AkU yg SoranG

My photo
blog ini di reka oleh aku untuk mengemukakan pendapat dan perasaan aku mengikut teori rasional aku. segala perbendaharaan kata adalah kurang bagus untuk digunakan dalam mana2 dokumen formal. ini hati aku, cinta aku, jiwa aku, yang sebenar. kala aku marah, kala aku gembira, kala aku suka, kala aku sedih.. semuanya di sini.. aku jahat? kejam? ya ..semua itu adalah aku.. Utk kamu yg kurang mengenaliku, aku tak perlukan cemuhanmu kerana takdir kita berbeza.

Monday, December 20, 2010

L.E.L.A.K.I .... I.N.I part 2


hee... assalamualaikum.. bertemu kembali dalam arena pemBLOGan.. hihi.. harap semua sihat lah erkk... hari ni aku nak kisah kan tentang seorang manusia yang tak bersyukur. tak lain n tak bukan, INCIK H!!! tepukan gumuruh di berikan di salingkan dengan jeliran lidah!!

huh!!! kehadapan Incik H...
setelah hampir 3 bulan aku tak ganggu hidup ko, kenapa kau datang gi miskol aku? ada aku kesah ker? bley siap tanya, aku nih sapa... ek eleh... aku tau la, ko dah lupa aku tapi tak payah
berkias2.. agak-agak la kan... dah tau lagi mo tanya.. DASAR buaya!!

kesisisan Incik H,
memang dulu, aku sangat tergila2 kan kau... tapi tu dulu, citer dah bertahun la.. sekarang boleh blah la kan, ko ngan sikap kau... geli siot baca mesej kau... boley ker ko buat aku macam ni? kau nak salahkan aku pada semua yang berlaku? agak2 la weyh... let see this..

miss S: ada apa?

Incik H: ni S** ke?

miss S: tak, A*******... kenapa?

Incik H: just nak bagi awak faham. why kte tak dapat bersama. salah satu sebab ialah bila awak melibatkan hal peribadi kita dengan orang yang saya kenal lebih2 lagi dengan orang yang saya selalu berurusan tentang kerja, saya tak suka awak melibatkan mereka n itu sedikit sebanyak mengganggu urusan kerja saya. awak campurkan urusan peribadi dengan rakan sekerja saya. malah awak merahsiakan dari saya sewaktu kita masih ada peluang bersama dulu.

miss S: xpe...

incik H: pada awak itu XPE, tapi pada saya itu sangat mengganggu urusan komunikasi saya dengan mereka! kenapa masa kita bersama dulu saya tak layan awak? sebab saya marah sebab awak merahsiakan itu dari saya. awak sedar tak? urusan saya banyak terganggu disebabkan awak melibatkan mereka!

miss S: buat pengetahuan awak, ttg kawan lelaki awk tu tak pernah wujud. dan dalam fb saya hanya kenal 2 orang. M***** dan S*******. itu pun saya jarang komen & saya pasti diorang tak tahu tentang kita dulu.

incik H: haha awak pasti dengan jawapan awak? itu yang awak bagitahu saya, yang awak tak bagitau saya?

miss S: ya.. saya tak pernah bercerita tentang hubungan kita kecuali pada kawan2 perempuan yag saya rapat. da xde apa awak.. k.. bergembiralah.. anyway, terima kasih sebab tak paparkan saya pada umum. 1 jer saya harap, jangan hancurkan hidup saya.

entahla..aku tak tahu aapa lah manusia ni fikir.. tak tergamak aku nak hancurkan hidup orang.. betapa aku bersyukur sebab dah tak sama2 dia lagi.. mesej aku semata2 nak salahkan aku sebab break up.. apahal??? aku rahsiakan sesuatu? dia yang syak bukan2... aku relax dah lah... mmg kalo org dah salah... siap bagi tanda seru lagi.. bal la weyh... nasib aku tak maki kau depan2... tu jer... sekurang2nya aku ada gak tanda respek aku kat kau...

ko tak layan aku? tu mmg masalah ko k... ada aku kesah? (tapi dulu aku kisah kowt, hihi) sedangkan citer kawan ko tu, tak pernah ada.. aku main phsyco je.. tak tahu la btul tak... tapi dah kata kan, org buat salah... tu yg rasa semacam.. sepandai2 tupai melompat jatuh ke tanah jugak..

incik H,
harap pas ni jangan ganggu hidup aku.. apa masalah ko, aku tak tahu... ko mmg tak pernah declare aku dalam hidup ko. itu yang pasti. dari dulu sampai sekarang... kalo ko bangga sangat ttg awek ko tu, kita tgk je la sampai mana... huhuhu...

yang menyampah, aku.. miss S...

p/s: citer ni sekadar bahan lepas perasaan n hanya rekaan semata2.. utk menghiburkan hati yang boring giler...

