AkU yg SoranG

My photo
blog ini di reka oleh aku untuk mengemukakan pendapat dan perasaan aku mengikut teori rasional aku. segala perbendaharaan kata adalah kurang bagus untuk digunakan dalam mana2 dokumen formal. ini hati aku, cinta aku, jiwa aku, yang sebenar. kala aku marah, kala aku gembira, kala aku suka, kala aku sedih.. semuanya di sini.. aku jahat? kejam? ya ..semua itu adalah aku.. Utk kamu yg kurang mengenaliku, aku tak perlukan cemuhanmu kerana takdir kita berbeza.

Friday, November 12, 2010

oit!! baca nih dulu!!!


AL-HAKIIM

MAHA BIJAKSANA

ertinya Allah yg maha bijaksana,yg mempuyai hikmat,berpgtahuan ilmu ghaib lagi arif dalam semua peritah dan tidakannya.


firman Allah s.w.t

yg bermaksud

tidak aku(Allah)jadikan jin dan manusia melainkan untuk menyembah aku (Allah)surah adz-dzaariyaat 51:56


KHASIAT DAN CARA BERAMAL

  • 1.barang siapa yg berulang kali membaca''Ya-Hakiim''tanpa henti2 dari semasa ke semasa,insyallah dirinya tidak akan menemui kesulitan dalam setiap perkerjaannya.

  • 2.barang siapa berzikir''Ya-Hakiim''300kali pada setiap hari dan malam,insyallah dibukakan baginya pintu hikmat dan dipalingkan daripadanya segala yg memberi mudarat kepada dirinya.

  • 3.bagi seseorg penuntut ilmu atau perlajar.sekiranya diamalkan berzikir''Ya-Hakiim''300kali pada setiap hari waktu pagi dan petang,insyallah dirinya peroleh kejayaan dalam pergajiannya.

tingkatkan amalan...
by: Miss S..

Tuesday, November 9, 2010

...TRAGEDI PARIT CINTA...


HAI ASSALAMUALAKUM SEMUA??? [WAALAIKUMSALAM]..
harap semua sihat dan gembira pada hari ini...



tajuk entry adalah seperti di atas... haahahaa.... pelik kan? ini bukan citer orang jatuh parit tau!!
atau pun bercinta dalam parit.. hurmm... sekali aku teringat plak aku ngan kawan2 aku masa kecik2 dulu penah main dalam longkang.. tapi, kita hold dulu citer tu... nanti aku buat entry lain pasal tu.. hmmm... sebenarnya ini tajuk omputih tapi aku melayukan..hahaha.. jadi tajuk sebenarnya adalah " LOVE CANAL TRAGEDY "...


apa jadahnya benda nih??? ni bukan love story... ini tragedi yang telah menimpa dunia pada zaman dulu kala.. sejarah ni berlaku kat sebuah tempat, NIAGARA FALLS.. hurmm... tahu tak kat mana?? kalo tak tahu, hentak pala kat dinding 3x pastu baru sambung baca balik... hahaha... gurau jer lah.
Niagara ni kat NEW YORK, sekarang orang dah tahu negara tu negara maju.. SO... jangan sangka negara maju tak pernah dapat kecelakaan..


kenapa nama dia LOVE CANAL??? sebenarnya nama dia LOVE CANAL bukan sebab parit ngan parit ni bercinta... tapi sebab nama pengasas dia atau org yang menemuinya atau kajinya atau dan ataulah.. nama orang nih adalah WILLIAM T.LOVE.. pada tahun 1890, waktu tu aku pon tak lahir lagi.. hurmmm, <--------Mr. LOVE ni yang punya otak geliga bole buat batu cincin ini telahpun mengideakan sebuah sistem pemparitan. kiranya projek besarlah masa tu.. sistem pemparitan ini kononya dapat memudahkan penempatan suatu hari nanti.. dia beli tanah sebanyak 70ekar per segi... bapaklah besar... mestilahkan??? sebab dia nak buat projek besar punya!! projek dia tu namanya jana kuasa hidroelektrik.. wahhh!!!! hebat....


