AkU yg SoranG

My photo
blog ini di reka oleh aku untuk mengemukakan pendapat dan perasaan aku mengikut teori rasional aku. segala perbendaharaan kata adalah kurang bagus untuk digunakan dalam mana2 dokumen formal. ini hati aku, cinta aku, jiwa aku, yang sebenar. kala aku marah, kala aku gembira, kala aku suka, kala aku sedih.. semuanya di sini.. aku jahat? kejam? ya ..semua itu adalah aku.. Utk kamu yg kurang mengenaliku, aku tak perlukan cemuhanmu kerana takdir kita berbeza.

Sunday, May 4, 2014

tangisan Hati 2

tersungkur aku di atas sejadah
menangis merayu pada Allah yang Maha Mengasihi
agar diri ini dapat melupakan semua yang telah terjadi

hati ini menjadi hati tisu
mudah tercarik, mudah terkoyak, mudah basah dan mudah hancur
kenapa begitu sakit

sedang tadi aku rasa aku mampu berdiri,
kini hanya duduk lesu
sakitnya hati dihimpit2..

hati.. ini salah mu
meletakkan harap selain Allah.
jadi, bersabarlah sedikit lagi
semoga payah ini ada hikmahnya. sakit masih terasa kini.

yang aku meruntun,
persediaan perkahwinan,
dari segi majlis semua dah siap
tapi emosi dan fizikal ku?
melayang... jauh...
mampukah aku menjadi isteri solehah?
melayani orang yang aku tak cinta?
ikhlaskah aku nanti?
sakitnya...
aku takut aku tak mampu isteri yang dia impikan sedang hati ini mati.
tapi aku tak mahu gagal...
sebab aku tak merancang utk gagal.

kuatkah aku nanti...
BS,
pimpinlah aku nanti kerana hati ini terlalu banyak lukanya
hari2 aku rapuh..
hari2 aku berusaha untuk kuat
hari2 aku jatuh di timpa..
menitis air mata yang tak mampu kering...
aku perlu kamu untuk terus berpaut.

sakitnya hati dan rasa ini, tak tertanggung oleh pundakku.
YA Allah, ambillah nyawaku sebagai ganti.
aku tak mampu dengan rasa kecewa terhadap diri sendiri
semakin lama semakin dosa aku lakukan padamu
mengingati dia lebih dariMu, Ampunkan Aku..
akku percaya ini takdirku,
aku percaya qada & qadarmu
tapi hati ni terlalu sakit untuk mengerti
beban yang ada terlalu seksa
bernafas yang terhenti2.
dosa yang tak tertanggung...


MAOO

tak sgka, kuat jugak aku.. mampu tersenyum
tahniah poada diri sendiri...

good... rahsia di hati tak siapa tahu.


tadi masa datang majlis kamu,
mereka pasang lagu Aku cinta Padamu.
 bila aku kaji semula bait2 lagu ni macam kisah aku pulak.
kekkeke.. perasan tak habeh jer >.<

cer kamu kaji pulak,

Andainya engkau ku miliki
Terdahulu sebelumnya  --------> tulah aku yang terlambat
Andai ku curah rasa hati
Mungkin kini ku kan tenang di samping mu

Belum puas ku menikmati
Kesan kasih sayang kau terpaksa pergi --> dah kawen pun , kena pergi la...
Ingin ku terus dicintai
Walau bisikanmu azimat berduri

Bila cinta berbunga
Jadi airmata di jariku ----> bukan jari jer, tangan , pipi, bahu.. hahhahah

Betapa ku cinta pada mu
Katakanlah kau cinta padaku
Sematkanlah ku di hati mu
Walau di mana berada
Ingat ku dalam doa mu----> tolonglah doakan aku jua.

