awak busy, time awak makan, awak mandi n tidur pun awak beritahu saya. Sampaikan apa yang awak makan setiap hari pun awak bagitahu saya. kadang-kadang awak terlelap time cakap dgn saya di telefon. Saya tak pernah ambil hati sebab saya tahu awak penat kerja. Masa tu saya sangat dihargai. Macam-macam kita kongsikan bersama. Yang saya tak boleh lupa, awak cerita pasal ada janda nak ambil awak jadi anak ikan. Time tu saya memang tak senang duduk. Dan paling saya suka bila kita date, baju kita acapkali sama warna walaupun kita tak janji pakai baju sama. Indahnya masa lampau

Setelah 2tahun, bergembira, sampailah saat awak dapat tawaran sama ada awak nak teruskan pengajian ke ASK atau nak kerja pramugara. Inipun awak tanya saya. Saya tanya awak balik, awak minat ke dalam bidang di tawarkan? Awak cakap awak minat sangat, awak cerita lagi awak compose lagu nasyid sekolah, pastu ada orang buat aniya kat buku lagu awak. Jap, saat ni awak suka sangat nyanyi lagu sepia tapi tukar ke nama saya, anplug. Balik ke cerita tadi, yup. Saya suruh awak belajar. Saya tahu awak memang minat seni. Suka muzik2 ni.. tapi saya pelik kenapa awak ambil bidang pengarahan. Apapun yang awak buat, saya sokong awak. Saya tak nak awak jadi pramugara, sebab saya takut awk akan jauh dari saya.

Bila awak dah masuk ASK, awak mula busy. Mesej saya, kadang-kadang awak balas. Saya call, jarang terjawab. Saya minta jadual awak, awak tak pernah nak bagi. Saya semakin kehilangan awak. Saya keliru. Saya ingat lagi, 20 August 2006, masa tu saya nak ambil percubaan SPM, awak marah saya sebab awak busy sangat, sedang saya call, saya Cuma nak awak wish saya good luck. Time tu we’ve fight and then we’re break buat pertama kalinya. MEMANG SAYA YANG MINTA KITA BREAK, TAPI SAYA TAK SANGKA AWAK PUN BETUL2 MAHU. Bengkak mata saya pi sekolah, malu sangat masa tu. Result pun tak keruan, yelah pandang buku pun Nampak awak. Berlanjutan hingga SPM. Hari-hari saya doa, agar awak kembali pada saya, dalam sujud qiamulai. Saya siap janji lagi pada diri saya yang takkan sakitkan hati awak lagi. Lepas doa untuk awak, saya doa untuk kejayaan dalam SPM. Tapi yang peliknya, saya tak putus2 mesej awak setiap hari walau awak tak balas, kol awak berkali2 samapai berbelas miscall dalam hp awak. Maaf. Perasaan ini terlalu kuat. Hinggalah saya nekad untuk belajar di luar KL, dan Utara menjadi pilihan. Sampai saya masuk PLKN pun saya masih kol awak walaupun time tu saya dapat hp hari minggu je. Entah, kenapa saya jadi macam tu pun saya tak tahu. Pas PLKN , saya kerja di JJ, time tu saya dah kurang rasanya nak contact awak sehingga saya nampak awak tengah cari barang dekat dengan department sukan, berdebar sangat pantas hati saya sampai saya terpaksa sorok. Dari situ, kita bersama semula. Awak ajak saya pergi minum dekat restoran sebelah mydina, pastu kita lepak belakang dewan depan rumah awak. Awak minta saya jadi kekasih awak semula, hujan rintik-rintik membasahi bumi tapi hati kita tak semendung langit. Sweet sangat masa tu. Heee =) tapi, saya dapat tawaran sambung pelajaran di Kedah, awak cakap awak tak kesah, awak akan hubungi saya sekerap mungkin. Saya ingat lagi yang awak cakap, “tak semestinya kalau saya tak balas mesej awak bermakna saya tak baca mesej awak. Awak mesej saya hari-hari tau, ingat walaupun awak ada di tempat yang jauh, pandang langit, kita tetap menatap bulan dan berada di langit yang sama.”