Saturday, December 18, 2010

aku & KAHWIN


baru2 ni anak sedara aku kahwin. umor dia 20 tahun, muda setahun dari aku. cemburunya... di baru nak amik degree dah dapat kawin.. bertuah giler.. dapat pulak suami yang berkerjaya.. bertuah sangat.

pada mulanya, aku mmg jeles bagai nak rak.. kenapa? sebabnya diri aku masih lagi terumbang ambing, blom tahu mana, siapa jodoh aku.sedih tak.. kalo ikotkan aku kawen dulu, tapi apa bole nak buat.. mungkin jodohnya sampai awal... Allah dah tentukan begitu.

tapi, suatu hari tgh aku baca al-Quran, aku terfikir sejenak.. kalo aku kawen nanti, aku tak mungkin akan sebebas ini. sebab, setiap amalan sunat kita mesti di dalam keredhaan Suami. setiap apa amalan sunat, wanita perlu beritahu pada Suami. ya, aku blom bersedia untuk itu. aku juga blom bersedia menjadi tukang masak, tukang cuci, tukang kemas pada suami aku. aku juga masih tidak sedia untuk sebuah kelahiran, untuk sebuah panggilan ibu, untuk seorang anak yang bakal aku kandung 9 bulan. mana mungkin... aku masih perlu banyak belajar lagi.. kerana alam rumah tangga bukan perkara yang hanya ambil masa sehari, seminggu mahupun setahun. kerana bagi aku, rumah tangga, anak2 aku, dan generasi yang bakal aku ada kan, adalah untuk dunia dan akhirat.

lantas, aku bersyukur pada Allah, kerana sangat memahami hambaNya. aku bersyukur kerana belom sampai masanya lagi untuk aku mendirikan rumah tangga. sesungguhnya Allah lah yang maha memahami hambaNya. Alhamdulillah.

ya Allah, Tuhan yang maha pengasihani, maha mengetahui pada setiap sesuatu, yang maha mengurniakan dan maha memberi rezeki..
kurniakan aku jodoh yang baik, yang boleh memimpin aku dan anak2 aku ke jalan yang Kau redhai. jauhi aku dan keluargaku serta kenalan perkara2 yang lalai dan maksiat.
hanya Engkau tempat kami bergantung dan meminta pertolongan. amiiin...

Thursday, December 16, 2010

ntah la kowt. part 1


bila aku tanya,: sayang aku tak?
dia jawab: mestilah.. tak pandai la nak romantik2 nih...

aku balas: tak apalah... kalo tak suka, saya takkan tanya lagi..
dia jawab: apa ni? semua ni nonsense...

pastu dia cakap, aku ni "putar belit"... ntah lah... sukarnya nak faham diri dia... agaknya dia sememang tak sayang aku.. ni lah malangnya kalo kita amik org yang pernah suka kat kawan baik kita... naseb2...

yang aku sedih bukan kerana dia tak layan aku, bukan kerana sepi..[tapi kadang2 ada la jugak]tapi sebab dia tahu akan kekurangan tapi tak pernah nak baiki.. balik2 bagi jawapan yang sama...huhuhu...bosannya... sukarnya dengan dirimu. tapi aku dah mula sayang kamu...

Wednesday, December 15, 2010

tidak SENANG..


kalau ianya mudah.. aku tak kan rasa derita kerana kamu..

kalau ianya sangat senang, aku takkan sesakit ini sebelum berhadapan dengan kamu..

kalau ianya terlalu mudah, aku pasti sedang gembira tanpa mengharapkan kamu..

tapi.. ianya sangat sukar..
KERNA AKU PATUT UNTUK..
selalu ku ingatkan diri bahawa kamu tak pernah ada dalam hidup aku.
selalu aku sabarkan hati
agar waktu pertemukan aku dengan org yang dapat lupakan aku ttg kamu..
dan berdoa agar kita takkan berjumpa lagi...
aku masih berharap lagi rupanya..
tentang kamu..

