AkU yg SoranG

My photo
blog ini di reka oleh aku untuk mengemukakan pendapat dan perasaan aku mengikut teori rasional aku. segala perbendaharaan kata adalah kurang bagus untuk digunakan dalam mana2 dokumen formal. ini hati aku, cinta aku, jiwa aku, yang sebenar. kala aku marah, kala aku gembira, kala aku suka, kala aku sedih.. semuanya di sini.. aku jahat? kejam? ya ..semua itu adalah aku.. Utk kamu yg kurang mengenaliku, aku tak perlukan cemuhanmu kerana takdir kita berbeza.

Sunday, November 4, 2012

pemergian kak perAsan cantik

rasanya mac dah lama tak update blog nih... rindu datangenyapa.. ewah!!!
assalamualaikum kawan2! tak jawab dosa tau...(macam la citer aku ni tak mengindang dosa) harap Allah ampunkan kita semua.. aku cuma nak cerita ni jadi ikhtibar pada kita sebagai sidang pembaca..

ceritanya bermula sebegini...
setelah kak yg perasan cantik berhisteria di kawasan stor kedai. akhirnya dia mengambil kata putus utk meninggalkan company ini. setelah pemergiannya..

kakak yang perasan betul selalu menceritakan ttg kak perasan cantik pada setoap individu yang bertanyakan kenapa kak perasan cantik berhenti. terlalu banyaklah cerita buruk yang beliau dendangkan untuk halwa telinga pendengar2 yang setia.. aku.. opkos tak sanggup dengar.. bukan alu back up kak perasan cantik tapi aku tak nak hilangkan pahala yang aku kerja seharian. kalo ada pahala la kan.. lagipon pada pendapat alu yang baru setahun jaging dalam dunia pekerjaan ini adalah tak wajar kita fokus pada perkara yang berlalu.. untuk apa kita bercerita perihalnya...???kita tetap tak dapat ubah apa2 yang telah berlaku. utk apa lagi kita burukkannya?? mungkin orang akan berubah.. mungkin dia akan jadi baik.. kita harus mengharapkan dia menjadi lebih baik..

aku benar2 tak mengerti kenapa dia mahu memburukkan kak perasan cantik.glah kak tu bersalah tapi dia dah dapat balasan yang setimpal dengan dia
. jadi kita ni perlulah sabar and berfikir positif.

takde gunanya berkata di belakang
. tak mendatangkan kesan yang baik malah menyusahkan diri seterusnya memalukan diri.. dengarlah wahai wanita.. tak perlu meninggi diri dengan setiap pencapaian kita.. sebab dalam dunia ini kita akan pasti jadi seperti roda. adakala di atas.. ada kala di bawah
.

Thursday, October 11, 2012

wORKer... Oh what can i say..

 assalamualaikum wbt.. entry kali ni nak cakap pasal pekerja... maklum ar dah bekerja part time, mestila citer pasal kerja...

hikayat bermula...

datang seorang customer, nak cari beg.. aku panggil customer A. customer A ini selalu di serve oleh kak sally.. tapi oleh kerana kak sally ngah serve customer lain, iaitu customer B, aku pun serve customer A tuh dengan hati yang malas..

in the middle, datang kak kady,so.. aku pass customer A tu pada kak kady.kak kady pon serve.. memanglah.. aku kan printer.. jual banyak2 pon dapat incentif 300 jer.. baik tak payah jual. hati aku cakap.

habis jer kak sally serve customer B tu, dia pon sibuk2 gi tegur customer A.. customer, seronok la.. semua nak layan dia... yang peliknya..

kak sally: dik, ko nak beli barang ker? tak lama lagi kedai ni nak tutup dah... bulan nih last...

customer A: betul ke kak? tanya pada kak kady tuk kepastian.

kak kady : tak lah... dia cakap2 saja... (try to pertahankan kedai)

kak sally: ye lah.. ingat akak ni nak tipu ker??? dik ko kenal m*******, f*******,k*****... ko p la klcc.... beli dengan dorang.. sini tak ada org yang experienced yang boleh kau tanya..

customer A: kenal..saya dah lama kenal dorang..saya selalu pun beli dengan dorang.,.. sini tak da barang nak jual murah2 ke kak? kan dah nak tutup...

kak kady: ..... diam saja

kak sally : ko kol saja dorang... tanya ada barang murah ke tak...

kak kady: asha... tu tadi i lupa nak bli air yang u pesan.. i p beli sekarang...

rupa2nya... kak kady p beritahu manager kami bahawasanya kak sally p bagitau semua customer yang datang kedai nak tutup..  manager pon apa lagi.. mengamuk lah... direct kol kak sally... tanya2 kak sally, betul ke bagitau kat customer macam tu.. kak sally cakap, customer tu customer dia.. customer datang cari dia.. kunon adik angkat dia.. and then...

yang paling tak best aku pun turut terjebak sama... aku yang dok nak buat roti bakar ni dikatakan kol manager mengadu.. aku pa lagi.. pegang hp pun tak ade.. apatah lagi nak hapal no. manager.. dalam hati aku, buta ke apa minah nih! aku selamba jawab, kak kady kot

confirmlah cina apek tua tu.. menyampah aku.(ayat kak sally)
 tak tahan... aku pon dah lupa dia cakap apa lagi... dengan selambanya kak sally halau customer tu balik... then manager kol kak sally by her mobile phone, tanya.. tapi kak sally jawab jerit2.. aku plak sakit telinga. aku malas nak layan, aku pon amik roti bakar aku, makan kat kerusi panjang luar.. bisiiiiiiiiiiiiiing banar!!!
minum pun kat luar.. huhuhu... makin panasla keadaan time tu...

last chapter, aku dapat tau, kak sally undur diri... dah berhenti... huhuhu.. memang lah.. sapa jer yang boleh terima n suka kita 100%? takkan ada... tapi kita perlu lah sabar.. tak tahulah apa jadi esok... huhuhu.

malaslah aku.. baik jadi neutral.. malas nak sokong sapa2... semua pon ada salah...