tapi, ntah tiba2 kenapa aku pon tak tahu... mungkin projek & idea dia tak cukup best sampai dia tersedar yang projek dia tu takkan sempurna disebabkan keterhadan direct current power. padan muka dia..kahkahakah..blagak sangat. pastu dia pon jual lah tanah dia nih kat dekat hooker bahan kimia & plastik..sampai situ ajelah riwayat dia dalam citer aku nih...

pada tahun 1942 plak, si hooker nih gunakan lah tanah yang dia baru beli dari Mr. LOVE tuh. dia buat apa ngan tanah yang bapak besar tu? dia buat tempat pembuangan bahan kimia.
gilalah!! antara bahan kimia yang syarikat dia buang adalah caustic, alkalines, fatty acids, chlorinated hydrocarbons yang dapat daripada pembuatan dyes, minyak wangi,larutan getah dan synthetics resin. dalam masa 10 tahun, 21 000 +++ tons toxic dia dah disposed kat site tuh hampir 16 ekar la gak... huh!! gila.



ada lagi gila, jap yer... aku tak tahu la apa yang merasuk NIAGARA FALLS BOARD EDUCATION (NFBE) untuk beli kawasan tu pada tahun 1953. mungkin dah tak de tanah lain
gamaknya, sebab masa tu tanah dihadkan pada semua orang.. yang gila nya bukan sebab dorang boli tanah tu, tapi dorang buek perancangan bandor pulok. aduss... sedangkan dorang tahu, tanah kat situ tak do bagusnyo.. yolah, bokeh tompat buang bahan kimia. aduh.. dorang nih, mengong2 buat sekolah, tamandan residental dalam 200 lah macam tu..


orang lua mana lah tau, tompat tu dulu bokeh tompat org buang sisa toksik, depa pon boli..
pastu pada 1960, jadilah sesuatu perkara yang tak di ingini. orang ramai yg dok situ, mula komplen ada bau2 tak menyenangkan, pastu tanah depan kat umah dorang tu macam menyerap tanah dorang..ala macam pasir jelus tuh... eeh... geli.... kanak2 plak start sakit2... sian weh...
----------------------------------------------
ni gamba bila tanah tu dah tak sesuai...













pastu adalah sorang wanita nih bangkit, mungkin dah tak tahan sgt. kalo aku pon mmg dah tak tahan lah kalo anak lelaki aku kena sawan babi dan beberapa penyakit lain. nama heroin nih MDME. LOIS GIBBS. dialah yang pi serang kerajaan pada tahun 1978.. terjadi lah satu pendedahan hebat, barulah depa tau yang umah depa tu tempat apa sebenarnya.. isk3x... anak dah sakit baru tahu....

inilah wanita yang berjasa tu------>


2,ogos 1978, barulah kementerian kesihatan dorang p amik tindakan. darurat pada resident yang dok situ. dan arahkan sekolah 99th street tu ditutup.


selang seminggu, president plak tunjuk muka.. JIMMY CARTER, declared tempat tuh darurat dan resident kat tempat tu akan dapat penempatan kekal.. bagus hati dia nih... dapatlah resident tu rumah baru.
nila abg jimmy yang baik ati tuh,,,..kacak kan??

---------------------------------------------------------------------------
NI LAH CERCLA.

last, 11 dec 1980,barulah di keluarkan undang2.. oleh COMPREHENSIVE ENVIRONMENT RESPONSE, COMPENSATE AND LIABILITY ACT (CERCLA). depa dok perkenalkan cukai pada bahan kimia dan industry petroleum . tujuan cukai ini adalah nak kutip duit untuk membaik pulih sites dan future tentang uncontrolled bahan buangan yang bahaya.

siap gak citer aku.. harap dapatlah bagi sikit pengetahuan kat korang... moral of the story, jgn nak mengada2 main bahan kimia. k, wassalam.. MISS S



Monday, November 8, 2010

bebuahaaannnn...


assalamualaikum...(waalaikumsalam wbt)

hai apa khabar semua? harap anda semua sihat pada hari ini... aku doakan anda dalam keadaan sihat , bahagia dan murah rezeki selalu..

review sikit yer... entry yang lepas, aku dah mengetengahkan pasal sikit sikap perempuan and citer dongeng seorang lelaki. tapi kali ini aku nak tampilkan cerita tentang BUAH. (bila aku cakap buah, aku maksudkan buah.. jangan pikio yg bukan2..)

