sepi...
hujan turun lebat.. tapi ada waktunya...
hujan turun terhenti-henti..
menandakan langit sudah tua...
guruh bersuara, bergema setiap pelusuk..
aku.. masih di meja...
megadap object yang bercahaya, tapi tidak mampu untuk bersuara..
iya... tidak bersuara... tapi berbunyi...

tidakkah sama?
ya tidak akan sama
kerana suara datang dari hati tapi bunyi datang bila dipaksa..
sepi ini... mendorong fikiranku berfikir..
masihkah ada waktu untuk aku kecap bahagia..
atau saat indah berkurang dari hari ke hari?
masa? itulah pengukurnya... sepi di hati terlalu lama
hingga tiada rasa untuk berbahagia..
jiwa tertekan kerana bahagia yang di cari timbulnya tidak..
di manakah bahagiaku..
kenapa aku kehilangannya?
oh bahagia, aku cuba mencari kamu,
tapi aku belum jumpa.. sampai bila aku harus mencari..
agar kau sentiasa di samping..
bahagia, jangan pernah putus asa untuk mencariku...
aku rindukan bahagiaku..
No comments:
Post a Comment