Saturday, October 6, 2012

angkara gaji

assalamualaikum..
entry kali ni saya nak citer pasal gaji..

saya kerja kat kedai gambar.. start on 1st september. that's mean gaji saya akan ada pada bulan ni... yeaaaaaaaaayyyyy.. memang tak sabar n tak tahu berapa yang masuk... harapan tggi melayang.. jauh merentas awan daniot..

untuk yang pertama kalinya..

i feel very upset
feels sad
disappointing
feel useless
feel doubt

why?

because.......

my first month salary only got rm863.25

memang tak cukup sangat2.. sedeynyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...

sedeeeyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy sangaaaaaaaaaaaaaaaat... semalaman aku menangis.. bukan kerana tak syukur sebab semua yang aku plan tak menjadi... huhuhu.. ingat nak bagi parent lebih sikit, nak blanja makan.. tapi tak dapat.. hmmm... memang tak dapat.. hati betul2 teringin nak makan kfc.. tapi tahan je la nafsu ni... sedihnya... nak simpan duit kawen pun blum tentu lagi...

sambil taip entry ni pon saya dok meleley air mata

kawan2 yang sama graduate, dapat gaji 2k above...
saya?? gaji sgt ciput. kerja, 12 jam.. org lain kerja 8 jam... ya Allah

malunyaaaa..... rasa hina sangat. mungkin aku lah orang pertama menangis kerana gaji pertama.. balik jer kerja, bagi mak ayah duit, terus tidorr.... malunyaaa... dapat bagi sikit jer...

untuk B.s,
saya minta maaf kerana lepaskan awak kerana saya tak dapat nak simpan duit.

doa aku, semoga gaji ini berkat. sekian


Friday, September 28, 2012

tentang kawan

assalamualaikum wbt. (tak jawab dosa)

pada yang non-muslim, selamat sejahtera aku ucapkan. cerita hari ini based on perkataan di atas.
kawan...
hmm... kawan...
"aku tak nak kawan dengan kau!"
"jangan kawan dgn dia!"

pernah tak korang dengar pasal perkara ni time kecik2? atau korang pernah menyebutnya?
aku? of course pernah lah... memang tak lah kalo tak pernah..

aku berkawan dengan semua org..tua. muda... hitam... putih.. cantik.. hodoh.. gemuk ..kurus.. semua.. aku nak jadi kawan yg baik,, tapi kadang-kadang kita sendiri tak sedar betapa jahatnya kita dalam menjdi kawan baik. kenapa aku cakap macam nih?

aku tahu manusia tak ada yang perfect dan kesalahan acapkali berlaku dalam kehidupan seharian..
seperti aku.. aku bukan malaikat. hti aku tak sesuci kanak2..ada kotoran yang degil.. agaknya kena gunakan pencuci macam vanish kuasa 2 o, hahhaha,,..n kadang-kadang aku perlu gunakan harpic untuk menyahkan bau dan membasmi  kuman. langkah indahnya kalo ada pencuci hati yang fungsi dia sama dengan 2 object ni...

aku pernah mengeluh kerna punya kawan baik, aku jugak pernah mengutuk kawan baik ku..jahat kan aku? tapi, cepat2 rasionlku datang, memikikan apa jer yang terbaik dia pernah tolong, time family berjauhan, time air mata bercucuran, time sengkek, time susah lah... aku tak pernh sendiri.. time paling tak leh blah, time aku kena buli... huhuhu... walaupun pembuliannya tak nampak oleh mata kasar, tapi jauh di sudut hati aku.. aku mmg rasa aku di buli... time tu.. bestfriend aku jer yang faham... sebabtu bila ada orang talking bad about her,aku rasa cam nak tampar jer orang tu... aku jer boleh kutuk dia.. hahahaha...

aku nak reward dia kat sini.. nama dia suarni masirang.. memang dia kebudak-budakan.. memang dia tak berapa nak mature. tapi, kadang-kadang la.. dia banyak sangat bercerita buat hidup aku tak sunyi. hahaha.. saat nih.. aku rindu dia.. hahahhaaa... macam tak percaya jer boleh rindu pada dia.. wei, aku rindu kau lah!!!! n maaf wei aku pernah kutuk ko kadang2.. tpi aku tak kutuk ko dengan org yang kita tak rapat.. selalu aku bercerita dengan karen tapi sebab aku dah tau perangai dia, aku dah malas cerita dengan dia.. aku simpan sendiri jer sekarang.. thanks atas semua nasihat2 kau dulu time kiter blajar.. au doakan semoga hidup kita berjaya dunia akrat

miss S

p/s: nanti aku upload gambr dia..hahahha



Wednesday, September 19, 2012

sakit hati,tekanan perasaan.

