AkU yg SoranG

My photo
blog ini di reka oleh aku untuk mengemukakan pendapat dan perasaan aku mengikut teori rasional aku. segala perbendaharaan kata adalah kurang bagus untuk digunakan dalam mana2 dokumen formal. ini hati aku, cinta aku, jiwa aku, yang sebenar. kala aku marah, kala aku gembira, kala aku suka, kala aku sedih.. semuanya di sini.. aku jahat? kejam? ya ..semua itu adalah aku.. Utk kamu yg kurang mengenaliku, aku tak perlukan cemuhanmu kerana takdir kita berbeza.

Saturday, March 23, 2013

AKU DI TAHUN 2013

assalamualaikum..
kepada kawan2 yang dah mula merinduiku.. ini adalah gambor2 untuk tatapan anda.. bajet artis. jgn windu2 aku sangat tau... hahahha


ni lagiii.....


GILA PERASAAN... GAMBOR2 NI aku ada edit sikit.. yo!!!! edEN edit.. pueh hati AWakkk???

k... cam cari pasal pulak... kan??? tak delah... 0-0 ya... k... jumpa lagi next time... wassalam~!~

BiLa AnaK dARa mASuk "ThE pO0R"----> DapoR laaa.....

Assalamualaikum...
(tak jawab DOSA)
 ya Allah.. terima kasih atas nikmat yang telah kau berikan pada aku hari ini.. ALHAMDULILLAH.. harap sekelian pembaca pon sihat2 belako yoh!

HARI INI.. UNTUK MENGABEHKAN MASO YANG TERLUANG INI.. AKU PON MEMBUAT AKTIVITI2 YANG JARANG Aku lakukan sekian lama...

mana tak nya.. aku dah hampir berPUTUIH aso dengan benda yang nama KEK nih.. walauPON kek KUKUIH je... huhuhuhu... semua tak jadi.. bantot lah.. tak gebu la... keraslah... manis sangat! payyyiiiit! adedededeiiiyyyy... banyak jer komen yang tak membina... yang paling tak best!

aku: cer rasa...
mak: tak payah la buat dek.. ko bukan pandai pon
aku: tak pandai kena la blaja (adey! dUSS!!macam kena tumbuk je!)
MAK: ABIH JER tepung mak.. memBAZIR betui.. ko nak makan.. ko boli jer la...
AKU: sapa lagi nak abih kan kalo bukan saya.. hahahha (ketawa nyaring bagi hilang tekanan)
mak: tak sedap lah dik.. mak bukan suko makan kek kek ni.. maniiih
aku: tak suka tak pa lah...

seddeyyyy kottt!!!! (tangis jer dalam hati.. nak wat cam no.. tak der bakat dalam pastry!)

walaupun aku seddey.. tapi, aku kuatkan hati nih... usaha ku lagi2 sikit nih.. alhamdulillah terjadi.. semua atas kehendak Allah. dapat feedback baik dari kejiranan.. alhamdulillah~~~.. gembira hatiku.. meh tengok gambor2... mmg nampok tak sedap.. maklumla.. amatur jer.. tapi rasa dia.. hmmm~~~ yummy!!!!

1. ada ker abang chik aku kata..
  aku: acik...have a taste please
  acik: ko buat ni kek ker cekodok??? tak de rasa kek pon... (selamba jer dia cakap.)

*hampeih tol.. tak bole blah lagi mak aku tolong ketawakan... la.. MEMBARA jer hati.. tapi tengok botoi2 memang ada rupa cekodok.. tak per.. ni ada semangat sikit! aku pandai buat cokodok la tuh!!! korang mesti tak faham kan??  NEXT TYME Aku buek cokodok bagi hangpa rasa!




2. aku pon try la renovate sikit kan.... letak sikit coklat.. ala2 brownies.. hihihiXD

macam badak berendam pon ada...



tak pueh hati letak dalam piring plak.. nampak semangat sikit!!



tak leh tahan kena cuba la kan.. takkan nak tengok pulak!


aku pon potong sikit.. takut la jugak kan rasa cekodok lagi... hikhikhik.. bonget!
dah mamam separuh.. yang sePARUh LAGI... hmmm selamat lah jugak masuk dalam pewottt... wooot!!!woottt!!! wooottt!! sedap kooowt!!! oklah.. sampai sini jER laporan KALI ini.. nanti2 kalo AKU berjaya MASUK dapor lagi AKU update la..

p/s:
 pernah aku masakkan seseorang masak lomak cili api ayam & kentang.. aku minat kat org tu.. tapi feedback dia mekaseyh jer.. at least, dia sudi makan kan.. tahun ni dia nak kawen dah.. alololor... seeeddeeyyyy....!!!