Hiasilah hati
Dengan cinta suci, Selamanya -> sematkan cinta Allah dan yang halal bagimu
Bila cinta berbunga
Jadi airmata di jariku

Betapa ku cinta pada mu
Katakanlah kau cinta padaku
Sematkanlah ku di hati mu
Walau di mana berada
Ingat ku dalam doa mu

Gemerlapkan jiwa  -----> perenggan ni tak mungkin ada...
Semikanlah cinta
Semoga kau dan aku
Akhirnya bersama
Akukan menunggu
Walaupun seribu tahun lagi

yang pasti aku tak tunggu kau untuk seribu tahun lagi.. hahhaha XD
 sekian. tamat dah ceritera kasih kita.
life have to move on.
keep faith and Allah is always best planner.

aku perlu lupakan kamu, wajah mu, cintamu, segala kenangan yang ada..

p/s: gambar kita yang kamu bagi tu boleh tak saya padam naaaaaaaaaaaaanti?? macam kiut pulak. hahaha

Saturday, May 3, 2014

utk mu BS

buat BS yang banyak sangat bersabar

mekaseyh terus adakan peluang ini
sebab hati ini selalu berpaling dari terus menyayangi mu

saya dan awak saja yang tahu apa yang telah terjadi antara kita

BS,
teruskan menyintai aku agar aku akan belajar menyintaimu

BS,
jangan tinggalkan aku seperti dia tinggalkan aku ya..
kamu dah janji
jangan mungkir ya...
jangan buat aku sakit seperti dia menyakiti aku
jagai aku seperti yang kau janji
jangan pernah lukakan perasaan ku lagi

sekali terluka tak mungkin hilang parutnya lagi
pedih...

BS,
aku akan terus belajar mencintai dan menghargai kamu
balaskan apa yang ku beri,
aku yakin kau akan bahagia di sisi aku
aku janji aku akan lupakan dia

BS,
bila aku sah jadi isterimu kelak,
pegang aku erat2
jgn lepaskan aku pada sesiapa.
sebab aku terlalu rapuh sekarang
perlukan sokongan mu, selalu

BS,
aku percaya kau jodoh ku
aku harap kau mampu bersabar lagi.
jgn pernah berputus asa pada aku.
sebab aku telah memilihmu



move forward & NO TURNING BACK (my wish) -2

salam..

hari ni,pergi kenduri BFF : kena update cket nama dia NADIA HASBULLAH

Nad memilih Yiro sebagai suaminya. tahniah Nad... hari kamu dah berlalu.. my time will coming up very soon.. really need your help to guide...

nad sebelum nikah


dari kiri: syaz, Yiro, Nad, Eja:, duduk: alia & aku


2 mempelai menjamah sebelum berarak, hebat Yiro, sekali lafaz jer..


nad lepaih nikah. Gumbira.. semoga Allah berkati kamu dan keluargamu sehingga jannah
sayang nad sangat2...


while Nad nikah, Eja pon dah nak baby Bump!!! waaahhhh!!!! bln 8 nih... aku yang cuak...
eja pose ngan baby gurl dalam pewot


eja & hubby-nyer.. semoga terus bahagia sampai jannah tau!!


semua memendekkan diri, beri penghormatan pada ibu mengandung.. hahaha=)


masa nih aku ngah makan ngan mak aku.. mak penat nak layan dorang nih

hidup kena terus kan???
apa yang aku buat untuk wed aku hari ni...
aku folding kad kawin... mak nak ajak gi anto kad esok.. ikot je la... ye tak?




MAOO... selamat pengantin baru.
saya sedang berusaha melupakan kamu, sepeti yang kamu inginkan di akhir pertemuan kita.
saya pasti saya akan gembira. May ini terlalu melukakan.

Ya Allah... Ya Rahim... YA Rahman...
Syukur kerana merindui dan memenggilku..
semoga cinta padaMu tidak hilang lagi..
Amiin..



Thursday, May 1, 2014

move forward & NO TURNING BACK (my wish)

salam...
recently asek2 nanges jer mata aku nih.. dah macam panda dah bengkaknya...
malunya... caner nak pi kenduri BFF aku..
alahai...

diam tak diam, lagi 29 hari aku akan di ijabkabulkan...
dan MAOO lagi 43jam. (boleh pulak aku counting utk dia.. ^.^)
ntah macam mana ada masa lagi aku stalk gambar2 dia...
jumpa sekeping dua time dia blajar dulu.
biarlah... sakit ini hanya mimpi.

