AkU yg SoranG

My photo
blog ini di reka oleh aku untuk mengemukakan pendapat dan perasaan aku mengikut teori rasional aku. segala perbendaharaan kata adalah kurang bagus untuk digunakan dalam mana2 dokumen formal. ini hati aku, cinta aku, jiwa aku, yang sebenar. kala aku marah, kala aku gembira, kala aku suka, kala aku sedih.. semuanya di sini.. aku jahat? kejam? ya ..semua itu adalah aku.. Utk kamu yg kurang mengenaliku, aku tak perlukan cemuhanmu kerana takdir kita berbeza.

Monday, December 20, 2010

L.E.L.A.K.I .... I.N.I part 2


hee... assalamualaikum.. bertemu kembali dalam arena pemBLOGan.. hihi.. harap semua sihat lah erkk... hari ni aku nak kisah kan tentang seorang manusia yang tak bersyukur. tak lain n tak bukan, INCIK H!!! tepukan gumuruh di berikan di salingkan dengan jeliran lidah!!

huh!!! kehadapan Incik H...
setelah hampir 3 bulan aku tak ganggu hidup ko, kenapa kau datang gi miskol aku? ada aku kesah ker? bley siap tanya, aku nih sapa... ek eleh... aku tau la, ko dah lupa aku tapi tak payah
berkias2.. agak-agak la kan... dah tau lagi mo tanya.. DASAR buaya!!

kesisisan Incik H,
memang dulu, aku sangat tergila2 kan kau... tapi tu dulu, citer dah bertahun la.. sekarang boleh blah la kan, ko ngan sikap kau... geli siot baca mesej kau... boley ker ko buat aku macam ni? kau nak salahkan aku pada semua yang berlaku? agak2 la weyh... let see this..

miss S: ada apa?

Incik H: ni S** ke?

miss S: tak, A*******... kenapa?

Incik H: just nak bagi awak faham. why kte tak dapat bersama. salah satu sebab ialah bila awak melibatkan hal peribadi kita dengan orang yang saya kenal lebih2 lagi dengan orang yang saya selalu berurusan tentang kerja, saya tak suka awak melibatkan mereka n itu sedikit sebanyak mengganggu urusan kerja saya. awak campurkan urusan peribadi dengan rakan sekerja saya. malah awak merahsiakan dari saya sewaktu kita masih ada peluang bersama dulu.

miss S: xpe...

incik H: pada awak itu XPE, tapi pada saya itu sangat mengganggu urusan komunikasi saya dengan mereka! kenapa masa kita bersama dulu saya tak layan awak? sebab saya marah sebab awak merahsiakan itu dari saya. awak sedar tak? urusan saya banyak terganggu disebabkan awak melibatkan mereka!

miss S: buat pengetahuan awak, ttg kawan lelaki awk tu tak pernah wujud. dan dalam fb saya hanya kenal 2 orang. M***** dan S*******. itu pun saya jarang komen & saya pasti diorang tak tahu tentang kita dulu.

incik H: haha awak pasti dengan jawapan awak? itu yang awak bagitahu saya, yang awak tak bagitau saya?

miss S: ya.. saya tak pernah bercerita tentang hubungan kita kecuali pada kawan2 perempuan yag saya rapat. da xde apa awak.. k.. bergembiralah.. anyway, terima kasih sebab tak paparkan saya pada umum. 1 jer saya harap, jangan hancurkan hidup saya.

entahla..aku tak tahu aapa lah manusia ni fikir.. tak tergamak aku nak hancurkan hidup orang.. betapa aku bersyukur sebab dah tak sama2 dia lagi.. mesej aku semata2 nak salahkan aku sebab break up.. apahal??? aku rahsiakan sesuatu? dia yang syak bukan2... aku relax dah lah... mmg kalo org dah salah... siap bagi tanda seru lagi.. bal la weyh... nasib aku tak maki kau depan2... tu jer... sekurang2nya aku ada gak tanda respek aku kat kau...

ko tak layan aku? tu mmg masalah ko k... ada aku kesah? (tapi dulu aku kisah kowt, hihi) sedangkan citer kawan ko tu, tak pernah ada.. aku main phsyco je.. tak tahu la btul tak... tapi dah kata kan, org buat salah... tu yg rasa semacam.. sepandai2 tupai melompat jatuh ke tanah jugak..

incik H,
harap pas ni jangan ganggu hidup aku.. apa masalah ko, aku tak tahu... ko mmg tak pernah declare aku dalam hidup ko. itu yang pasti. dari dulu sampai sekarang... kalo ko bangga sangat ttg awek ko tu, kita tgk je la sampai mana... huhuhu...

yang menyampah, aku.. miss S...

p/s: citer ni sekadar bahan lepas perasaan n hanya rekaan semata2.. utk menghiburkan hati yang boring giler...

