AkU yg SoranG

My photo
blog ini di reka oleh aku untuk mengemukakan pendapat dan perasaan aku mengikut teori rasional aku. segala perbendaharaan kata adalah kurang bagus untuk digunakan dalam mana2 dokumen formal. ini hati aku, cinta aku, jiwa aku, yang sebenar. kala aku marah, kala aku gembira, kala aku suka, kala aku sedih.. semuanya di sini.. aku jahat? kejam? ya ..semua itu adalah aku.. Utk kamu yg kurang mengenaliku, aku tak perlukan cemuhanmu kerana takdir kita berbeza.

Tuesday, May 27, 2014

dear diary: difference make perfect- i guess

as Salam

everything seems difference
wasn't same at all
wonder its good or not good...

what i want,
what i have..
and what i get...
not as i wish...

i try to pretend to be happy
but i don't know how long i can stay

now, i started to miss u badly

i know
this is not good.
that is why, i..

started to change everything that i have and like
started with my favorite drink
my favorite breakfast
my favorite place to go
ohhh... ;(
i don't know how to transfer all the things i like in term to forget everything about him
now, i be some one new..
my life started empty and have to reboot and format my hard disk.

perhaps the different will help me a lot

********

my future husband..
i know you are sad when you know the situation is
i promise i will divert all my feel for you

i know you love me that much,
and i promise you,
we end this with happily.
 coz i believe i try my best for our future

but..
for now i just wanna say
sorry for keep you waiting and ask for patience

p/s:  LINE ni asek prob jer. asek reboot and have to set up again. sorry late reply your chat.







Sunday, May 25, 2014

KL INI..

As salam..

Tinggal lagi 4 Hari sahaja.. Selepas Ni, pasti aku bertukar status. Dari cik ke puan..

Pelbagai perasaan negative mula timbul. Takut.. Nervous.. Tak kisah.. Lantaklah.. Biarkan.. Teruskan.. Tak de hati.. Macam tak percaya pun ada.. Ingin lari pun ada jugak. Cuma.. Tak ada perasaan gembira.. Kenapakah?

Sekali lagi aku perlu pergi dari kl. Takdir Tuhan membawa aku pergi kerana APA saja d KL bisa melukakan hati.. Dari duly lagi walau aku Cuba bertahan

Aku percaya KL bukan tempatku. Semua kelukaan & kepahitan hidup ada d sini. Setiap jejak yg d tggal menuntut titisan air Mata. Meninggalkan jejak khidupan lmpau. Membina hidup yg lbh baik d rantau org.

Untuk kamu..
Terima kasih at as semua kebahagiaan Dan kesakitan INI.
1 Hari aku pasti dapat lupakan kamu walau aku tak tahu bila akan tiba 1 Hari tu.
Saat INI sehingga 1 hari tu.. Hari yg payah yg kuterpaksa gigihkan diri Dan hati.

Tika Dan saat INI aku bagai tak berdaya menepis segala sakit yg ada.

Saturday, May 24, 2014

dear diary: rasa bersalah

Salam..

Akhirnya.. Pi jugak knduri Adik shah...
Sebab... Knduri Jiran ti esok.., akad nikah Mak tak bagi pi.. So.. SBB bosan, terus kol katy akak p.. Then kena tggu zai pulak.. Lama gila.. Janji pkl 1.30 sampainya jam 3.30 ptg.
Aku ngan katy da xsedap duduk... Masa nak pi kat zai.. Tiba2 pandangan Mata aku terpandang akan 2 makhluk. Walau aku tak pakai kaca Mata.. Taip aku pasti ITU adalah mereka...pantas aku berpatah arah.

Terus aku suh katy je pegi.. Katy Ni malas plak..

Finally kitorg tangkap je gmbaq kat lua.. Nih buktinya!!!


Akal: Hati.. APA khabarmu?
Hati: aku masih rasa sakit...

Ada org bertanya...
Kalo bercinta dgn suami org mcm mn?