Saya pun dengan gumbiranya pi ke kedah. SEBULAN je awak bertahan, lepas tu dua minggu baru awak mesej saya. Berlarutan sampai 3 minggu, 4 minggu…sebulan…2 bulan.. saya keep mesej awak. Sampai saya fed up. Sampai saya rasa kita ni dah tak ada apa2 ker? Siap saya pernah marah awak, kalo org dah kawen ni, mesti dah bole tuntut cerai sebab lebih dari dua bulan tak contact macam mana pun awak tetap diam. Tapi awak bijak sangat, bila saya bagitau saya cuti, awak offer diri nak fetch saya dari puduraya. Thanks a lot, time tu ada kawan saya lagi. Saya rasa terharu sangat. Pas awak hantar saya balik, awak terjumpa abang saya dan awak salam. Leganya bila tengok awak tak kena marah. Tapi bila saya masuk balik kolej semula, awak sekali lagi hilang.. sekali lagi saya buat keputusan untuk berada di barat malaysia, biar jauh.. biar diri ini mengerti dan tak terasa hati bila awak tak dapat jumpa saya. Saya sgt takut kalau kita dekat awak tak akan ada masa untuk saya.tapi ternyata, awak langsung tak hubungi saya. Biarkan hubungan kita tergantung.

Saya, yang telah sedia faham dengan sikap awak biarkan awak sepi. Saya menahan diri dari hubungi awak sampai satu ketika saya dapat lihat ms awak ada gurl lain, kalau saya tak silap nama dia fadilah, pemain biola. Hancurnya hati, sehancur exam paper saya sebab time tu saya tengah exam. sejak dari itu saya dah tak buka ms, makan tak kna, tidur pun sukar, hanya Allah tempat saya mengadu & air mata jadi peneman setia. Roommates, jarang saya hiraukan.sekali lagi, bila saya balik dari university, saya pasti contact awak. Entah, hati ni tak pernah serik untuk bersama. Bila bersama, macam semua duka yang saya tempuh hilang.. ringan sangat bahu ni. Tapi, bila saya pulang UMS semula, awak sepi sendiri. Sampai hari kejadian. 2 syawal 2010. Kalau orang lain menangis mengingati keluarga, saya menangis kebingungan. Walau jauh di sudut hati saya marah, tapi air mata tak terbendung. Terima kasih atas dugaan ini. Maaf atas segala rasa nista yang saya ucapkan. Kita lalui perasingan yang nyata.

Dalam pada melalui fasa itu, beribu-ribu mesej hanya terbuku di draft. Saya tak dapat nak hantar. Saya tahu awak dah ada yang lain. Lagu justin bieber: that should be me, selalu saya dengar. Mesej tu saya deiete, n saya percaya sidia sangat beruntung. Saya kerja kat desa setapak, dengan harapan dapat bertemu dengan awak, tapi hampa. Awak tak pernah ada. Mungkin dah tak ada jodoh. Saya selalu ingatkan diri saya, awak bukan untuk saya lagi. Hari-hari saya rasa begitu perlahan. Saya menilai semula, setiap apa saya lakukan untuk awak. Setiap apa we go through together, all the best and bad memories. Saya semakin tak dapat lupa awak. Gambar awak dgn sidia saya tatap setiap hari dengan air mata, n I noticed that, she’s maybe very kind till u have a best ever smile when u guy were together. Walau hati ini sakit mungkin ini penawar paling mujarab.

Saya fikir, saya dah cukup baik untuk awak, saya dah cuba yang terbaik untuk faham awak, saya dah beri semua kebebasan, saya tak pernah meminta itu ini, saya cuba sedayanya buat awak comfortable dengan saya dan kini saya sedari saya terlalu bodoh menunggu awak. 2 tahun saya hidup dengan masa silam yang penuh hitam. Saya pernah untuk membuka hati saya, sebab saya fikir kalau awak boleh kenapa saya tak? Knapa saya nak sedih kalau awak bergelak tawa gembira dengan org lain. Tapi semua tu sia2, saya tak dapat buka pintu hati saya. Walau saya couple dengan orang lain, hati saya kosong. Bagaimana saya bertahan pun, saya tak mampu. Saya sendiri teruskan hidup. Saya sendiri tak mampu untuk menerima diri saya.