Friday, November 12, 2010

oit!! baca nih dulu!!!


AL-HAKIIM

MAHA BIJAKSANA

ertinya Allah yg maha bijaksana,yg mempuyai hikmat,berpgtahuan ilmu ghaib lagi arif dalam semua peritah dan tidakannya.


firman Allah s.w.t

yg bermaksud

tidak aku(Allah)jadikan jin dan manusia melainkan untuk menyembah aku (Allah)surah adz-dzaariyaat 51:56


KHASIAT DAN CARA BERAMAL

  • 1.barang siapa yg berulang kali membaca''Ya-Hakiim''tanpa henti2 dari semasa ke semasa,insyallah dirinya tidak akan menemui kesulitan dalam setiap perkerjaannya.

  • 2.barang siapa berzikir''Ya-Hakiim''300kali pada setiap hari dan malam,insyallah dibukakan baginya pintu hikmat dan dipalingkan daripadanya segala yg memberi mudarat kepada dirinya.

  • 3.bagi seseorg penuntut ilmu atau perlajar.sekiranya diamalkan berzikir''Ya-Hakiim''300kali pada setiap hari waktu pagi dan petang,insyallah dirinya peroleh kejayaan dalam pergajiannya.

tingkatkan amalan...
by: Miss S..

Tuesday, November 9, 2010

...TRAGEDI PARIT CINTA...


HAI ASSALAMUALAKUM SEMUA??? [WAALAIKUMSALAM]..
harap semua sihat dan gembira pada hari ini...



tajuk entry adalah seperti di atas... haahahaa.... pelik kan? ini bukan citer orang jatuh parit tau!!
atau pun bercinta dalam parit.. hurmm... sekali aku teringat plak aku ngan kawan2 aku masa kecik2 dulu penah main dalam longkang.. tapi, kita hold dulu citer tu... nanti aku buat entry lain pasal tu.. hmmm... sebenarnya ini tajuk omputih tapi aku melayukan..hahaha.. jadi tajuk sebenarnya adalah " LOVE CANAL TRAGEDY "...


apa jadahnya benda nih??? ni bukan love story... ini tragedi yang telah menimpa dunia pada zaman dulu kala.. sejarah ni berlaku kat sebuah tempat, NIAGARA FALLS.. hurmm... tahu tak kat mana?? kalo tak tahu, hentak pala kat dinding 3x pastu baru sambung baca balik... hahaha... gurau jer lah.
Niagara ni kat NEW YORK, sekarang orang dah tahu negara tu negara maju.. SO... jangan sangka negara maju tak pernah dapat kecelakaan..


kenapa nama dia LOVE CANAL??? sebenarnya nama dia LOVE CANAL bukan sebab parit ngan parit ni bercinta... tapi sebab nama pengasas dia atau org yang menemuinya atau kajinya atau dan ataulah.. nama orang nih adalah WILLIAM T.LOVE.. pada tahun 1890, waktu tu aku pon tak lahir lagi.. hurmmm, <--------Mr. LOVE ni yang punya otak geliga bole buat batu cincin ini telahpun mengideakan sebuah sistem pemparitan. kiranya projek besarlah masa tu.. sistem pemparitan ini kononya dapat memudahkan penempatan suatu hari nanti.. dia beli tanah sebanyak 70ekar per segi... bapaklah besar... mestilahkan??? sebab dia nak buat projek besar punya!! projek dia tu namanya jana kuasa hidroelektrik.. wahhh!!!! hebat....


tapi, ntah tiba2 kenapa aku pon tak tahu... mungkin projek & idea dia tak cukup best sampai dia tersedar yang projek dia tu takkan sempurna disebabkan keterhadan direct current power. padan muka dia..kahkahakah..blagak sangat. pastu dia pon jual lah tanah dia nih kat dekat hooker bahan kimia & plastik..sampai situ ajelah riwayat dia dalam citer aku nih...

