sakitnya hati andai tidak dapat memiliki dia...
terlalu melengkapi, terlalu menyayangi..
pandangan mataku ke arahnya menimbulkan sebuah ketenangan.
senyumannya menyimpul sebuah kasih
segala-gala tentang dia buatku tertarik lagi menarik...
memilih bukan mudah bagi aku
dia yang ku kasihkan atau dia yang aku cintakan?
yang ku kasihkan adalah pada dia yang sentiasa sabar dengan ku
walau dia tidak pernah faham apa inginku
yang dia tahu aku selalu ada untuknya
untuk berbakti dan berkorban
dan dia yang kukasihkan ini tidak pernah berkorban untukku..
dia yang kucinta
sebulan kenalan dengan nya, pelbagai corak perwatakannya
senyum, tawa, tangisan, sakitnya dapat ku rasa
dapatku hidu..
senyumnya buatku gembira
renungnya buatku berdebar
sakitnya, ternyata 2x aku sakit
pernah ku berdoa pada Tuhanku,
Salurkan segala sakitnya padaku
hanya aku..
Dia selalu berada di sisi, saat aku jatuh, merangkak dan bangun serta berlari
menggembirakan hari2 ku
namun hari ini,
dia yang aku cintakan datang membawa satu persoalan kepadaku
meletakkan aku didalam kepompong penantian
kata-kata yang dahulu ku anggap mutiara kini tak ubah seperti pasir
sakit...
sangat sakit...
membiarkan aku menunggu dia untuk seberapa lama.. yang dia sendiri tak tahu
mengikatku dengan tiada noktah
aku tak mahu
dan tak akan mahu
untuk mereka yang kusayang..
hatii ini benar2 terkilan
ingin ku lari membawa diri dan pergi
jauh di tempat yang kamu takkan cari.
akhirnya aku memilih untuk lepaskan
" >> CUKUPLAH ALLAH BAGIKU, TIADA TUHAN SELAIN DRP-NYA. HANYA KEPADANYA AKU BERGANTUNG HARAP<< "
AkU yg SoranG
- sharah ainnur
- blog ini di reka oleh aku untuk mengemukakan pendapat dan perasaan aku mengikut teori rasional aku. segala perbendaharaan kata adalah kurang bagus untuk digunakan dalam mana2 dokumen formal. ini hati aku, cinta aku, jiwa aku, yang sebenar. kala aku marah, kala aku gembira, kala aku suka, kala aku sedih.. semuanya di sini.. aku jahat? kejam? ya ..semua itu adalah aku.. Utk kamu yg kurang mengenaliku, aku tak perlukan cemuhanmu kerana takdir kita berbeza.