KARMA
WHAT'S GOES AROUND COMES AROUND
HUKUM NEWTON YANG KE-2 NI selalu bermain dalam minda aku. knapa? memang dunia hari ini terjadi macam tu. kalau hari ini kita buat jahat, hina orang, jangan terkejut kalau kita atau ahli keluarga kita yang lain jadi macam tu.
seharusnya, kita jangan menghina orang yang menemui kejahatan macam tu.. misalnya
memang semua orang tahu, anak dia panjang tangan.. memang semua orang kenal perangai anak dia macam tu, tapi kita pasti ke apa yang orang tu rasa setiap kalo anak dia diperkatakan orang dan tohmahan yang dilempar ke atasnya? kita tak tahu betapa malunya dia bila dia di pandang serong oleh komuniti sekeliling dia..
salah anak dia, bukan salah dia. kadang2 dia didik anak dah betul tapi ALLAH nak tunjuk kat dia dan kita bahawa AKHLAK TAK BOLEH DIWARISI APATAH LAGI KEIMANAN. sapa kita nak persoalkan setiap kejadian. apa yang selalu kita buat???
kita umpat dia, kita tak nak ajak dia pi kenduri-kenduri dah, lagi dahsyat, kita pulaukan dia..semua ini akan menanamkan rasa benci keluarganya pada masyarakat. sampaikan anak dia sanggup melakukan yang lebih terang dgn merompak rumah2 jiran tetangga. ADAKAH INI YANG KITA MAHUKAN??
KADANG-KADANG, kita sanggup melihat mak pak pencopek tu pukul anak dia depan kita..sejurus kita tau yang anak dia pencopek..
errr...kenapa ek???
adakah dalam hati kita akan cakap,
... EMMM....INI AKU AGAK KURANG MENGERTI..
OK. berbalik kepada topik sebenar.. knapa sedara-mara kita baik dengan org yang tak de tali persaudaraan berbanding kita sendiri..? dengan kawan2 boleh jer belanja... bagi pinjam duit.. ngan keluarga sendiri.. nak blanja singgit pon KEDEK habis.. kadang2 kalau bergayut ngan girlfriend, boipren, bole jer cakap lembut2, sopan santun.. MACAM LAH DIA PALING MELAYU, tapi kalo kecek ngan kuarga sendiri.. hmm.. no komen.. pung!! pang!! pung!! pang!! KURANG AJOR SESANGAT!!
tu blum kira dengan jelingan tajam, kata2 kesat
ER.. asal arr???
sedangkan .. kita tahu, sedia maklum.. kalau susah.. nih! muko nih yang dia mintak tulun.. muka mak pak lah dia tagih simpati.. umah mak pak la jadi tempat berlindung.. duit mak pak gok yang diminta2.. tapi,.. kalo senang.. mak pak cakap ngan dia pun rasa cam mak pak dia tu cakap ngan dinding.. muka pun tak nak pandang apatah lagi nak bagi response.. sikit pon tak dak rasa bersalah. huk o laah wallahualam..
la ni, aku jadi takut nak kawen.. takut ader anak2 yang macam nih.. HUHUHU. yang tak nak dengaq cakap pak mak, yang dok nak dengaq cakap kengkawan.. SEDEEEYYY DAI..!! (DAI singkatan pandai)
well, kalau kita nak family sayang kita, kita kenalah sayang family dulu.. dengar kata, fikir sejenak.. untuk kebaikan bersama. kita mulakan, apa salahnya.. kita mampu bli hadiah untuk pakwe makwe kita.. tapi kadang2 hadiah untuk parent kita, kita bukan tak mampu, kita tak nak kuar dwet sesen pun untuk berkorban.. takkan kita masih mau di timang2??? untuk adik2 yg masih belasan tahun; kalau kamu terasa sgt yang kamu jauh n family kamu tak sebahagia dgn family org lain, kamu silap. sikap kamu yg melebihkan org lain la menyebabkan kamu tersisih dari family. family bukan kawan2 kita, family adalah tempat kita bergantung harap. jadi, jaga hati family kita mesti lebih dari jaga hati kawan2 kita supaya mereka jugak akan jaga hati kita.
kita kan orang islam, akhlak terpuji sering di pandang mulia.. itu Janji ALLAH.. Dia takkan LUPA.