pada tahun 1942 plak, si hooker nih gunakan lah tanah yang dia baru beli dari Mr. LOVE tuh. dia buat apa ngan tanah yang bapak besar tu? dia buat tempat pembuangan bahan kimia.
gilalah!! antara bahan kimia yang syarikat dia buang adalah caustic, alkalines, fatty acids, chlorinated hydrocarbons yang dapat daripada pembuatan dyes, minyak wangi,larutan getah dan synthetics resin. dalam masa 10 tahun, 21 000 +++ tons toxic dia dah disposed kat site tuh hampir 16 ekar la gak... huh!! gila.



ada lagi gila, jap yer... aku tak tahu la apa yang merasuk NIAGARA FALLS BOARD EDUCATION (NFBE) untuk beli kawasan tu pada tahun 1953. mungkin dah tak de tanah lain
gamaknya, sebab masa tu tanah dihadkan pada semua orang.. yang gila nya bukan sebab dorang boli tanah tu, tapi dorang buek perancangan bandor pulok. aduss... sedangkan dorang tahu, tanah kat situ tak do bagusnyo.. yolah, bokeh tompat buang bahan kimia. aduh.. dorang nih, mengong2 buat sekolah, tamandan residental dalam 200 lah macam tu..


orang lua mana lah tau, tompat tu dulu bokeh tompat org buang sisa toksik, depa pon boli..
pastu pada 1960, jadilah sesuatu perkara yang tak di ingini. orang ramai yg dok situ, mula komplen ada bau2 tak menyenangkan, pastu tanah depan kat umah dorang tu macam menyerap tanah dorang..ala macam pasir jelus tuh... eeh... geli.... kanak2 plak start sakit2... sian weh...
----------------------------------------------
ni gamba bila tanah tu dah tak sesuai...













pastu adalah sorang wanita nih bangkit, mungkin dah tak tahan sgt. kalo aku pon mmg dah tak tahan lah kalo anak lelaki aku kena sawan babi dan beberapa penyakit lain. nama heroin nih MDME. LOIS GIBBS. dialah yang pi serang kerajaan pada tahun 1978.. terjadi lah satu pendedahan hebat, barulah depa tau yang umah depa tu tempat apa sebenarnya.. isk3x... anak dah sakit baru tahu....

inilah wanita yang berjasa tu------>


2,ogos 1978, barulah kementerian kesihatan dorang p amik tindakan. darurat pada resident yang dok situ. dan arahkan sekolah 99th street tu ditutup.


selang seminggu, president plak tunjuk muka.. JIMMY CARTER, declared tempat tuh darurat dan resident kat tempat tu akan dapat penempatan kekal.. bagus hati dia nih... dapatlah resident tu rumah baru.
nila abg jimmy yang baik ati tuh,,,..kacak kan??

---------------------------------------------------------------------------
NI LAH CERCLA.

last, 11 dec 1980,barulah di keluarkan undang2.. oleh COMPREHENSIVE ENVIRONMENT RESPONSE, COMPENSATE AND LIABILITY ACT (CERCLA). depa dok perkenalkan cukai pada bahan kimia dan industry petroleum . tujuan cukai ini adalah nak kutip duit untuk membaik pulih sites dan future tentang uncontrolled bahan buangan yang bahaya.

siap gak citer aku.. harap dapatlah bagi sikit pengetahuan kat korang... moral of the story, jgn nak mengada2 main bahan kimia. k, wassalam.. MISS S



Monday, November 8, 2010

bebuahaaannnn...


assalamualaikum...(waalaikumsalam wbt)

hai apa khabar semua? harap anda semua sihat pada hari ini... aku doakan anda dalam keadaan sihat , bahagia dan murah rezeki selalu..

review sikit yer... entry yang lepas, aku dah mengetengahkan pasal sikit sikap perempuan and citer dongeng seorang lelaki. tapi kali ini aku nak tampilkan cerita tentang BUAH. (bila aku cakap buah, aku maksudkan buah.. jangan pikio yg bukan2..)