Jwpn ku:
Aku tak tahu. Aku x pnh rasakannya.

....

Entah..
Rasa takut mula menular..
Bagaimana aku nanti.
Menjadi isteri kepada seseorang..
Sedang aku  tak bersedia..

Takutnya akan dosa..
Aku tak mahu jadi penghuni neraka..

Ya Allah..
Aku mohon... Lupakan aku ttg dosa2ku yg lepas agar diri ini mampu bahagia.
Dan Ya Allah...
Bukakanlah pintu hati INI pada yang halal bagiku..
Relakan Dan bahagiakan diriku disamping dia yang halal...

Amiiin

Permudahkanlah.



Friday, May 23, 2014

dear diary: choice that i have.

assalam

ingatkan dah kuat..dah boleh lepak... dah boleh gelak2... dah boleh tak rasa hati ni di robek2..

tapi rupanya...

cengeng gak... apalah aku nih...

sebenarnya... sukar rupanya nak lupakan seseorang yang pernah hidup dalam hati kita. apa yang boleh kita buat? kena lah sibukkan diri ngan tugas2 yang mendatangkan faedah..

sejak tak kerja nih... hmmm... mula hilang nafsu.. asik bz je wat projek nak resepsi

tapi apa yang aku buat kalo aku sangat2 stress...

1. aku akan basuh bilik ayor... sental kuat2.. macam nak sental muka orang yang wat aku stress.
2. cari air untuk ketenangan.. pandang view tasik ke... laut ke..
3. amik ayor semayang banyak2 kali
4. marah2 orang tak tentu pasal - ala2 meroyan..pas marah, gelak2... hahahha
5.diam jer sepanjang hari
6. tidur
7. window shopping.. bli air each a cup.. habiskan dalam masa 5 jam.

 esok, kenduri adik shah... masih berfikir untuk turut serta ke tak... aiseyh... XD .. sempat ke tak eh...

rencana esok...
 jiran blakang - akad nikah
jiran tepi belah kiri- anak dia kawen/ snding
Geng sekolah ajak lepak kul 12.
rawatan kul 3pm...

macam padat jer...
cubalah.. huhuhu


# faizal tahir- mahakarya cinta, sampai syurga, Anuar Zain- jgn bersedih lagi, perpisahan, cinta harus memiliki, teh tarik, x terurus...


p/s: kalau bercerai tu menggegarkan arasy Allah, kalo bermadu tu menggegarkan masjid ke? macam relax je tengok asyraf muslim.. hikhikhik.. BS- 6 days more..


Thursday, May 22, 2014

selfie time... hikhikhik

salam..

dah 2 minggu hampir lupa nak upload gambar selfie ngan kawan2 kerja dulu..
mula2 ingat nak last day kerja malam, sekali boss minta tolong untuk extend nak ajor Katy..

ajor la sangat, sampai last day aku bertekak ngan Boss besar aku.. payah sangat dia tu.. huh.. tak pelah.. pengalaman.. aku pon degil... memang kenalah.. hikhikhik.. tapi macam seronok bertengkar ngan dia.. baru exciting... kehkehekeh

tapi tak elok lah untuk Katy, Katy, jangan ikut cara aku.. aku ni jiwa muda.. darah panas.. Ko kena maintain je k..

nih.. gambaR selfie.. khas untuk Pajis & Bosol yang request.



yang ceria sangat kat depan nilah Katy... 

(betul2 last day)
last day ngan sume supervisor shift c, ehhh.... alar... BOSOL tak de masa ni... dah lemas kot. sorry SOL.
Kak Sue tetap tak nampak senyuman dia... alahai... 


yang ni khas untuk shah and hezlan. dah 10 bulan aku baru kenal hezlan.. cian kat aku... hmmmm... selfie hilangkan stress.. betul arr shah..XD

yang ni ngan QFN EOL SHIFT C ladies. sebelum gi makan 1st round. 
#hari tak jadi last.


sebenarnya 
last day yang pertama pon kat NZ, ada gambar jugak.. tapi biarlah jadi kenangan -- ye tak pajis? hahhahah.
nanti ada pulak yang kontroversi...hmmm.. kenangan jelah. gambar dalam kete yang shah selfie tu. Shah, tak nak upload, jgn marah ar..