Saturday, December 18, 2010

aku & KAHWIN


baru2 ni anak sedara aku kahwin. umor dia 20 tahun, muda setahun dari aku. cemburunya... di baru nak amik degree dah dapat kawin.. bertuah giler.. dapat pulak suami yang berkerjaya.. bertuah sangat.

pada mulanya, aku mmg jeles bagai nak rak.. kenapa? sebabnya diri aku masih lagi terumbang ambing, blom tahu mana, siapa jodoh aku.sedih tak.. kalo ikotkan aku kawen dulu, tapi apa bole nak buat.. mungkin jodohnya sampai awal... Allah dah tentukan begitu.

tapi, suatu hari tgh aku baca al-Quran, aku terfikir sejenak.. kalo aku kawen nanti, aku tak mungkin akan sebebas ini. sebab, setiap amalan sunat kita mesti di dalam keredhaan Suami. setiap apa amalan sunat, wanita perlu beritahu pada Suami. ya, aku blom bersedia untuk itu. aku juga blom bersedia menjadi tukang masak, tukang cuci, tukang kemas pada suami aku. aku juga masih tidak sedia untuk sebuah kelahiran, untuk sebuah panggilan ibu, untuk seorang anak yang bakal aku kandung 9 bulan. mana mungkin... aku masih perlu banyak belajar lagi.. kerana alam rumah tangga bukan perkara yang hanya ambil masa sehari, seminggu mahupun setahun. kerana bagi aku, rumah tangga, anak2 aku, dan generasi yang bakal aku ada kan, adalah untuk dunia dan akhirat.

lantas, aku bersyukur pada Allah, kerana sangat memahami hambaNya. aku bersyukur kerana belom sampai masanya lagi untuk aku mendirikan rumah tangga. sesungguhnya Allah lah yang maha memahami hambaNya. Alhamdulillah.

ya Allah, Tuhan yang maha pengasihani, maha mengetahui pada setiap sesuatu, yang maha mengurniakan dan maha memberi rezeki..
kurniakan aku jodoh yang baik, yang boleh memimpin aku dan anak2 aku ke jalan yang Kau redhai. jauhi aku dan keluargaku serta kenalan perkara2 yang lalai dan maksiat.
hanya Engkau tempat kami bergantung dan meminta pertolongan. amiiin...

Thursday, December 16, 2010

ntah la kowt. part 1


bila aku tanya,: sayang aku tak?
dia jawab: mestilah.. tak pandai la nak romantik2 nih...

aku balas: tak apalah... kalo tak suka, saya takkan tanya lagi..
dia jawab: apa ni? semua ni nonsense...

pastu dia cakap, aku ni "putar belit"... ntah lah... sukarnya nak faham diri dia... agaknya dia sememang tak sayang aku.. ni lah malangnya kalo kita amik org yang pernah suka kat kawan baik kita... naseb2...

yang aku sedih bukan kerana dia tak layan aku, bukan kerana sepi..[tapi kadang2 ada la jugak]tapi sebab dia tahu akan kekurangan tapi tak pernah nak baiki.. balik2 bagi jawapan yang sama...huhuhu...bosannya... sukarnya dengan dirimu. tapi aku dah mula sayang kamu...

Wednesday, December 15, 2010

tidak SENANG..


kalau ianya mudah.. aku tak kan rasa derita kerana kamu..

kalau ianya sangat senang, aku takkan sesakit ini sebelum berhadapan dengan kamu..

kalau ianya terlalu mudah, aku pasti sedang gembira tanpa mengharapkan kamu..

tapi.. ianya sangat sukar..
KERNA AKU PATUT UNTUK..
selalu ku ingatkan diri bahawa kamu tak pernah ada dalam hidup aku.
selalu aku sabarkan hati
agar waktu pertemukan aku dengan org yang dapat lupakan aku ttg kamu..
dan berdoa agar kita takkan berjumpa lagi...
aku masih berharap lagi rupanya..
tentang kamu..