Assalamualaikum..
Apa khabar??? Harap2 kita semua dalam keadaan sihat...
Baru-baru ni..baru jer 3 hari..aku kerja kat kedai gambor.. Alahai.. Hari pertama, kedua.. Ok la lagi..tlinga ini bisa lagi mendengar. Hati masih boleh bersangka baik.. Tapi masuk hari ketiga.. Hanya Allah yang tahu.

Kehadiran pekerja baru lelaki muka ala2 aqasha suara garau+serak.

Aku tau..lelaki tu hensem..tapi tak payah la marah aku depan budak baru tu. Ada pkerja lama ni bangsa cina, mulut mmg tahap longkang. Memang kalo dia cakap..buat sakit hati org. Aku panggil dia kat sini cilong.. huhuhuhu.... sakitnyaaaaaaaaaaaaaaaa hati nihhh!!!!!!

wahai hati, sabarlah kau... sabar lah... semoga dia terbuka hati nak berkawan ngan aku.. amin...

yang tahan rasa,

miss S

untuk incik H

assalamualaikum..
entry kali ini saya khususkan buat incik H

sebelum benar-benar terlewat.. sebelum hari berikutnya datang menjelma.. saya nak ucapkan SELAMAT HARI LAHIR buat awak. semoga hari2 awak sentiasa bahagia dan Allah memberkati setiap apa yang awak buat. hati awak lapang. rezeki yang tak pernah habis. kasih sayang keluarga pon takkan hilang dari awak.

walaupun saya tahu, (serkap jarang jer ni..) awak bahagia di samping dia. awak sambut dengan gumbiranya bersama yang tersayang. saya tahu, kita tak pernah sambutnya. tapi saya selalu mengimpikannya.

entah.. saya tak dapat lupakan tarikh ini... saya masih tak mampu jumpa awak. dan saya masih mengingati awak. saya minta maaf sebab tak dapat lupakan awak lagi.. tapi saya yakin, saya akan dapat lupakan awak jugak satu masa nanti. jadi jangan risau. hati ini akan terbuka untuk si DIA..

(.. tarik nafas.. n hembus dengan perlahan..) terasa lelah walaupun saya tahu, awak tak pernah baca entry2 saya.. hati sungguh lelah dalam pencarian. dan hati sentiasa berdebar bila ingatan bertebaran mengenangkan kenangan lalu.

jgn ada benci ~miss S~

Saturday, August 4, 2012

tak sedaq di untung!!

aku pelik dgn anak2 muda belasan tahun pada hari ini.. dengan orang yang bukan family, kemain lagi,... sgt baik.. bersayang-sayang.. cakap lembut2.. tapi dengan adik sendiri, bapa, mak, saudara mara yang lain, ke main kasar, cakap macam dgn binatang. kenapa ek bole jadi camtu?

KARMA

WHAT'S GOES AROUND COMES AROUND

HUKUM NEWTON YANG KE-2 NI selalu bermain dalam minda aku. knapa? memang dunia hari ini terjadi macam tu. kalau hari ini kita buat jahat, hina orang, jangan terkejut kalau kita atau ahli keluarga kita yang lain jadi macam tu.

seharusnya, kita jangan menghina orang yang menemui kejahatan macam tu.. misalnya


memang semua orang tahu, anak dia panjang tangan.. memang semua orang kenal perangai anak dia macam tu, tapi kita pasti ke apa yang orang tu rasa setiap kalo anak dia diperkatakan orang dan tohmahan yang dilempar ke atasnya? kita tak tahu betapa malunya dia bila dia di pandang serong oleh komuniti sekeliling dia..

salah anak dia, bukan salah dia. kadang2 dia didik anak dah betul tapi ALLAH nak tunjuk kat dia dan kita bahawa AKHLAK TAK BOLEH DIWARISI APATAH LAGI KEIMANAN. sapa kita nak persoalkan setiap kejadian. apa yang selalu kita buat???

kita umpat dia, kita tak nak ajak dia pi kenduri-kenduri dah, lagi dahsyat, kita pulaukan dia..semua ini akan menanamkan rasa benci keluarganya pada masyarakat. sampaikan anak dia sanggup melakukan yang lebih terang dgn merompak rumah2 jiran tetangga. ADAKAH INI YANG KITA MAHUKAN??

KADANG-KADANG, kita sanggup melihat mak pak pencopek tu pukul anak dia depan kita..sejurus kita tau yang anak dia pencopek..

errr...kenapa ek???

adakah dalam hati kita akan cakap,

... EMMM....INI AKU AGAK KURANG MENGERTI..

OK. berbalik kepada topik sebenar.. knapa sedara-mara kita baik dengan org yang tak de tali persaudaraan berbanding kita sendiri..? dengan kawan2 boleh jer belanja... bagi pinjam duit.. ngan keluarga sendiri.. nak blanja singgit pon KEDEK habis.. kadang2 kalau bergayut ngan girlfriend, boipren, bole jer cakap lembut2, sopan santun.. MACAM LAH DIA PALING MELAYU, tapi kalo kecek ngan kuarga sendiri.. hmm.. no komen.. pung!! pang!! pung!! pang!! KURANG AJOR SESANGAT!!
tu blum kira dengan jelingan tajam, kata2 kesat macam bodoh bangang tolol tu mainan bibir.. tangan tu!! huh.. PARIYA PA MARIIIEEEEEEE...!!!