8 hari lagi. Bro, dah ready ker?

salam...

terpulang untuk kamu bilang apa seyh... saya tetap ingin buat entry.. kamu tak suka jangan baca.. tak de orang paksa pon.. komen pon ntah apa2... common sense.. tapi kalo org tu takde common sense macam mana? nasihat org yg dekat kamu dulu sebelum nasihat org yang kamu tak kenali. terasa? padan muka!

arggghhh!!! malas nak pikirkan... ada ku kesah.. deme tak rasa, deme buat2 tau je... kalau deme pernah rasa, deme mesti tau semua ni perlukan masa, ye tak? persetankan semua org nak cakap..


gendang gendut tali kecapi
siap hantaran suka hati... kehkehkeh =)


yihaaa!!!! 7 dulang antaran siap dalam masa 1 hari.. hikhikhik...  ko hado??

dalam pada sakit hati dengan perangai seseorang.. dapat jugak aku divert rasa tu ke sentuhan yang tak berapa nak kreatif.. atleast... MOTIF JIMAT aku tercapai... hohohoho

terpaksa wat tema pink putih sebab alas kaler tuh jer ada... menci ar kaler nih... dengan kepakaran yang aku ada, aku wat 5 kaler!!! wakakkaka

# pink #
# putih #
# gold #
# hijau #
#merah hati #

hambik kau... kamu ingat tak saya ada mention pelamin saya nak kaler pink-gold-putih? tapi tak dapat.. org tu cakap takde bunga kaler gold.. errrkk....(dalam hati aku kata... ko spray je la.. bli je bunga memurah)
thus, inilah peluangnya untuk pakai kaler ini.

MOTIF JIMAT
bunga --> pakai tisu, crepe paper
daun --> crepe paper
shining --> goldas sudah...
reben --> ala yang murah.. bli kaler pink, hijau, putih n gold.
polistrene --> bli yang besar 2 ukuran, kerat sendiri --1 1/2, 2 1/2
bakul --> pinjam kak cik
dulang --> pinjam eja and nad..
** thanks korang.. Nad, dun worry, sha tak pakai gam pon kat dulang mahal nad..

balutan polistrene--> pakai jercrepe paper. tumpang kat kawan bli kat nilai, yang gulung RM 5.90, kat sini RM 8.00, yang pokadot, nilai: RM 6.90, kat sini RM 11.90 (gulp..terkedu aku)

renda lilit--> bli je yang murah.. aku amik yang bawah 3.00 semeter- bli 4 mter
manik--> stok baju raya tahun lepas ada.. guna jer.. achik punya pun ada.. mintak jer,,... hikhikhik XD
kain dalam bakul  --> stok kain baju jubah ada.. kebetulan kain pink.. hahhaha XD

alatan: pistol gun, glue stik, jarum peniti, dawai bunga, 

nak tengok antaran? nantilah... motif entry ni adalah jimat

# hantaran --> pink, putih, gold, hijau, merah hati
# pelamin& khemah --> putih biru
# baju nikah --> biru & kuning
# baju sanding --> bride:putih, Groom: silver 
# bilik pengantin --> putih biru **errkkk perlu ker ikut tema khemah?? xperlah, ikut jer.. disponsor kan??.

# sotong goreng tepung, al fatihah, doa selepas solat, seat sebelah kereta.. wawawawa... nak tukar kete baru cenggini!!! Yayau, yuk tukar kete baru.. yau bayar! hahahahha.. suka jer nak perabis duit orang.. Asharah, kawal nafsu. 

sekian.