Buah yang pertama aku nak story adalah buah PISANG atau bahasa yang selalu kita
dengar BANANA, walapun begitu ada gak yang panggil sebagai SANGGAR. Ke-best-an buah ini ada macam2... pertama, macam kita sume tau, buah pisang dapat MEMBERI TENAGA SEGERA kepada badan. that's why, atlit2 kita makan buah pisang bila main.. tapi tenaga ini hanya memberi kesan yang tak lama. pastu, menurut kajian, buah pisang juga MENGURANGKAN PENYAKIT2 KEGILAAN. apa lah gamaknya penyakit kegilaan tu? alar... cam ni... maksud dia penyakit macam stress.. anemia... hmm... apa lagi yer... strokes, rasa ketagih nikotin..

Untuk kaum wanita macam AKU ini, pisang ni BISA MEREDAKAN MASALAH PMS, MORNING SICKNESS. oleh yang demikian, kaum hawa macam kita hini bole la makan pisang bila tyme2 naik bendera jepon AND tyme yang dah takkan naik bendera jepon..ahaks.. paling penting sebagai pelajar macam aku, pisang ni dapat CERDASKAN OTAK. hebat kan pisang??? ini yang aku tahu,,.. yang aku tak tahu?? ntahla...
Kita yang dok kat Malaysia ni patotnyer bersyukur... sebabnya pisang dalam negara kita ni murah n senang di dapati.. cuba try p jepon... p tanya satu pisang berapa??? test ler... aku tak nak bagitau..lantak ler.. kulit pisang pon best, bole mengurangkan kegatalan bila kena gigit nyamuk. jadi.. selalu ler makan pisang.

buah kedua plak... hmm...fayafa..eh.. PAPAYA lah atau nama tak senonohnya adalah BETIK. hmm...untuk yang sembelit, buah ni the best ler...nak tambah, antara kita perasan atau tak, betik ni ada agen ANTI PENGOKSIDAAN.. sebab tulah banyak sabun betik kita jumpa
kat pasaran.. apa gunanya? alah... sebagai agen untuk mengurangkan proses penuaan pada kulit.. hurmm... terlioq plak aku tgk buah betik nih.. lapor ler plak... selain yang demikian, fayafa gak dapat MENGHALANG KANSER. contohnyer macam kanser prostat,penyakit berkaitan jantung dan tak lupa jugak, papaya ni mampu untuk melambatkan penyakit nyanyuk... wow... hebat lah buah nih!!

yang baguiiihh nya lagi buah nih kan..dia senang ditanam.. and tak de musim2... bila2 je ko bole makan.. kalo maleh nak tanam,cari jer kat pasar2..ada lah jumpa...kalo tak cari, tak do lah.. daun dia gak berguna kalo nak melembutkan daging...

seterusnya kita beralih plak pada buah LAICI...hurmm...yurmmy!!!! buah ni tak kurang gak hebat dia, MENGIMBANGI BERAT BADAN sambil dapat menghasilkan hemoglobin yang
baik pada tubuh badan.. takjub2x.. Subhanallah.... pada yang nak kekal awek muda, adalah baiknya makan buah ni sebab dia MEMBEKALKAN KOLEGEN DAN ELASTIN... amender tu???? elastin tu macam bahan nak tegangkan kulit kita ler... kolegen tu plak bahan yang membantu dalam menyembuhkan kulit kalo kulit kita tercedera ke apa...








tapi yang sedih nya buah ni... dia ada musim2 dia baru dapat makan... kalo bukan musim... buah tu ada gak.. tapi dalam tin..hahahahha... ok what!!! sedap ajer aku minum..ahahahha.;D

P/S: sebenarnya aku nak sambung lagi... tapi paler aku jammed plak... huhuhu.... aku perlukan rehat...minggu ni dah stat exam. sok nak exam yang 1st..kawan2 doakan aku & kawan2 aku berjaya dalam exam ini... semoga Allah memberkati kita semua. Amiiinn...