ER.. asal arr???

sedangkan .. kita tahu, sedia maklum.. kalau susah.. nih! muko nih yang dia mintak tulun.. muka mak pak lah dia tagih simpati.. umah mak pak la jadi tempat berlindung.. duit mak pak gok yang diminta2.. tapi,.. kalo senang.. mak pak cakap ngan dia pun rasa cam mak pak dia tu cakap ngan dinding.. muka pun tak nak pandang apatah lagi nak bagi response.. sikit pon tak dak rasa bersalah. huk o laah wallahualam..

la ni, aku jadi takut nak kawen.. takut ader anak2 yang macam nih.. HUHUHU. yang tak nak dengaq cakap pak mak, yang dok nak dengaq cakap kengkawan.. SEDEEEYYY DAI..!! (DAI singkatan pandai)

well, kalau kita nak family sayang kita, kita kenalah sayang family dulu.. dengar kata, fikir sejenak.. untuk kebaikan bersama. kita mulakan, apa salahnya.. kita mampu bli hadiah untuk pakwe makwe kita.. tapi kadang2 hadiah untuk parent kita, kita bukan tak mampu, kita tak nak kuar dwet sesen pun untuk berkorban.. takkan kita masih mau di timang2??? untuk adik2 yg masih belasan tahun; kalau kamu terasa sgt yang kamu jauh n family kamu tak sebahagia dgn family org lain, kamu silap. sikap kamu yg melebihkan org lain la menyebabkan kamu tersisih dari family. family bukan kawan2 kita, family adalah tempat kita bergantung harap. jadi, jaga hati family kita mesti lebih dari jaga hati kawan2 kita supaya mereka jugak akan jaga hati kita.

kita kan orang islam, akhlak terpuji sering di pandang mulia.. itu Janji ALLAH.. Dia takkan LUPA.

Tuesday, July 24, 2012

AKU YG PERNAH CUBA FAHAM

Assalamualaikum wbt (tak jawab dosa)
Hai awak, saya mungkin mengambil sedikit masa untuk awak renungkan. maaf andai email ini bakal mengguris hati awak.
Tersentuh hati bila mana awak cuba menjelaskan semua episode duka kita yang telah kita tempuh secara berasingan. Bukan niat untuk mengungkit kenyataan dari sejarah 2 tahun lampau apatah lagi untuk menyalahkan awak, namun cukuplah untuk dijadikan ikhtibar untuk hari muka kita.

(bernafas sedalamnya dan menghembus perlahan)

7tahun yang lampau, dari perkenalan kita yang pertama atas pertolongan seorang kawan yang bernama Osman, saya mula rasa kehadiran awak dalam hidup saya. Fasa yang sangat bahagia walaupun time tu awak kerja jadi mekanik di mana tu..saya tak ingat, yang saya ingat macam jalan2 nak pi giant. Semua perkara awak kongsi dgn saya, bila awak busy, time awak makan, awak mandi n tidur pun awak beritahu saya. Sampaikan apa yang awak makan setiap hari pun awak bagitahu saya. kadang-kadang awak terlelap time cakap dgn saya di telefon. Saya tak pernah ambil hati sebab saya tahu awak penat kerja. Masa tu saya sangat dihargai. Macam-macam kita kongsikan bersama. Yang saya tak boleh lupa, awak cerita pasal ada janda nak ambil awak jadi anak ikan. Time tu saya memang tak senang duduk. Dan paling saya suka bila kita date, baju kita acapkali sama warna walaupun kita tak janji pakai baju sama. Indahnya masa lampau

Setelah 2tahun, bergembira, sampailah saat awak dapat tawaran sama ada awak nak teruskan pengajian ke ASK atau nak kerja pramugara. Inipun awak tanya saya. Saya tanya awak balik, awak minat ke dalam bidang di tawarkan? Awak cakap awak minat sangat, awak cerita lagi awak compose lagu nasyid sekolah, pastu ada orang buat aniya kat buku lagu awak. Jap, saat ni awak suka sangat nyanyi lagu sepia tapi tukar ke nama saya, anplug. Balik ke cerita tadi, yup. Saya suruh awak belajar. Saya tahu awak memang minat seni. Suka muzik2 ni.. tapi saya pelik kenapa awak ambil bidang pengarahan. Apapun yang awak buat, saya sokong awak. Saya tak nak awak jadi pramugara, sebab saya takut awk akan jauh dari saya.