Tuesday, May 20, 2014

untuk yang HAK- yes kamu!

salam...

buat yang hak terhadap seseorang yang pernah saya sayang...

kamu,
yang tiba-tiba marah tak tentu pasal... marah yang tak kena pada tempatnya...
orang lain yang salah,... orang lain pula yang kena bahananya...saya tak suka cara kamu..

sungguh. jika saya yang salah.. berdepanlah dengan saya.. saya tak pernah nak marah.. sebab saya tahu apa yang saya buat. dan saya harap kamu pun tahu apa yang kamu lakukan.

saya sangat tak faham dengan perangai kamu..
apa motif kamu bagitahu BS saya? kamu nak bagitau yang saya ni jahat? saya ni gatal? dia tak pandai jaga saya? parent saya tak pandai jaga saya? adakah itu yang kamu maksudkan? jika itu.. kamu silap... silap yang sangat besar. sebab, mereka lebih tahu siapa saya.. jika kamu harap BS akan marah saya, kamu pun silap...

apa motif kamu ugut BS ttg saya? jika kamu rasa aman dengan ugut orang lain.. kamu silap besar. hanya org PENDEK AKAL jer yang melakukannya. saya ULANGI PENDEK AKAL. saya bukan jenis takut macam yang kamu sangkakan.

STOP!
kamu berhak untuk marah.. tapi kamu tak berhak untuk marah pada orang yang salah.  kamu berhak untuk rasa terluka dan rasa teraniaya, tapi kamu tak berhak nak mengugut.. kami tahu apa yang kami lakukan. dan kamu tak perlu risau. apa yang terjadi ada sebab dan ceritanya sendiri.

YES!
saya sedang berusaha melupakan segala perasaan yang ada pada MAOO. tapi saya bukan jenis yang meninggalkan orang tu 100% untuk melupakn rasa yang ada. sejujurnya, saya ingin melihat dia bahagia dengan apa yang dia miliki. sebab kami telah berjanji untuk membahagiakan apa yang kami miliki.
kami tahu kami takkan ke mana.. ini takdir.. ini kenyataan.  memang susah nak lakukan semua ini. tapi apa yang saya perlukan dari kamu, adalah.. kamu kena RASIONAL, BERSABAR, TERUS MENYOKONG.

kerana itu sahaja yang mampu MENGUBAH MAOO. JGN buat seperti kamu kelihatan sangat kurang pandai di mata saya.

mulai hari ini, saya hanya kawan MAOO.. dan takkan mungkin lebih dari itu. 

dan kamu yang hak... lakukan sebaik mungkin.. saya tahu kamu lebih baik dari saya. sebab itu kamu ditakdirkan untuk dia..perhiaskan diri kamu, perbaikkan akhlakmu, permuliakan biacaramu. semoga Allah permudahkan hubungan kalian.

kamu perlu tahu, cinta umpama energy. we cant destroy energy but we can transfer it. please, be medium to help him to transfer. sebab kamu mampu. berapa lama dia nak tunggu saya? dan kenapa kamu harus berserah? Come on.. world are fair. after he have child with u, he will forgetting his feeling towards me.. trust me. this happen for every couple. believe your fate girl.

belajarlah dari kesilapan sendiri. jgn menyusahkan orang yang kamu sayang dan orang yang sayang kamu. apatah lagi menyusahkan orang yang tak kamu kenali. sekian.

p/s: saya tak de tunang... kamu tak berhak cakap BS saya dayus, kalo kamu sendiri kurang pasti untuk siapa. dia hanya bakal suami dan belum ada hak atas diri saya. kalo saya kata kamu nusyuz, yes.. kena pada orangnya sebab kamu isteri orang. tapi tak kena pada perbuatan kamu. kamu belajar lagi k... jgn sampai orang cakap, belajar jer tinggi sampai master, tapi perangai... nauzubillah. semoga kamu berubah...  harap maklum.

 kalo kamu rasa saya salah, feel free to talk.