Sunday, November 7, 2010

L.E.L.A.K.I .... I.N.I


hai..assalamualaikum...(waalaikumsalam)

entry kali ni , aku buat untuk orang yang pernah wujud dalam hidup aku. nama dia, biarlah aku rahsiakan... tak baik kot nak buruk2 kan org.. pada yang kenal, kenal lah... pada yang tak, biarlah rahsia...aku gelarkan dia kat sini INcik H.

kepada INcik H,

sejak kita couple, aku tak pernah minta apa2 ngan kau. aku sayang kau macam nak mati, aku sayang kau lebih dari segala2nya... macam giler bayang lah kat kau... punya tak ingat dunia masa aku bercinta ngan kau. aku hanya ingat kau, dan kau dan kau... tak de manusia lain dah...

aku tahu mmg kau tahu tu... tapi kau sengaja buat2 tak tahu..
oo000ooo masa dulu, mula2 nak dapat aku, ayat kau manis tak ingat...mmg dasar buaya jadian... bukan aku nak marah kau tak bertempat tapi, aku rasa kau mmg gila tak fair ngan aku masa kau couple ngan aku.. cap ayam betul!!!!
aku mula fikir sejak 3bulan yang lepas, kau tak pernah ikhlas untuk bersama aku.. mmg!!! ya memang selama ini aku yang beriya2 menyayangi kau, kau pulak buat tak tahu saja...mula2 seminggu, pastu sebulan, pastu 2 bulan.. sampai bila kau nak sepi??? aku bosan tau tak.. kalo kau tak nak, pahal kau terima aku semula? begOk kah kau ni????

aku tau kau mmg sengaja nak mainkan hati aku kan??? tgk la sekarang, seminggu pas kita break ko dah ada pengganti.. kau mmg!!! dasar org munafik!!! geram aku!!!semua aku buat untuk kau.. tapi sekarang ini yang kau balas??? aku tak tahu lah apa nak jadi...

ooo000ooo... tak nak terima aku as friend kat facebook, kononnya tak nak aku terasa hati ngan sikap kau.. tapi kalo kau nak tahu, aku nih dah lama dah tahan hati ngan kau.. ngan gf kau sekarang, tak pulak kau bagitau macam tu..? buaya!!! aku rasa bagus lah kita berpisah nih..aku tak sanggup bersama lelaki yang menipu aku seumur hidup. kau mmg tak guna. penipu!!!!

cuma satu jer aku nak cakap... walaupun aku pernah sayang kau macam nak mati, walaupun aku rela mencintai kau suatu ketika dulu, walau aku sentiasa ada saat kau perlu aku, aku tetap nak cakap aku dah serik untuk bercinta. dan aku nak kau tahu, hati aku dah mati sebab kau. kau nak bahagia ker.. nak gembira ker...nak sengsara ker pas ni...lantak kau lah... aku harap kau jangan cari aku lagi.. lupakan jelah perasaan kita yang ada dalam 5 tahun..

I DO FORGIVE YOU, BUT I WILL NOT FORGET IN WHAT MATTER.. YOU STOLE MY HEART & U STEP ON ITS.. THANKS COZ RUIN OF MY LIFE. WISH YOU WILL RECEIVE AS SAME AS I AM... THIS IS NOT PRAYS, BUT THIS CALLED AS KARMA.


p/s: hurmmm...citer ini hanya rekaan..

..BY: MISS S...


Friday, October 22, 2010

perempuan..oh!!perempuan..~~





ASSALAMUALAIKUM WBT & salam 1 Malaysia..(sila jawab yer!!)

hai kawan2.. aa khabar? harap anda sehat pada hari ni..ecececeh..cam DJ pulak aku rasa... hahaha=P. tajuk entry kali ini ada lah tentang perempuan. apa et? kenapa ya perempuan? apa sebenarnya cuba aku katakan?

Sebenarnya.. kalo lelaki kata perempuan complicated sebenarnya memang iya.. aku pun rasa macam tu... sebelom nih aku ingat, lelaki jer yang kata macam tu... tapi sebenarnya pada hari ini aku nak mengaku.. YA..PEREMPUAN MEMANG SUKAR UNTUK DIFAHAMI..

apa yang tak faham? hurmm...ini adalah kaedah berfikir.. kaum kami ini banyak berfikir... megambil jalan singkat dan kadang2 sukar untuk memikir panjang.. asal muat dan ok untuk situasi tersebut, dah la.. wat apa nak pikir panjang2 kan?

lagi satu, perempuan ni ada lagi satu penyakit pelik, kita namakan sidrom hipokritisme. di mana sindrom ini bukanlah sesuatu yang buruk.. situasi dia macam nih, hurmm...