Bila awak dah masuk ASK, awak mula busy. Mesej saya, kadang-kadang awak balas. Saya call, jarang terjawab. Saya minta jadual awak, awak tak pernah nak bagi. Saya semakin kehilangan awak. Saya keliru. Saya ingat lagi, 20 August 2006, masa tu saya nak ambil percubaan SPM, awak marah saya sebab awak busy sangat, sedang saya call, saya Cuma nak awak wish saya good luck. Time tu we’ve fight and then we’re break buat pertama kalinya. MEMANG SAYA YANG MINTA KITA BREAK, TAPI SAYA TAK SANGKA AWAK PUN BETUL2 MAHU. Bengkak mata saya pi sekolah, malu sangat masa tu. Result pun tak keruan, yelah pandang buku pun Nampak awak. Berlanjutan hingga SPM. Hari-hari saya doa, agar awak kembali pada saya, dalam sujud qiamulai. Saya siap janji lagi pada diri saya yang takkan sakitkan hati awak lagi. Lepas doa untuk awak, saya doa untuk kejayaan dalam SPM. Tapi yang peliknya, saya tak putus2 mesej awak setiap hari walau awak tak balas, kol awak berkali2 samapai berbelas miscall dalam hp awak. Maaf. Perasaan ini terlalu kuat. Hinggalah saya nekad untuk belajar di luar KL, dan Utara menjadi pilihan. Sampai saya masuk PLKN pun saya masih kol awak walaupun time tu saya dapat hp hari minggu je. Entah, kenapa saya jadi macam tu pun saya tak tahu. Pas PLKN , saya kerja di JJ, time tu saya dah kurang rasanya nak contact awak sehingga saya nampak awak tengah cari barang dekat dengan department sukan, berdebar sangat pantas hati saya sampai saya terpaksa sorok. Dari situ, kita bersama semula. Awak ajak saya pergi minum dekat restoran sebelah mydina, pastu kita lepak belakang dewan depan rumah awak. Awak minta saya jadi kekasih awak semula, hujan rintik-rintik membasahi bumi tapi hati kita tak semendung langit. Sweet sangat masa tu. Heee =) tapi, saya dapat tawaran sambung pelajaran di Kedah, awak cakap awak tak kesah, awak akan hubungi saya sekerap mungkin. Saya ingat lagi yang awak cakap, “tak semestinya kalau saya tak balas mesej awak bermakna saya tak baca mesej awak. Awak mesej saya hari-hari tau, ingat walaupun awak ada di tempat yang jauh, pandang langit, kita tetap menatap bulan dan berada di langit yang sama.”

Saya pun dengan gumbiranya pi ke kedah. SEBULAN je awak bertahan, lepas tu dua minggu baru awak mesej saya. Berlarutan sampai 3 minggu, 4 minggu…sebulan…2 bulan.. saya keep mesej awak. Sampai saya fed up. Sampai saya rasa kita ni dah tak ada apa2 ker? Siap saya pernah marah awak, kalo org dah kawen ni, mesti dah bole tuntut cerai sebab lebih dari dua bulan tak contact macam mana pun awak tetap diam. Tapi awak bijak sangat, bila saya bagitau saya cuti, awak offer diri nak fetch saya dari puduraya. Thanks a lot, time tu ada kawan saya lagi. Saya rasa terharu sangat. Pas awak hantar saya balik, awak terjumpa abang saya dan awak salam. Leganya bila tengok awak tak kena marah. Tapi bila saya masuk balik kolej semula, awak sekali lagi hilang.. sekali lagi saya buat keputusan untuk berada di barat malaysia, biar jauh.. biar diri ini mengerti dan tak terasa hati bila awak tak dapat jumpa saya. Saya sgt takut kalau kita dekat awak tak akan ada masa untuk saya.tapi ternyata, awak langsung tak hubungi saya. Biarkan hubungan kita tergantung.

Saya, yang telah sedia faham dengan sikap awak biarkan awak sepi. Saya menahan diri dari hubungi awak sampai satu ketika saya dapat lihat ms awak ada gurl lain, kalau saya tak silap nama dia fadilah, pemain biola. Hancurnya hati, sehancur exam paper saya sebab time tu saya tengah exam. sejak dari itu saya dah tak buka ms, makan tak kna, tidur pun sukar, hanya Allah tempat saya mengadu & air mata jadi peneman setia. Roommates, jarang saya hiraukan.sekali lagi, bila saya balik dari university, saya pasti contact awak. Entah, hati ni tak pernah serik untuk bersama. Bila bersama, macam semua duka yang saya tempuh hilang.. ringan sangat bahu ni. Tapi, bila saya pulang UMS semula, awak sepi sendiri. Sampai hari kejadian. 2 syawal 2010. Kalau orang lain menangis mengingati keluarga, saya menangis kebingungan. Walau jauh di sudut hati saya marah, tapi air mata tak terbendung. Terima kasih atas dugaan ini. Maaf atas segala rasa nista yang saya ucapkan. Kita lalui perasingan yang nyata.

Dalam pada melalui fasa itu, beribu-ribu mesej hanya terbuku di draft. Saya tak dapat nak hantar. Saya tahu awak dah ada yang lain. Lagu justin bieber: that should be me, selalu saya dengar. Mesej tu saya deiete, n saya percaya sidia sangat beruntung. Saya kerja kat desa setapak, dengan harapan dapat bertemu dengan awak, tapi hampa. Awak tak pernah ada. Mungkin dah tak ada jodoh. Saya selalu ingatkan diri saya, awak bukan untuk saya lagi. Hari-hari saya rasa begitu perlahan. Saya menilai semula, setiap apa saya lakukan untuk awak. Setiap apa we go through together, all the best and bad memories. Saya semakin tak dapat lupa awak. Gambar awak dgn sidia saya tatap setiap hari dengan air mata, n I noticed that, she’s maybe very kind till u have a best ever smile when u guy were together. Walau hati ini sakit mungkin ini penawar paling mujarab.