Buah yang pertama aku nak story adalah buah PISANG atau bahasa yang selalu kita
dengar BANANA, walapun begitu ada gak yang panggil sebagai SANGGAR. Ke-best-an buah ini ada macam2... pertama, macam kita sume tau, buah pisang dapat MEMBERI TENAGA SEGERA kepada badan. that's why, atlit2 kita makan buah pisang bila main.. tapi tenaga ini hanya memberi kesan yang tak lama. pastu, menurut kajian, buah pisang juga MENGURANGKAN PENYAKIT2 KEGILAAN. apa lah gamaknya penyakit kegilaan tu? alar... cam ni... maksud dia penyakit macam stress.. anemia... hmm... apa lagi yer... strokes, rasa ketagih nikotin..

Untuk kaum wanita macam AKU ini, pisang ni BISA MEREDAKAN MASALAH PMS, MORNING SICKNESS. oleh yang demikian, kaum hawa macam kita hini bole la makan pisang bila tyme2 naik bendera jepon AND tyme yang dah takkan naik bendera jepon..ahaks.. paling penting sebagai pelajar macam aku, pisang ni dapat CERDASKAN OTAK. hebat kan pisang??? ini yang aku tahu,,.. yang aku tak tahu?? ntahla...
Kita yang dok kat Malaysia ni patotnyer bersyukur... sebabnya pisang dalam negara kita ni murah n senang di dapati.. cuba try p jepon... p tanya satu pisang berapa??? test ler... aku tak nak bagitau..lantak ler.. kulit pisang pon best, bole mengurangkan kegatalan bila kena gigit nyamuk. jadi.. selalu ler makan pisang.

buah kedua plak... hmm...fayafa..eh.. PAPAYA lah atau nama tak senonohnya adalah BETIK. hmm...untuk yang sembelit, buah ni the best ler...nak tambah, antara kita perasan atau tak, betik ni ada agen ANTI PENGOKSIDAAN.. sebab tulah banyak sabun betik kita jumpa
kat pasaran.. apa gunanya? alah... sebagai agen untuk mengurangkan proses penuaan pada kulit.. hurmm... terlioq plak aku tgk buah betik nih.. lapor ler plak... selain yang demikian, fayafa gak dapat MENGHALANG KANSER. contohnyer macam kanser prostat,penyakit berkaitan jantung dan tak lupa jugak, papaya ni mampu untuk melambatkan penyakit nyanyuk... wow... hebat lah buah nih!!

yang baguiiihh nya lagi buah nih kan..dia senang ditanam.. and tak de musim2... bila2 je ko bole makan.. kalo maleh nak tanam,cari jer kat pasar2..ada lah jumpa...kalo tak cari, tak do lah.. daun dia gak berguna kalo nak melembutkan daging...

seterusnya kita beralih plak pada buah LAICI...hurmm...yurmmy!!!! buah ni tak kurang gak hebat dia, MENGIMBANGI BERAT BADAN sambil dapat menghasilkan hemoglobin yang
baik pada tubuh badan.. takjub2x.. Subhanallah.... pada yang nak kekal awek muda, adalah baiknya makan buah ni sebab dia MEMBEKALKAN KOLEGEN DAN ELASTIN... amender tu???? elastin tu macam bahan nak tegangkan kulit kita ler... kolegen tu plak bahan yang membantu dalam menyembuhkan kulit kalo kulit kita tercedera ke apa...








tapi yang sedih nya buah ni... dia ada musim2 dia baru dapat makan... kalo bukan musim... buah tu ada gak.. tapi dalam tin..hahahahha... ok what!!! sedap ajer aku minum..ahahahha.;D

P/S: sebenarnya aku nak sambung lagi... tapi paler aku jammed plak... huhuhu.... aku perlukan rehat...minggu ni dah stat exam. sok nak exam yang 1st..kawan2 doakan aku & kawan2 aku berjaya dalam exam ini... semoga Allah memberkati kita semua. Amiiinn...

