AkU yg SoranG

My photo
blog ini di reka oleh aku untuk mengemukakan pendapat dan perasaan aku mengikut teori rasional aku. segala perbendaharaan kata adalah kurang bagus untuk digunakan dalam mana2 dokumen formal. ini hati aku, cinta aku, jiwa aku, yang sebenar. kala aku marah, kala aku gembira, kala aku suka, kala aku sedih.. semuanya di sini.. aku jahat? kejam? ya ..semua itu adalah aku.. Utk kamu yg kurang mengenaliku, aku tak perlukan cemuhanmu kerana takdir kita berbeza.

Thursday, February 13, 2014

untuk kamu

jgn pernah ungkit masa yang pernah kita lalui bersama

jangan pernah ulangi segala perbuatan yang pernah kita lakukan bersama

kerana aku rasa begitu payah melupakan kamu


saban waktu,

setiap malam ku,

aku bersujud pada Ilahi,

meminta petunjuk, meminta kepastian,

kamukah itu di sebalik mereka yang ku kenali?

betapa air mata ini terus mengalir, betapa hati ini cuba membeku..

kerana aku rasa sangat payah utk melupakan setiap detik


sakit...

semoga aku kekal menjadi cinta pertamamu.

walau aku bukan yang pertama yang muncul dalam hidup kamu.

kamu yang memilih jalan ini,

semoga tiada kesalan di hari muka.


MAO: hati ini telah tiada utk kamu, kerana aku meminta Tuhanku menutup dan berpaling hatiku dari kamu.


Monday, February 3, 2014

untuk kamu

sunyi....

semoga kamu jumpa kebahagiaan lain.
maaf atas semua ketelanjuran kata2 ku.. membuat kamu terus membeku dan keliru

kamu sangat dekat, tapi kamu jauh...
bila jauh kita mula tak mengenali diri masing2..


maaf...





Sunday, October 20, 2013

melepas, terlepas, atau lepaskan?

sakitnya hati andai tidak dapat memiliki dia...
terlalu melengkapi, terlalu menyayangi..
pandangan mataku ke arahnya menimbulkan sebuah ketenangan.
senyumannya menyimpul sebuah kasih
segala-gala tentang dia buatku tertarik lagi menarik...

memilih bukan mudah bagi aku
dia yang ku kasihkan atau dia yang aku cintakan?

yang ku kasihkan adalah pada dia yang sentiasa sabar dengan ku
walau dia tidak pernah faham apa inginku
yang dia tahu aku selalu ada untuknya
untuk berbakti dan berkorban
dan dia yang kukasihkan ini tidak pernah berkorban untukku..

dia yang kucinta
sebulan kenalan dengan nya, pelbagai corak perwatakannya
senyum, tawa, tangisan, sakitnya dapat ku rasa
dapatku hidu..
senyumnya buatku gembira
renungnya buatku berdebar
sakitnya, ternyata 2x aku sakit
pernah ku berdoa pada Tuhanku,
Salurkan segala sakitnya padaku
hanya aku..
Dia selalu berada di sisi, saat aku jatuh, merangkak dan bangun serta berlari
menggembirakan hari2 ku

namun hari ini,
dia yang aku cintakan datang membawa satu persoalan kepadaku
meletakkan aku didalam kepompong penantian
kata-kata yang dahulu ku anggap mutiara kini tak ubah seperti pasir
sakit...
sangat sakit...
membiarkan aku menunggu dia untuk seberapa lama.. yang dia sendiri tak tahu
mengikatku dengan tiada noktah
aku tak mahu
dan tak akan mahu

untuk mereka yang kusayang..
hatii ini benar2 terkilan
ingin ku lari membawa diri dan pergi
jauh di tempat yang kamu takkan cari.

akhirnya aku memilih untuk lepaskan

Thursday, September 12, 2013

onak duri sbg seorang aku

penat...
itu yang badan kurasa

mengantuk...
itu yang mata kuinginkan lena

tapi hati dan jiwa entah ke mana

sakit hati dendam kesumat bergoyang2 di akar hati

sah nafsu yang sedang take over.

semoga hati ini terus sabar..




