Saya fikir, saya dah cukup baik untuk awak, saya dah cuba yang terbaik untuk faham awak, saya dah beri semua kebebasan, saya tak pernah meminta itu ini, saya cuba sedayanya buat awak comfortable dengan saya dan kini saya sedari saya terlalu bodoh menunggu awak. 2 tahun saya hidup dengan masa silam yang penuh hitam. Saya pernah untuk membuka hati saya, sebab saya fikir kalau awak boleh kenapa saya tak? Knapa saya nak sedih kalau awak bergelak tawa gembira dengan org lain. Tapi semua tu sia2, saya tak dapat buka pintu hati saya. Walau saya couple dengan orang lain, hati saya kosong. Bagaimana saya bertahan pun, saya tak mampu. Saya sendiri teruskan hidup. Saya sendiri tak mampu untuk menerima diri saya.

Tapi, satu yang saya faham. Semua orang akan berubah. Demi meneruskan hidup dan menambah pengalaman baru. Mungkin saya terlalu cinta pada awak, atau obses dengan diri awak sampai tiada orang yang standing dengan awak. Tapi semuanya dah berlalu. Saya sudah mampu berdiri sendiri. Saya dah tak rasa apa-apa tentang diri awak. Dan akan lebih memilh untuk mencintai seseorang. Terima kasih atas sebuah pengajaran.
Saya minta maaf sebab saya pernah stalking awak, ganggu hidup awak n tambahkan stress awk.

RASA SAYANG EH RASA SAYANG SAYANG EH, EH LIHAT AWAK JAUH RASA SAYANG SAYANG EH.
Sayang ini selalu ada untuk awak tapi biarlah mati di sini. Sebab hati saya takkan mampu menyakiti hati wanita lain. Awak ada tanya kenapa nyanyi lagu ni, sebab saya rasa, awak mula sayang saya bila saya start menjauh. Mungkin ada sedikit kerinduan di ruang hati awak untuk saya.
Kotor:
Saya sangat jelas bila saya fikir semula. Segala kisah duka awak, awak dengan saya. Mana mungkin saya tak jelas. Tapi awak kena ingat, mungkin kita kotor, walau macam mana kita bersihkan pun takkan mungkin sesuci dahulu. Setidak-tidaknya, kita masih punya hati untuk menjadi bersih. Bersihkan hati awak. Buangkan masa silam. Jadilah incik H yang baru yang lebih bertanggungjawab, bukan incik H yang dulu yang lari dari tanggungjawab. Saya maafkan setiap sentuhan yang awak daratkan di kulit saya. Saya sentiasa maafkan awak. Kotor atau bersihnya orang itu terletak pada amalan yang dilakukan. Kita tak ada hak untuk menilainya. Doakan saya jumpa orang boleh terima saya seadanya tanpa rasa jijik. Saya juga ingin hidup gembira seperti awak bersama orang yang mampu memimpin saya ke jannatul firdaus. Saya doakan awak Berjaya, sihat dan bahagia dengan si dia.

Awak, Tahi akan meninggalkan bau yang busuk, tapi awak kena ingat Bau busuk hanya sementara, kemudian tahi dehydrate, menjadi kering seterusnya menjadi baja. baja mampu mengeluarkan bunga yang indah, makanan yang segar jika ada benih ditaburkan ke atasnya. Tak salah menjadi tahi.

Sunday, July 22, 2012

hati tatkala teringat

untuk incik H

kau telah lama aku buang jauh dari ingatan..
terlalu dalam ke dasar hati yang mati..
yang tak mungkin ada kehidupan lagi..

sedalam mana aku menyintaimu, sedalam itu aku membuangmu..
dari kehidupan dan dari hati
tatkala malam, walau benak mengingatimu,
rasionalku membuka minda agar beristighfar..
yang nyata..

ALLAH masih sayang pada aku...
Allah masih rindu akan tangisan insafiku...

tak mengapa incik H, Allah sentiasa bersamaku,
tatkala kau telah pergi mencari hidupmu yang baru..

aku telah ditemukan dengan BS..
aku bahagia dgnnya, alhamdulillah..
ALLAH menggantikan seseorang yang lebih baik dari kamu.

aku bersyukur dengan setiap apa yang ada pada aku..
dengan setiap zat yang ALLAH berikan pada aku,
hamba yang tak punya apa2..

subhanallah... alhamdulillah... wallaila ha ilallah, allahuakhbar..

Thursday, May 17, 2012

Encik B.S

setelah lama hati ini bersendirian...
setelah hati ini terasa apa itu kehilangan..
setalah jiwa ini terlalu kosong..
dan perasaan mempercayai itu hilang... sekali lagi hati aku ini di landa rasa resah gelisah..
entah mengapa...


oo0oo0000ooo.... jATUH CINTA LAGI... LAGI LAGI AKU JATUH CINTA...
harap kali ini yang terbaik dalam hidupku..
harap kali ini kau mampu mempercayai lelaki..
harapan ku kali ini juga aku mampu tersenyum di dakapan perkahwinannya nanti..
INSYA-ALLAH...
kita hanya merancang dan segala doa dan tawakal kita memohon padanya..
setelah aku kecundang untuk beberapa kali...
aku harap inilah yang terbaik untukku...


kenapa B.s??? entahlah .. aku namakannya encik B.S. kalo dia baca entry aku ni... dia jer yang tau apa maknanya... aku rasa bahagia bersamanya... hari2 yang aku lalui tak gundah macam masa lalu... biarlah orang lain ada bf... aku bersyukur sebab dia mampu jadi BS aku.. hihihi... bahagia rasanya.. bahagia sangat bila ada orang yang benar-benar serius untuk hidup bersama.. tiada apa lagi yang aku harapkan...
aku bukan minta 100% dia bagi aku perhatian.. tapi cukuplah dia ingat akan aku.. tapi yang aku dapat lebih daripada aku..