Tuesday, March 12, 2013

kebosanan... hahhaha

assalamualaikum...
tak jawab dosa tau....
hari ni... memang tak der kerja.. jadi aku pun membuang masa dengan...
try tangkap gambar dengan samsung note pinjam.. hahahha

bajet muka macam model la... tapi memang aku sedaq diri... aku ngan model jauh bulan dari matahari.. hohoho... jauh langit dari tanah..



kendian try buat gambar macam potret plak.. ala... macam cover buku novel... ini semua POYO!


AKU NAK bajet KIUT-MIUT... tapi tak jadi plak.. yang jadinya.. biyut-gemok.. hahhaha.. boleh ker kutuk diri sendiri.. sabor je lahhh


ni gambor ni nak try la kan... muka macam AHLI SYURGA.. katanyer la.. sebab bercahaya.. dia tulis.. LIKEDREAM.. aku pon nak try ler.. gini lah gamaknya muka aku... over exposure...


last but not least.. aku rasa.. baik setting manual... rasa lebih cantikk... perhaps.
sekian...

Wednesday, March 6, 2013

sampai bila.....

aku sudah mula bosan dengan percaturan ini. aku rasa bagai tidak betah bertahan. melayari sesuatu yang aku tak pasti.

kau yang bernama kekasih, kau tak pernah berdiri untuk aku, tidak pernah ingin mengambil risiko untuk aku, tak pernah ambil initiative untuk bertemu dengan aku

aku dah mula mengetahui yang aku tak ubah seperti patung mainan bagimu. bila kau perlu, kau gunakan. bila tidak kau campakkan aku di merata-rata. kau tak pernah ikhlas. tapi sampai bila?

ikhlas? mungkin tak pernah wujud. tak pandai memujuk. tak romantik, susah nak bawa bincang.. entah sampai bila...?

aku hampir putus harapan. mungkin kerana terlalu banyak pengalaman hingga aku kurang sabar untuk meletakkan noktah pada hubungan yang tak pasti ini. ya.. sampai bila?

kau.. entah.. aku tak nampak kebaikan mu. kala aku susah hati.. kau diam seribu bahasa. sedangkan aku perlukan pendapat yang bernas. kala aku gembira, kau seperti tidak mahu dengar. kau ubah topik. bila kau bercerita, aku wajib mendengar. aku kena bagi respond yang baik. kenapa harus begini.. makan hati, # sentap.. sampai bila?

its almost 9 months.. and i try harder to be loyal for some one that i never do this before. kau balik pon, bukan nak jumpa aku. kau balik ada urusanmu sendiri.. dalam 2 minggu kau balik, kau jumpa aku 1 jam jer. pastu kau hilang. urusan keluargalah, mak angkat punya anak2 nak buat kendurilah, kawan-kawan nak pindahla.. dompet tertinggal dalam keta kawan, road tax mati, macam2...

mungkin dah bukan jodoh kita. bukan aku merungut bukan aku mengungkit. setiap kebaikan yang kau beri pasti kau minta ganjaran. aku mula bosan. entah.. dalam hati aku dalam otak aku ni.. dah set.. kau tak pernah nak aku, kau simpan jer aku ni.. bila kau jumpa yang lain, kau pasti akan lupakan aku. entah sampai bila..

mungkin ini saat terbaik aku melupakanmu. belajar menghindari.. melajar menjauhi. belajar hidup sendiri. sebab aku yakin, kau balik kali ini, bukan kerana aku selalu tanya bila kau nak balik, tapi sebab adikmu nak beli kereta. thanks sebab bagi aku sebuah harapan palsu untuk hidup bersama. mungkin itu hanya harapan sebab hati aku dah mula tertutup. terima kasih sebab menampakkan semua ini.

Wednesday, February 20, 2013

rindu sangat

tak tahu nak tulis apa.. lama sangat tak menaip mencurah perasaan.. pasni akan kembali aktif.. maaf ya teman-teaman..

pasni aku akan buat cerpen berseri.. hihihi.. nak jugak try tulih novell... mana tau kalau ada reseki kan... hihihihi..
k la.. mengantok pulak...  selamat malam...

p/s: aku tersuka kat seseorang.. hadoi..