Saturday, August 10, 2013

DEAR DIARY; part 1: he's not the one

salam...

today, i do stupid mistake.

i was crush on him when we first met. i always remind myself that i just wanna be his best friend. i always refer him what to do, how to do, what will happen next.. everything about work. but my eyes cant stop from seeing him. as a friend, i thought he will understand about my feeling. i just want to be close with him but not as close as couple or what. just a good friend. coz i need protection if anything happen to me seems i am new. but his opinion is different.

yup, i admit that i crush on him but doesn't mean that i fall in love with him. i just like the way he talk, he smile, all his character but its still doesn't mean i have to fall in love. he's cute, nice, and good behavior. however he will become someone's fiance.. huhuhuhu.. what the shame..

i am confused. i already closed my heart, but why must have somebody crossed it? i feel hurt even i shouldn't have to feel it. i want him badly that my heart said. my mind said, you already have some one else. he will be with you

Saturday, May 18, 2013

masa SILaM... o0hHH noo0OO!!!

assalamualaikum wbt..

dalam beberapa hari kebelakangan ini aku asyik  teringat akan kenangan lalu..
kenangan dengan insan-insan yang pernah mengecewakan dan dikecewakan...
kulihat kiri.. ku pandang kanan..
jalan yang pernah menjadi saksi kita bersama.
jalan yang tahu aku sentiasa berbahagia bila dia ada di sisi
air mata jatuh dalam hati

terlalu banyak kebaikan yang dia lakukan.
aku yang buta.
aku yang kejam.
aku tinggalkan dia.
aku berpaling.
sedang hati aku berat untuk lepaskan.

aku bersalah.
aku tak pernah setia.
aku selalu gagal dalam perang nafsu.

wahai orang2 yang pernah menyayangiku...
maaf...
itu sahaja yang mampu kuluahkan
untuk bersama lagi,
aku malu.
kerana itu, aku lari.
aku doakan.. agar kamu bertemu dengan yang terbaik.

jangan muncul di hadapanku.
kerana aku tak pernah bersedia melihat kamu dengan orang lain.

selamat berbahagia.

Thursday, May 2, 2013

KENAPA dia HARUS BERBUAT BEGITU?

ASSALAMUALAIKUM dan salam satu malaysia..
apa khabar kawan2? harap semua dalam keadaan sihat...
hari ini kita di wartakan dengan satu video pengakuan dari seseorang yang sudah lama tidak kelihatan muncul dalam beberapa ketika... kini muncul semula.. siapa dia??? mari saya kenalkan....

dia adalah...


Mohd Saiful Bukhari Azlan – saksi utama dalam kes liwat melibatkan ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Read more: http://milosuam.blogspot.com/2011/02/saiful-bukhari-dimakan-sumpah-tidak.html#ixzz2S96mOHxQ

saya akui, dia seorang yang hebat dalam pertahankan diri dia. dia memang hensem, badan pon smart. kalo dia lalu sebelah saya, saya mesti akan tergoda. serius.. tapi apa bole buat dia dah kahwin... huhuhu,..seddeyyy


ok, lately, dia ada anta video dia buat pengakuan depan kaabah pada 9 April 2012. ni saya baca kat blog dia.. nak tau lebih lanjut.. bole klik kat http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com/ .


ni latest pic dia yang time dia pi kaabah... let see...


nilah gambor dia kat mekah.. gambor ni nampak real... tapi bila bervideo... hmmm ... susah nak cakap lah...

persoalannya ialah, video tu macam pelik sangat...korang bole tengok sendiri. sebab macam tempat record n latar tu berbeza..wallahualam... n, the most important thing is, last dia update blog dia on Sept 2012... and suddenly dia update march 2013 & May 2013. kenapa ambil masa terlalu lama...  blog tukan blog peribadi dia, xkn gara2 PRU13 dia rasa terpanggil?? pelik tak? knapa? dalam blog dia, dia selalu taip about ... 
Yang HAK pasti BERDIRI, Yang BATIL pasti JATUH!

Illahi antal maksudi waridha kamath lubi

Kepada Allah saya berserah

MOHD SAIFUL BUKHARI AZLAN
2hb Mei 2013

tatapi dia macam tak percaya pada ketentuan Allah.. sabarlah sikit kalo awak betul. orang takkan lupa. cukup2lah malukan kekuarga awak... saya tahu, awak sakit hati and takut tapi Allah akan sentiasa membantu bila kita susah. knapa awak?tiba2??? kenapa???? terangkan lahhh!!! i need the answer!!!

oklah... saya malas nak cakap banyak.. mata yang kasar ni pon tau video ni macam mana... anda yang lain macam mana? ini kalialahhhh!! saya sokong kalo anda berhak....