YA ALLAh... aku bersyukur kerana Kau masih menyayangiku... memberikan aku seseorang yang boleh mendampingiku dan membimbingku kepadaMU.. yang bisa memimpin aku ke JAnnahmu...
betapa aku ingin sujud syukur kepadamu di setiap hari aku... Ya Allah. kehadirannya benar2 membahagiakan aku,.. permudahkanlah jalan kami yaAllah...


matang dan sabarkanlah kami dalam setiap apa yang kami lalui... redhakanlah kami dalam setiap tindakan kami... jagailah maruah kami yaALLAH.. aku amat bermohon.. andai yang kau turunkan kali ini membawa aku jauh daripadaMU, kau jauhkanlah hatiku dari hatiNYa... Aku hanya ingin menyintaiNya kerana dia menyintaiMU.. Ya Allah, aku terlalu merinduimu... perkenankanlah doaku ini yaALLAH...

Sunday, April 29, 2012

letter to new guy

dear someone that ever feel my empty heart.. yup.. you ever make me laugh, angry, and cry... i believe... if today i make you sad, some day Allah will return something more worst than this to me.. because what's go around will come around. i don't think we are match together, i don't think we are perfect match.. & i don't ever think we belong together.. it is not because of the level of study, it is not also because of status, it is not because your appearance either, it is not because of you, trust me.. it is just me.. from bottom in my heart i still cannot accept anyone. friend.. listen... i just wanna make you more happy, you are kind, responsible, and a bit humor.. you have a package to be in some one hearts.. then, i release u now so that u can find anyone else to be with you. GOOD LUCK.. dear friend... i promise, i will make sure that u never ever meet me anymore, never ever heard from me or any news from me... this, i promise you... i wanna make you strong without me.. cos i am the loser.. i still can't win my heart... let my sad and my past continuously live with me... and i m so sorry because ever be cruel on you.. sorry, cos let you love me.. sorry cos cant courage you anymore... take care my deary friend.. =) (this is such a best ever present for my birthday)

Saturday, April 14, 2012

tangisan hati..

Andai hati ini mampu bersuara..
andai airmata ini tahu berkata-kata
pasti mulut tak perlu berbicara..
akan khilafku..
subhanallah... pertemukan aku dengan mereka di JalanMu..




by: miss S..

bahagia yang ku hilang.

hari ini terlalu sunyi..
sepi...
hujan turun lebat.. tapi ada waktunya...
hujan turun terhenti-henti..
menandakan langit sudah tua...
guruh bersuara, bergema setiap pelusuk..
aku.. masih di meja...
megadap object yang bercahaya, tapi tidak mampu untuk bersuara..
iya... tidak bersuara... tapi berbunyi...
kenapa?
tidakkah sama?
ya tidak akan sama
kerana suara datang dari hati tapi bunyi datang bila dipaksa..

sepi ini... mendorong fikiranku berfikir..
masihkah ada waktu untuk aku kecap bahagia..
atau saat indah berkurang dari hari ke hari?

masa? itulah pengukurnya... sepi di hati terlalu lama
hingga tiada rasa untuk berbahagia..
jiwa tertekan kerana bahagia yang di cari timbulnya tidak..
di manakah bahagiaku..
kenapa aku kehilangannya?

oh bahagia, aku cuba mencari kamu,
tapi aku belum jumpa.. sampai bila aku harus mencari..
agar kau sentiasa di samping..
bahagia, jangan pernah putus asa untuk mencariku...
aku rindukan bahagiaku..

Thursday, April 12, 2012

formulasi B'AKHIR ( berakhir)

OK.. masa akan menyembuhkan segalanya.., JADI.. bagi masa pada masa.. hehehhe=)
AYAT INI TELAH DI-TRANSELIT-KAN DARI AYAT BI
" TIME WILL HEALS ANYTHING, THEN GIVE TIME A TIME"

aSSALAMUALAIKUM wbt..
apa pun yang terjadi pada hari-hari yang lepas, biarkan ia berlalu.. biarkan ianya lenyap kalo membawa corengan buruk dalam minda kita. betul tak?
tapi.. macam mana?? cakap tak semudah melakukannya?