29 days more...

hidup kena terus melangkah..
tadi,
p beli jejelly.. nak as goodies utk bebudak..
simple jer.. beli sampai 4 ctn.
sapa nak tlg bawak naik atas? sendiri lah.. takkan nak suh parent yang lebih setengah abad.
amik tepak hantaran kat umah eja,
amik brgn antaran + resit kad kawen kat umah BS. (dengan hati kering)

baru angkat 2 ctn, lg 2 dalam kete.. esoklah...



tadi msg ngan semua kakak ipar..
tanya..
tanya jer...
"kak.. sempat lagi tak nak cancel?"
"xde hati la kak..." sambil sedu2

kak ngah balas:" tak kesian mak ayah ke dik? kalo angah ko dapat tau, mau bermatian"

"kak, susah2 saya lari je la.. pi lah mana2... tak larat la kak dengan rasa ni.."sayu...

kak ngah:" dik.. dia pun dah nak kawin, tak guna pun kau lari.. lebih baik teruskan.."

"ntahla kak..."

kak ngah:"dugaan dik, istighfar banyak2"

kak andai kau tahu... istighfar pun ada namanya...

Ya Allah yang maha pelindung, lindungilah hati aku dari perasaan kufur kepadaMu
Aku percaya, ini takdir ku.. tetapkanlah hatiku. sesungguhnya rasa ini terlalu berat...
amiiin....






Wednesday, April 30, 2014

BERAKHIR SUDAH KISAH KITA

YUP!!
dah berakhir kisah kami
semoga hati ni terima dengan hati yang terbuka

kamu yang terbaik yang pernah aku ada,
takkan ada pengganti.
sebab kamu yang terindah.

sedihnya... di hari jadi ku...
hadiah kau tu salah eja nama aku.
hahhaha
nama aku, 'Asharah bukan A'sharah

hahhaha... kesian aku, kau tak tau eja nama aku

lepaskan kamu
melepaskan kamu...
kena lepaskan...

maaf atas segala rasa yang ada.
jgn pandang aku lagi
terus mencintai yang halal bagiMu
dan usaha meraih bahagia.
kita sudah berjanji agar tidak gagal,
jgn mungkiri.
sebab aku juga sudah belajar merangkak
untuk gapai bahagia.



walau hati ini kosong.

terima kasih atas budi dan cinta.
1919
aku tunggu kau

dear DIARY, HE'S still not the ONE

AKAL... tolong ingatkan hati, Dia bukan milik kamu
AKAL... tolong katakan pada hati, sakit ini tidak akan lama
AKAL... tolong bisikkan pada hati, kita mampu menghadapinya.
AKAL... tolong jaga hati agar tak menyakiti hati yang lain.
AKAL... tolonglah buatkan hati lebih tabah
AKAL... tolong lah memneri ketenangan pada hati
AKAL... tolonglah buat hati bersabar
AKAL... tolonglah semangatkan hati ni...

dan jangan biarkan air mata terus mengalir. rapuh aku di sisi cinta. mengharap kebahagiaannya. aku percaya dia mampu hadapi semua ini. kerana manusia akan berubah. kuatkanlah hati kami.



Ya Allah, janganlah Kau tinggalkan aku seperti mereka meninggalkan aku.
Ya Allah, dugaan hati ni tak tertanggung oleh kudratku.
SAkit Ya Allah... mohon kekuatanmu.

Ya Allah, kuatkan aku seperti Fatimah R.A
walaupun diri tak sesempurnaNya.
Semoga Cinta ini hanya dialirkan padaMu
Inilah dosa aku, menyayangi makhlukMu lebih dari menyayangi Mu

MAOO..
kegilaan apakah yang sedang berlaku ini?
aku sedang meletakkan diri aku ke tempat yang lebih sakit
yang mungkin orang lain tak tega melakukannya..
Andai semua ini mampu membayar harga kegembiraan keluargamu,
aku redha..
Sakit ini pasti berakhir.

jangan tidak peduli,
jangan sugul,
jangan berhenti mencari bahagia

air mata akan mengalir jika hati terasa sakit
SAbarkan hatimu sayang,
Aku selalu mendoakan kamu bahagia dengan si dia

Kau yang bernama adik,
Terima kasih kerana pernah menjadi kubu mempertahankan  kami
memberi sokongan atas segala tindakannya
jangan pernah berhenti mengingatkannya untuk mencintai yang halal baginya.
tolonglah aku untuk menyokongnya
sebab aku tak mampu lagi ada di sampingnya.

Tuhan,Kau mengetahui segala yang berlaku.
Ku Serahkan padaMu sebulatnya.
Permudahkanlah urusan kami
Amiin