Sunday, November 4, 2012

pemergian kak perAsan cantik

rasanya mac dah lama tak update blog nih... rindu datangenyapa.. ewah!!!
assalamualaikum kawan2! tak jawab dosa tau...(macam la citer aku ni tak mengindang dosa) harap Allah ampunkan kita semua.. aku cuma nak cerita ni jadi ikhtibar pada kita sebagai sidang pembaca..

ceritanya bermula sebegini...
setelah kak yg perasan cantik berhisteria di kawasan stor kedai. akhirnya dia mengambil kata putus utk meninggalkan company ini. setelah pemergiannya..

kakak yang perasan betul selalu menceritakan ttg kak perasan cantik pada setoap individu yang bertanyakan kenapa kak perasan cantik berhenti. terlalu banyaklah cerita buruk yang beliau dendangkan untuk halwa telinga pendengar2 yang setia.. aku.. opkos tak sanggup dengar.. bukan alu back up kak perasan cantik tapi aku tak nak hilangkan pahala yang aku kerja seharian. kalo ada pahala la kan.. lagipon pada pendapat alu yang baru setahun jaging dalam dunia pekerjaan ini adalah tak wajar kita fokus pada perkara yang berlalu.. untuk apa kita bercerita perihalnya...???kita tetap tak dapat ubah apa2 yang telah berlaku. utk apa lagi kita burukkannya?? mungkin orang akan berubah.. mungkin dia akan jadi baik.. kita harus mengharapkan dia menjadi lebih baik..

aku benar2 tak mengerti kenapa dia mahu memburukkan kak perasan cantik.glah kak tu bersalah tapi dia dah dapat balasan yang setimpal dengan dia
. jadi kita ni perlulah sabar and berfikir positif.

takde gunanya berkata di belakang
. tak mendatangkan kesan yang baik malah menyusahkan diri seterusnya memalukan diri.. dengarlah wahai wanita.. tak perlu meninggi diri dengan setiap pencapaian kita.. sebab dalam dunia ini kita akan pasti jadi seperti roda. adakala di atas.. ada kala di bawah
.

Thursday, October 11, 2012

wORKer... Oh what can i say..

 assalamualaikum wbt.. entry kali ni nak cakap pasal pekerja... maklum ar dah bekerja part time, mestila citer pasal kerja...

hikayat bermula...

datang seorang customer, nak cari beg.. aku panggil customer A. customer A ini selalu di serve oleh kak sally.. tapi oleh kerana kak sally ngah serve customer lain, iaitu customer B, aku pun serve customer A tuh dengan hati yang malas..

in the middle, datang kak kady,so.. aku pass customer A tu pada kak kady.kak kady pon serve.. memanglah.. aku kan printer.. jual banyak2 pon dapat incentif 300 jer.. baik tak payah jual. hati aku cakap.

habis jer kak sally serve customer B tu, dia pon sibuk2 gi tegur customer A.. customer, seronok la.. semua nak layan dia... yang peliknya..

kak sally: dik, ko nak beli barang ker? tak lama lagi kedai ni nak tutup dah... bulan nih last...

customer A: betul ke kak? tanya pada kak kady tuk kepastian.

kak kady : tak lah... dia cakap2 saja... (try to pertahankan kedai)

kak sally: ye lah.. ingat akak ni nak tipu ker??? dik ko kenal m*******, f*******,k*****... ko p la klcc.... beli dengan dorang.. sini tak ada org yang experienced yang boleh kau tanya..

customer A: kenal..saya dah lama kenal dorang..saya selalu pun beli dengan dorang.,.. sini tak da barang nak jual murah2 ke kak? kan dah nak tutup...

kak kady: ..... diam saja

kak sally : ko kol saja dorang... tanya ada barang murah ke tak...

kak kady: asha... tu tadi i lupa nak bli air yang u pesan.. i p beli sekarang...

rupa2nya... kak kady p beritahu manager kami bahawasanya kak sally p bagitau semua customer yang datang kedai nak tutup..  manager pon apa lagi.. mengamuk lah... direct kol kak sally... tanya2 kak sally, betul ke bagitau kat customer macam tu.. kak sally cakap, customer tu customer dia.. customer datang cari dia.. kunon adik angkat dia.. and then...

yang paling tak best aku pun turut terjebak sama... aku yang dok nak buat roti bakar ni dikatakan kol manager mengadu.. aku pa lagi.. pegang hp pun tak ade.. apatah lagi nak hapal no. manager.. dalam hati aku, buta ke apa minah nih! aku selamba jawab, kak kady kot

confirmlah cina apek tua tu.. menyampah aku.(ayat kak sally)
 tak tahan... aku pon dah lupa dia cakap apa lagi... dengan selambanya kak sally halau customer tu balik... then manager kol kak sally by her mobile phone, tanya.. tapi kak sally jawab jerit2.. aku plak sakit telinga. aku malas nak layan, aku pon amik roti bakar aku, makan kat kerusi panjang luar.. bisiiiiiiiiiiiiiing banar!!!
minum pun kat luar.. huhuhu... makin panasla keadaan time tu...

last chapter, aku dapat tau, kak sally undur diri... dah berhenti... huhuhu.. memang lah.. sapa jer yang boleh terima n suka kita 100%? takkan ada... tapi kita perlu lah sabar.. tak tahulah apa jadi esok... huhuhu.

malaslah aku.. baik jadi neutral.. malas nak sokong sapa2... semua pon ada salah...