>>camni ler hati kiter yang tak leh melupakan.. mendung jerrr.... tak besh kan???<<

pernahker kiter rasa, bila ada kawan kiter cakap..
" lupakan je lah... kau akan dapat yang lebih baik.. mungkin belum rezeki kau.."

then, kiter pon niat dalam hati, "ok..look forward!! aku akan lupakan semuanyaaaaaaaaaaa"

after that, kiter teringat balik.. semakin teringat.. semakin dan semakin dan semakin dan semakin dan semakin dan semakin dan semakin dan semakin teringaaaaaaaaattttttt!!! [ berapa banyak dan semakin laaa.. penatnya nak copy n paste ]

pernah tak terjadi???
tak kesah lah, sama ada boipren ker... makanan ker... harta pusaka ker..
tapi pernah tak terjadi kat diri kiter???

kalo pernah terjadi, nak tahu tak sebab apa? mudah jer... sebab bila kiter nak lupakan perkara tu, kiter mesti terfikir semula apa yang kiter nak lupakan.. then minda kiter pon dok berputar balik ke arah keMERENGan perkara yang kiter nak lupakan tu... jadi secara tak langsung kiter pon dok terfikir balik.. hahahhaha!! begitulah sengalnya kiter ini.


tapi sampai biler kan?? kiter pon nak hati kiter jadi ada bunga2 semula, cam gambaq nih.. jadi, formulasi nak lupakan semudah A,B,C,D,E,.. hahhahha

B ------- kalo tibe2 kiter terpikiaq pasal depa atau somting,cepat2 kita gi buat pembersihan.. dengan harapan kita sedaang membersihkan hati kita.. tak kesahlah cuci toilet ker, mop umah ker.. asal membersihkan.. bila dah siap, kiter laman pon bersih.. tapi pastu kiter po letih kan, then kiter mandi n tidor..

A ---------- kalau pergi atau lalui tempat yang sama, cuba buat aktiviti lain plak,kalo dapat jangan lalu jalan tu lagi.. tapi kalo tak ley nak buat cenggitu, kiter niat jer "sahaja aku lalu lalang di jalan ini, untuk sampai ke tempat ibadahku, kerana Allah swt"

K -----------cipta kenangan baru banyak-banyak.. dengan kenangan baru, kiter akan lebih bergembira..

H ----- hah?? ex bf /gf satu tempat blajar/ kerja??? adoooiiii penyakit nih paling susah.. sebab kalo kiter masih ada hati pada sidia..mmg sukar.. ini, kita kena munasabah banyak2.. kuatkan hati.. kalo tak mampu berhenti jer kerja.. selalu fikir, rezeki di tangan Allah, bukan di tangan manusia... Insya Allah, Allah sentiasa membantu hambaNya..

I -------- apa? kalo kiter termimpi perkara tu?? sonang jer... jangan tidor.. hahhahha!!! tak de lah.. kiter anggap jer mimpi tu permainan tidor.. bisikan syaiTON... syuHHH ... p jauHHh!!! jangan ganggu aku yang beriman ini!!! (tak per, bukan riak.. cuma kiter nak kuat hati kita bahawa kiter ni milik Allah)

R -------- sms? padam jer semua.. pastu rename nama org tu, dengan nama antu.. cam Pocong ker.. langsuir ke.. antu bungkus ker..sebabnya kalo boipren or gepren kol mesti memalam.. pastu mesti kita takut nak jawab msg or kol dia ... kan?

---------------------------------------

dah..semua tips aku dah bagi.. tinggal korang jer nak laksanakan.. kiter takkan boleh berubah kalo ada seseorang nak merubah kiter.. sebab kiter hanya akan berubah bila kiter rasa kiter patut dan lintasan petunjuk dari Allah utk berubah kan??

but, in time utk berubah, kiter perlulah berdoa agar kiter dapat berubah ke arah yang lebih baik.. dan tak berbolak balik iman kiter nih.. memang sangat banyak cara syaiTON ini untuk merajai hati kita tapi kiter mampu melawannya.. sebab, for sure syaiTON2 ni ahli neraka, tapi kiter belum tentu kan??? belum tentu sebab kiter ni masih boleh menentukan SyorGa atau NeRaka.. pilihan di hati kiter.. TEPUK DADA, TANYA IMAN.. DAH CUKUP KER NAK MASUK SYORGA ALLAH???

WALLAHUALAM...

*sengaja aku gunakan perkata "kiter" sebab pembaca pon termasuk sama, EMMM... kalo aku jer, nanti nampak aku jer yang Mengong.. hahahhaha!!! XD"

Saturday, March 31, 2012

LOOK TO MY PAST

when i look at backward of time, i think i the give all my heart, give all the BEST thing ever to you.. how hard i am struggle, how difficult i try to do, you never ever say thanks to me.. even the words to appreciate me... why?
thats the thing that i always thinking...
that's thinking make my mind ruined...

the scar that i have from you, is still beat me...
i even cannot breath when i thinking back...
i envy with your life

why?
you have some one new, but u leave the pain in my heart till i can accept no one
you are in happy life, while i try to discover the happiness but still haven't

when read again all those the messages that you have give me..
all the pain is come back...
my heart cannot beat properly...
hurt... so hurt... that's the only thing that i can tell you..

maybe because of my love is so pure to you,
maybe i love you that much,
maybe i feeling empty cause i already give u all..
its maybe...

i still wish u happy, still wish u in good condition...
never mine if i was your past that u try to remove..
but please..
don't blame me on the brake up, cause i have no strong if u tell other that i the one need it..
i cant courage that..

to have u as my lover, was the moment that i really want
to leave by you on our path of journey was the pain ever that i ever had
but to back to you as your lover,
i don't think i have that strength... i just love you and never ask your return.. be with me in my dream, that just enough... MHB

say bye to you, bye to our moment together, bye to what we have done together.. its really hurt me.. just let u know that.