AkU yg SoranG

My photo
blog ini di reka oleh aku untuk mengemukakan pendapat dan perasaan aku mengikut teori rasional aku. segala perbendaharaan kata adalah kurang bagus untuk digunakan dalam mana2 dokumen formal. ini hati aku, cinta aku, jiwa aku, yang sebenar. kala aku marah, kala aku gembira, kala aku suka, kala aku sedih.. semuanya di sini.. aku jahat? kejam? ya ..semua itu adalah aku.. Utk kamu yg kurang mengenaliku, aku tak perlukan cemuhanmu kerana takdir kita berbeza.

Thursday, December 15, 2011

TUDUNG TWEET??? YUCKKK!!!

assalamualaikum dan salam perpaduan buat anda semua.. hari ini aku nak mengkritik. hehehehe.

JUDUL FILEM: TUDUNG TWEET


INI KOMEN AKU SECARA PERIBADI

jalan cerita yang sangat menyakitkan hati... sumpah tak tipu.. aku jadi malu bila tengok filem nih.. malu sangat... nak tahu kenapa?
* gadis bertudung labuh yang sangat gatal, sepertinya tak pandai jaga maruah
* wanita yang seagama yang kurang alimnya lebih sabar dan tabah
* imej aku sebagai wanita bertudung tercemar.
* jarang ya wanita bertudung over acting depan laptop, sambil balas komen ngan mulut dijubir2kan..

commonlah... aku semakin tak faham dengan industry film tanah air. kenapa mesti ada filem yang macam ni... yang mensia2kan agama lantas memainkan hukum ALLAH SWT... kan pakai tudung itu kewajipan setiap muslimah, kenapa nak perkotak katik kan???? sebagai penulis skrip,kenapa nak buat filem yang macam nih? anda tak kaji dulu ker??? sebagai pengarah,kenapa nak terima? fikiran cetek ke semua orang dalam industri filem???? sampai tak tahu apa yang nak di ketengahkan... apa sebenarnya motif yang anda nak sampaikan??? kepada penerbit,anda tak kaji ke kemudaratannya??? aiyarkkk

buat filem bukan sekadar nak lepas batuk di tangga.. bukan sebab nak nama... anda yang buat filem, tolonglah fikirkan idea2 yang bernas untuk motivatekan insan yang di luar, yang mengajak manusia ke arah kebaikan.. filem yang anda buat ini totally rubbish. ini bukan cerita pelajar kolej, nih cerita budak2 sekolah menengah.. yang iri hati pada perkara2 yang tak mendatangkan faedah LANGSUNG! serious to say, aku tahu pakai tudung sejak darjah 3. aku tahu kalo tak pakai tudung tu dosa sejak darjah 3. dan aku sedar pakai tudung tu wajib dan memberi manfaat sebelum darjah 6 lagi. dan aku menjadikan tudung itu sebagai pakaianku sejak darjah 6. so what's the point, dalam citer ni cakap dia pakai tudung tu sebab parent dia.



well, kita nih sekolah rendah and menengah semua sama.. ada mata pelajaran agama Islam. balik2 iustazah tekankan hukum hakam agama, menjaga maruah diri dan keluarga.. memelihara agama kita. kenapa mesti kita lupa. tapi aku tak tahulah krew2, pengarah, pelakon, penerbit telemovie ni sekolah kat sekolah jenis kebangsaan, kat luar negara ker...sekolah english..international.. tak tahu la kan... sebab sekolah2 yang demikian tak de belajar agama...

if liyana jasmay baca artikal aku nih, aku mohon kat ko.. janganlah buat filem yang mencemarkan nama baik agama kita. banyak lagi yang ko boleh buat tulis, karang bersama2 tentang kebaikan pakai tudung, tentang keindahan menjadi muslimah, tentang kesabaran.. banyak lagi perkara2 yang memuliakan dari perkara yang memalukan. jgn kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. jangan jadi ayam betina jugak, bertelur sebiji riuh sekampung. ko ada ruang untuk menerbitkan karya ko.. gunakan sebaik mungkin. ya, aku akui, bukan semua wanita yang bertudung itu baik, dan begitu juga sebaliknya.. satu aku ingatkan kau, kita bukan malaikat yang sempurna segala2nya. tapi, filem bukan medan untuk ko memanipulasikan semuanya.

”TV9 juga sentiasa memainkan peranan dalam membangunkan serta memberikan sokongan penuh kepada perkembangan seni negara. Kami sedar bahawa TV9 merupakan platform dan batu loncatan kepada anak-anak seni termasuk pelakon, pengarah, penerbit dan penulis skrip untuk berkarya. Selain slot Skrin di 9, kami juga menawarkan drama bersiri tempatan mengikut genre masing-masing melalui slot Ratu, Aurora dan Oh Mari Gelak!. Keempat-empat slot ini adalah di bawah kempen 8.30malam yang telah dilancarkan pada awal tahun 2011,” tambah Sherina lagi (http://www.gua.com.my,4 NOV 2011).



masyarakat hari ini nantikan cerita yang membawa mereka ke jalan yang lurus, bukan jalan yang semakin memesongkan mereka. adik2 kita yang kat bangku sekolah, masih tercari2 idol mereka.. jangan buat mereka tersalah memilih.. sebab ini adalah tanggungjawab anda yang dalam film industry untuk menunjukkan kepada masyarakat tentang kebaikan, ganjaran yang di perolehi.. kebijaksanaan.. apapun filem yang korang buat, biarlah secara ilmiah, menjadi teladan kepada semua.. sekian...

p/s: thanks sebab baca komen nih...

No comments:

Post a Comment