aku sudah mula bosan dengan percaturan ini. aku rasa bagai tidak betah bertahan. melayari sesuatu yang aku tak pasti.
kau yang bernama kekasih, kau tak pernah berdiri untuk aku, tidak pernah ingin mengambil risiko untuk aku, tak pernah ambil initiative untuk bertemu dengan aku
aku dah mula mengetahui yang aku tak ubah seperti patung mainan bagimu. bila kau perlu, kau gunakan. bila tidak kau campakkan aku di merata-rata. kau tak pernah ikhlas. tapi sampai bila?
ikhlas? mungkin tak pernah wujud. tak pandai memujuk. tak romantik, susah nak bawa bincang.. entah sampai bila...?
aku hampir putus harapan. mungkin kerana terlalu banyak pengalaman hingga aku kurang sabar untuk meletakkan noktah pada hubungan yang tak pasti ini. ya.. sampai bila?
kau.. entah.. aku tak nampak kebaikan mu. kala aku susah hati.. kau diam seribu bahasa. sedangkan aku perlukan pendapat yang bernas. kala aku gembira, kau seperti tidak mahu dengar. kau ubah topik. bila kau bercerita, aku wajib mendengar. aku kena bagi respond yang baik. kenapa harus begini.. makan hati, # sentap.. sampai bila?
its almost 9 months.. and i try harder to be loyal for some one that i never do this before. kau balik pon, bukan nak jumpa aku. kau balik ada urusanmu sendiri.. dalam 2 minggu kau balik, kau jumpa aku 1 jam jer. pastu kau hilang. urusan keluargalah, mak angkat punya anak2 nak buat kendurilah, kawan-kawan nak pindahla.. dompet tertinggal dalam keta kawan, road tax mati, macam2...
mungkin dah bukan jodoh kita. bukan aku merungut bukan aku mengungkit. setiap kebaikan yang kau beri pasti kau minta ganjaran. aku mula bosan. entah.. dalam hati aku dalam otak aku ni.. dah set.. kau tak pernah nak aku, kau simpan jer aku ni.. bila kau jumpa yang lain, kau pasti akan lupakan aku. entah sampai bila..
mungkin ini saat terbaik aku melupakanmu. belajar menghindari.. melajar menjauhi. belajar hidup sendiri. sebab aku yakin, kau balik kali ini, bukan kerana aku selalu tanya bila kau nak balik, tapi sebab adikmu nak beli kereta. thanks sebab bagi aku sebuah harapan palsu untuk hidup bersama. mungkin itu hanya harapan sebab hati aku dah mula tertutup. terima kasih sebab menampakkan semua ini.