AkU yg SoranG

My photo
blog ini di reka oleh aku untuk mengemukakan pendapat dan perasaan aku mengikut teori rasional aku. segala perbendaharaan kata adalah kurang bagus untuk digunakan dalam mana2 dokumen formal. ini hati aku, cinta aku, jiwa aku, yang sebenar. kala aku marah, kala aku gembira, kala aku suka, kala aku sedih.. semuanya di sini.. aku jahat? kejam? ya ..semua itu adalah aku.. Utk kamu yg kurang mengenaliku, aku tak perlukan cemuhanmu kerana takdir kita berbeza.

Friday, March 21, 2014

untuk kamu- kamu- dan kamu.

salam,

sejak kenal kamu, hati saya betul2 tak tenteram. jiwa di pagut keresahan.
sehari tak berjumpa, bagai tak sempurna hidup saya.

kamulah dunia saya.
kamulh jiwa saya.
bila saya ada dengan kamu, saya rasa sangat lain.

percayalah. perasaan ini tak pernah sama.

saya mulanya minat kamu.
bila kita berkenalan, berkomikasi, saya mula sukakan kamu

lama kelamaan saya jadi sayang pada kamu
dan sayang ini bertukar cinta

tapi, hati saya hancur bila tahu kamu bakal berpunya.
hati saya sangat hampa.
setiap malam saya berdoa,
jika kamu jodoh saya, dekatkanlah hati kita,
jika kamu bukan jodoh saya, jauhkanlah hati kita

setiap malam bertemankan airmata
bantal menjadi saksi kesengsaraan yang kamu tak pernah tahu

setiap hari saya membisu.
mendiam dan menjauh.
saya tak mahu hati saya sakit.

kamu, di hari pertunangan kamu,
sayalah orang yang bermata panda.
semalaman menangis.
hilang kekuatan yang selama ini saya kumpulkan.

setelah 2 bulan kamu bertunang,
kita mula merapat semula.
status kamu bukan penghalang

kamu mula persoalkan kenapa kita tak bertemu lebih awal
kamu mula persoalkan antara jodoh dan takdir

sedangkan saya yang terbentang di depan kamu selama 8 bulan,
kamu tak pernah mahu ambil risiko.

kamu, tak perlu persoalkan jodoh andai dalam hati tak ada kekuatan
tak perlu bertanya saya jika hati kamu tiada tekad.

sedang dari awal dulu saya telah tunjukkan pada kamu yang saya benar-benar ingin kamu
kerana saya benar2 sayang kamu. tiada hujungnya. sehingga mana.

sudahlah kamu
yang pastinya..saya tak dapat lupakan kamu.
jaga diri kamu, kamu sentiasa ada dalam doa saya.

saya mengharap dia yang terbaik utk kamu, kerana saya bukan pilihan kamu.
saya mengharap dia juga yang memahami kamu kerana saya tak mampu menjaga kamu
saya mengharap agar kamu sentiasa bergembira walau saya sangat tersiksa melepas kamu.

saya mengharap kamu juga doakan saya.