Tapi, satu yang saya faham. Semua orang akan berubah. Demi meneruskan hidup dan menambah pengalaman baru. Mungkin saya terlalu cinta pada awak, atau obses dengan diri awak sampai tiada orang yang standing dengan awak. Tapi semuanya dah berlalu. Saya sudah mampu berdiri sendiri. Saya dah tak rasa apa-apa tentang diri awak. Dan akan lebih memilh untuk mencintai seseorang. Terima kasih atas sebuah pengajaran.
Saya minta maaf sebab saya pernah stalking awak, ganggu hidup awak n tambahkan stress awk.

RASA SAYANG EH RASA SAYANG SAYANG EH, EH LIHAT AWAK JAUH RASA SAYANG SAYANG EH.
Sayang ini selalu ada untuk awak tapi biarlah mati di sini. Sebab hati saya takkan mampu menyakiti hati wanita lain. Awak ada tanya kenapa nyanyi lagu ni, sebab saya rasa, awak mula sayang saya bila saya start menjauh. Mungkin ada sedikit kerinduan di ruang hati awak untuk saya.
Kotor:
Saya sangat jelas bila saya fikir semula. Segala kisah duka awak, awak dengan saya. Mana mungkin saya tak jelas. Tapi awak kena ingat, mungkin kita kotor, walau macam mana kita bersihkan pun takkan mungkin sesuci dahulu. Setidak-tidaknya, kita masih punya hati untuk menjadi bersih. Bersihkan hati awak. Buangkan masa silam. Jadilah incik H yang baru yang lebih bertanggungjawab, bukan incik H yang dulu yang lari dari tanggungjawab. Saya maafkan setiap sentuhan yang awak daratkan di kulit saya. Saya sentiasa maafkan awak. Kotor atau bersihnya orang itu terletak pada amalan yang dilakukan. Kita tak ada hak untuk menilainya. Doakan saya jumpa orang boleh terima saya seadanya tanpa rasa jijik. Saya juga ingin hidup gembira seperti awak bersama orang yang mampu memimpin saya ke jannatul firdaus. Saya doakan awak Berjaya, sihat dan bahagia dengan si dia.

Awak, Tahi akan meninggalkan bau yang busuk, tapi awak kena ingat Bau busuk hanya sementara, kemudian tahi dehydrate, menjadi kering seterusnya menjadi baja. baja mampu mengeluarkan bunga yang indah, makanan yang segar jika ada benih ditaburkan ke atasnya. Tak salah menjadi tahi.

Sunday, July 22, 2012

hati tatkala teringat

untuk incik H

kau telah lama aku buang jauh dari ingatan..
terlalu dalam ke dasar hati yang mati..
yang tak mungkin ada kehidupan lagi..

sedalam mana aku menyintaimu, sedalam itu aku membuangmu..
dari kehidupan dan dari hati
tatkala malam, walau benak mengingatimu,
rasionalku membuka minda agar beristighfar..
yang nyata..

ALLAH masih sayang pada aku...
Allah masih rindu akan tangisan insafiku...

tak mengapa incik H, Allah sentiasa bersamaku,
tatkala kau telah pergi mencari hidupmu yang baru..

aku telah ditemukan dengan BS..
aku bahagia dgnnya, alhamdulillah..
ALLAH menggantikan seseorang yang lebih baik dari kamu.

aku bersyukur dengan setiap apa yang ada pada aku..
dengan setiap zat yang ALLAH berikan pada aku,
hamba yang tak punya apa2..

subhanallah... alhamdulillah... wallaila ha ilallah, allahuakhbar..