Sunday, November 7, 2010

L.E.L.A.K.I .... I.N.I


hai..assalamualaikum...(waalaikumsalam)

entry kali ni , aku buat untuk orang yang pernah wujud dalam hidup aku. nama dia, biarlah aku rahsiakan... tak baik kot nak buruk2 kan org.. pada yang kenal, kenal lah... pada yang tak, biarlah rahsia...aku gelarkan dia kat sini INcik H.

kepada INcik H,

sejak kita couple, aku tak pernah minta apa2 ngan kau. aku sayang kau macam nak mati, aku sayang kau lebih dari segala2nya... macam giler bayang lah kat kau... punya tak ingat dunia masa aku bercinta ngan kau. aku hanya ingat kau, dan kau dan kau... tak de manusia lain dah...

aku tahu mmg kau tahu tu... tapi kau sengaja buat2 tak tahu..
oo000ooo masa dulu, mula2 nak dapat aku, ayat kau manis tak ingat...mmg dasar buaya jadian... bukan aku nak marah kau tak bertempat tapi, aku rasa kau mmg gila tak fair ngan aku masa kau couple ngan aku.. cap ayam betul!!!!
aku mula fikir sejak 3bulan yang lepas, kau tak pernah ikhlas untuk bersama aku.. mmg!!! ya memang selama ini aku yang beriya2 menyayangi kau, kau pulak buat tak tahu saja...mula2 seminggu, pastu sebulan, pastu 2 bulan.. sampai bila kau nak sepi??? aku bosan tau tak.. kalo kau tak nak, pahal kau terima aku semula? begOk kah kau ni????

aku tau kau mmg sengaja nak mainkan hati aku kan??? tgk la sekarang, seminggu pas kita break ko dah ada pengganti.. kau mmg!!! dasar org munafik!!! geram aku!!!semua aku buat untuk kau.. tapi sekarang ini yang kau balas??? aku tak tahu lah apa nak jadi...

ooo000ooo... tak nak terima aku as friend kat facebook, kononnya tak nak aku terasa hati ngan sikap kau.. tapi kalo kau nak tahu, aku nih dah lama dah tahan hati ngan kau.. ngan gf kau sekarang, tak pulak kau bagitau macam tu..? buaya!!! aku rasa bagus lah kita berpisah nih..aku tak sanggup bersama lelaki yang menipu aku seumur hidup. kau mmg tak guna. penipu!!!!

cuma satu jer aku nak cakap... walaupun aku pernah sayang kau macam nak mati, walaupun aku rela mencintai kau suatu ketika dulu, walau aku sentiasa ada saat kau perlu aku, aku tetap nak cakap aku dah serik untuk bercinta. dan aku nak kau tahu, hati aku dah mati sebab kau. kau nak bahagia ker.. nak gembira ker...nak sengsara ker pas ni...lantak kau lah... aku harap kau jangan cari aku lagi.. lupakan jelah perasaan kita yang ada dalam 5 tahun..

I DO FORGIVE YOU, BUT I WILL NOT FORGET IN WHAT MATTER.. YOU STOLE MY HEART & U STEP ON ITS.. THANKS COZ RUIN OF MY LIFE. WISH YOU WILL RECEIVE AS SAME AS I AM... THIS IS NOT PRAYS, BUT THIS CALLED AS KARMA.


p/s: hurmmm...citer ini hanya rekaan..

..BY: MISS S...