.....jeng2x.....

1) Mr. Boy: hari ini awak nak makan apa?

Ms. Girl: saya ikut awak ajer.. apa2 pun boley.. [sambil senyum]

pas tu bila Mr. Boy dah bawa pi tempat makan macam mamak stall ker... p warung tepi jalan ker.. muka Ms. Girl mesti muncung panjang. kebiasaannya perkara ini terjadi bila Ms. Girl ni jarang berjumpa ngan Mr. Boy.. jadi dia mengharapkan sesuatu yang lebey.. tapi cam biasa, Mr. Boy kan seorang lelaki.. apa yang di kata di bibir itulah yang difahami.. mana nak faham hint2 nih...

~~~taraaaa!!!!!!~~~

2) Mr. Boy: Syg... nak beli yang mana satu nih? [ sambil melihat2 barang mcm handphone ker..]

Ms. Girl: syg nak yang itu.. boleh ker?? [sambil tunjuk pada handphone yang dia nak, harga ahal la.. takkan nak amik yang murah tapi cantik biasalah perempuan mesti nak yang cantik]
Mr. Boy: syg, ambil yang ini lah.. this is better. [sambil tunjuk pada handphone yang tak seberapa tapi ada semua function]
~~perbalahan terjadi dalam suara yang terkawal dan akhirnya..~
Ms. Girl: ya lah... ambil yang awak tunjuk tadi.. [sambil senyum tak berapa ikhlas]
situasi ini jugak sering terjadi bila Ms. Girl nak beli barang mahal. sebenarnya Ms. girl tak kesah pon kalo function handphone. tapi biarlah tak sakit mata melihat. yang penting Ms. girl memang tak kesah macam mana pun bentuk tu handphone, tapi yang penting up-to-date and bole di-EXPOSE-kan pada kawan2.. ahaks!! sebab kalo beli handphone yang keluaran lama walaupun banyak function, still ada kekurangannya.

well~... ada banyak lagi situasinya... mmg susah nak faham kaum aku sendiri.. banyak sangat sindrom..

..tapi naaaaaaaaaaanti aku sambung ya... sekarang nak fokus untuk paper instrumental... doakan aku kejayaan aku dengan kawan2 aku.
The LOVELY TRUTH
~Miss S~

Thursday, October 21, 2010

AKU YG BARU..[toink2x!!!]


assalamualaikum wbt...[tak jawab dosa tau!!]


yO!!! apa khabar agaknya korang di sana? ecececeh..kayaknya seperti menulis diari, gue rasa ..ahakz!!!tersasul bahasa indonesia plak... ini adalah first entry aku... hurmm..kenapa et?

yang aku yang baru? kenapa? mana aku yang lama? alalalala... lex la..aku masih aku... cumaperangai jer berubah cket..kalo dulu sebok je tulis pasal cinta..sekarang... aku nak tulis apa yang aku nak... cinta2 buang tepi... bukan maksud dah tak cinta, tapi kalo korang pikir2 balik.. benda sama gak kejadiannya...



ah?? kejadian? kejadian apa? kejadian yang saya maksudkan adalah kejadian mula2 cinta.. pastu ada masalah..gaduh..pujuk2... kalo dah tak tahan sangat ..PUTUS.. balik2 itu aje,,.. bosan i taw!! ahakz!! sebenarnya aku pun dah penat... penat sangat nak berbicara pasal cinta..[ ala2 org dah putus harapan.. ] tapi kalo cinta datang lagi..akan ku hadirkan pada dia yang mahu memilikihati aku..ewah!!!


oklah, apa2 pun..aku nak korang tahu.. aku hanya manusia biasa yang bisa marah... ecececeh.. bisa jua ketawa.. aku punya diri sendiri dan aku sangat sukar menyuarakan pendapataku..huhuhu.. namun bisa aja di bawa berbincang..



apa yang terjadi saat ini takkan dapat kita ulangi lagi.. hayati setiap perkara supaya kita berlajar untuk bersyukur... heh!!! banyak plak mbebell.... hihi.sowie... sambutlah cintaku ops!!... salam pengenalan dari aku..
Miss. S.