AkU yg SoranG

My photo
blog ini di reka oleh aku untuk mengemukakan pendapat dan perasaan aku mengikut teori rasional aku. segala perbendaharaan kata adalah kurang bagus untuk digunakan dalam mana2 dokumen formal. ini hati aku, cinta aku, jiwa aku, yang sebenar. kala aku marah, kala aku gembira, kala aku suka, kala aku sedih.. semuanya di sini.. aku jahat? kejam? ya ..semua itu adalah aku.. Utk kamu yg kurang mengenaliku, aku tak perlukan cemuhanmu kerana takdir kita berbeza.

Saturday, December 18, 2010

aku & KAHWIN


baru2 ni anak sedara aku kahwin. umor dia 20 tahun, muda setahun dari aku. cemburunya... di baru nak amik degree dah dapat kawin.. bertuah giler.. dapat pulak suami yang berkerjaya.. bertuah sangat.

pada mulanya, aku mmg jeles bagai nak rak.. kenapa? sebabnya diri aku masih lagi terumbang ambing, blom tahu mana, siapa jodoh aku.sedih tak.. kalo ikotkan aku kawen dulu, tapi apa bole nak buat.. mungkin jodohnya sampai awal... Allah dah tentukan begitu.

tapi, suatu hari tgh aku baca al-Quran, aku terfikir sejenak.. kalo aku kawen nanti, aku tak mungkin akan sebebas ini. sebab, setiap amalan sunat kita mesti di dalam keredhaan Suami. setiap apa amalan sunat, wanita perlu beritahu pada Suami. ya, aku blom bersedia untuk itu. aku juga blom bersedia menjadi tukang masak, tukang cuci, tukang kemas pada suami aku. aku juga masih tidak sedia untuk sebuah kelahiran, untuk sebuah panggilan ibu, untuk seorang anak yang bakal aku kandung 9 bulan. mana mungkin... aku masih perlu banyak belajar lagi.. kerana alam rumah tangga bukan perkara yang hanya ambil masa sehari, seminggu mahupun setahun. kerana bagi aku, rumah tangga, anak2 aku, dan generasi yang bakal aku ada kan, adalah untuk dunia dan akhirat.

lantas, aku bersyukur pada Allah, kerana sangat memahami hambaNya. aku bersyukur kerana belom sampai masanya lagi untuk aku mendirikan rumah tangga. sesungguhnya Allah lah yang maha memahami hambaNya. Alhamdulillah.

ya Allah, Tuhan yang maha pengasihani, maha mengetahui pada setiap sesuatu, yang maha mengurniakan dan maha memberi rezeki..
kurniakan aku jodoh yang baik, yang boleh memimpin aku dan anak2 aku ke jalan yang Kau redhai. jauhi aku dan keluargaku serta kenalan perkara2 yang lalai dan maksiat.
hanya Engkau tempat kami bergantung dan meminta pertolongan. amiiin...

No comments:

Post a Comment