AkU yg SoranG

My photo
blog ini di reka oleh aku untuk mengemukakan pendapat dan perasaan aku mengikut teori rasional aku. segala perbendaharaan kata adalah kurang bagus untuk digunakan dalam mana2 dokumen formal. ini hati aku, cinta aku, jiwa aku, yang sebenar. kala aku marah, kala aku gembira, kala aku suka, kala aku sedih.. semuanya di sini.. aku jahat? kejam? ya ..semua itu adalah aku.. Utk kamu yg kurang mengenaliku, aku tak perlukan cemuhanmu kerana takdir kita berbeza.

Wednesday, April 30, 2014

BERAKHIR SUDAH KISAH KITA

YUP!!
dah berakhir kisah kami
semoga hati ni terima dengan hati yang terbuka

kamu yang terbaik yang pernah aku ada,
takkan ada pengganti.
sebab kamu yang terindah.

sedihnya... di hari jadi ku...
hadiah kau tu salah eja nama aku.
hahhaha
nama aku, 'Asharah bukan A'sharah

hahhaha... kesian aku, kau tak tau eja nama aku

lepaskan kamu
melepaskan kamu...
kena lepaskan...

maaf atas segala rasa yang ada.
jgn pandang aku lagi
terus mencintai yang halal bagiMu
dan usaha meraih bahagia.
kita sudah berjanji agar tidak gagal,
jgn mungkiri.
sebab aku juga sudah belajar merangkak
untuk gapai bahagia.



walau hati ini kosong.

terima kasih atas budi dan cinta.
1919
aku tunggu kau

dear DIARY, HE'S still not the ONE

AKAL... tolong ingatkan hati, Dia bukan milik kamu
AKAL... tolong katakan pada hati, sakit ini tidak akan lama
AKAL... tolong bisikkan pada hati, kita mampu menghadapinya.
AKAL... tolong jaga hati agar tak menyakiti hati yang lain.
AKAL... tolonglah buatkan hati lebih tabah
AKAL... tolong lah memneri ketenangan pada hati
AKAL... tolonglah buat hati bersabar
AKAL... tolonglah semangatkan hati ni...

dan jangan biarkan air mata terus mengalir. rapuh aku di sisi cinta. mengharap kebahagiaannya. aku percaya dia mampu hadapi semua ini. kerana manusia akan berubah. kuatkanlah hati kami.



Ya Allah, janganlah Kau tinggalkan aku seperti mereka meninggalkan aku.
Ya Allah, dugaan hati ni tak tertanggung oleh kudratku.
SAkit Ya Allah... mohon kekuatanmu.

Ya Allah, kuatkan aku seperti Fatimah R.A
walaupun diri tak sesempurnaNya.
Semoga Cinta ini hanya dialirkan padaMu
Inilah dosa aku, menyayangi makhlukMu lebih dari menyayangi Mu

MAOO..
kegilaan apakah yang sedang berlaku ini?
aku sedang meletakkan diri aku ke tempat yang lebih sakit
yang mungkin orang lain tak tega melakukannya..
Andai semua ini mampu membayar harga kegembiraan keluargamu,
aku redha..
Sakit ini pasti berakhir.

jangan tidak peduli,
jangan sugul,
jangan berhenti mencari bahagia

air mata akan mengalir jika hati terasa sakit
SAbarkan hatimu sayang,
Aku selalu mendoakan kamu bahagia dengan si dia

Kau yang bernama adik,
Terima kasih kerana pernah menjadi kubu mempertahankan  kami
memberi sokongan atas segala tindakannya
jangan pernah berhenti mengingatkannya untuk mencintai yang halal baginya.
tolonglah aku untuk menyokongnya
sebab aku tak mampu lagi ada di sampingnya.

Tuhan,Kau mengetahui segala yang berlaku.
Ku Serahkan padaMu sebulatnya.
Permudahkanlah urusan kami
Amiin



Tuesday, April 29, 2014

OOopss! guess what?

Salam kasih sayang

lately asyik post entry yang sedih2 je kan? sedang diri nak kahwin lagi 31 hari. tapi..
B2B ni cam tak de mood nak kahwin... xde rasa... banyak jer benda tak siap lagi. pasni bibiran mak aku pasti akan jadi sama macam micingun...

sedang aku bercerita dan berdrama swasta, tak sangka pulak ramai yang nak baca blog aku.. tiba2 ramai jer tau ttg cinta tak kesampaian.. ooh.. rasa macam hero n heroin la pulak. tapi ketahuilah umum, ini bukan citer tamil, hindustan atau korea. ni citer melayu. korang boleh ramalkan kesudahannya. op kos lah, ikut restu ayah bonda.. derhaka --> neraka --> selamanya? oh no!!!

tak boleh2.. sebab aku nak jumpa MAOO aku dalam syurga. so aku tak boleh masuk neraka. peh ni... kena la buat apa yang patut...

yup! kisah aku boleh di buat novel. hahaha.. XD


berat mata memandang berat lagi bahu memikul

pandang wajah bakal groom tadi, tampak ada sendu di matanya. tak mampu di ucap, tapi aku tahu sakitnya. Sabarlah sayang.. your big day around d corner. last2 dalam nak kuatkan hati dia, aku yang tertangkap leleh... ouchh!! malu jer.. dah bosar dah, suku abad.. nanges lagi. sampai air hidung terkeluar. naseb ada orang, kalo tak aku dah tenyeh tisu dalam lubang hidung nih.. untung ada yang sudi pujuk, kalo tak macam biasalah.. rajuk kena pujuk diri sendiri... alahai...

cantik? semua orang nak?
allo brader... kalo semua orang nak kenapalah aku terhegeh2 nak kat incik H, incik H pon hingin tak pandang aku.  kau pun tak nak kat aku.. (opss.. ye... tau... keadaan yang tak membenarkan.. tau... maaf..)
apalah naseb badan ni... pas ni kena tahan hati, kawal nafsu, kawal jiwa..

akal: mata, dengar sini...jangan nak nangis2.. simpan air mata tu buat stock tahun depan..asek nangis je! benye betol!!

mata: aku tak nak kuarkan air mata tu.. tapi hati tu yang nak sesentap. aku terima jer impuls. rembes jer lah ayor ni...

akal: ah hati... aku perati je ko ni... asek nak sodeyh jer... tak payah lah.. ko sakit pon dio totap jadi milik onghang lain...

hati: dah aku touching, aku anto la impuls.. ko tau apo akal.. aku yang sakit tau.. nih,, macam di penyek2kan .. ditoreh2kan aku nih,,, sakit tau... korang tak rasa... boleh la nak cakap..nak release kan rasa sakit ni, aku kena anto impuls ke mata..

akal: yo, den tau.. kau yang sakit.. tapi untuk apo.. dio dan keluarga dio pilih dan suko kek pompuan lain, ekau sabor jer la..

hati: saborla ni.. kalo tak, den da anto bomb da ko umah dio.. den cubo bertahan. den cubo nak lopehkan dio. den sedang mencubo.. paham la...


fahamilah MAOO.. keadaan ini amat sakit. hati ini tak keruan melihat kau terus begitu. buatlah sesuatu untuk tolong dirimu. tarik nafas panjang2, mulakan hidup baru tanpa aku.








Saturday, April 26, 2014

MAOO.. DIALAH LELAKI ITU. sempurna bagiku

sejak kenal insan ini,
hati aku dilanda kegirangan.
even dia cakap thank you, aku rasa dia cakap I love U.
syok sendiri kan aku

sejak aku terpandang wajah dia,
aku lupa akan semua kenangan lama yang sakit tuh.
even mR H pun hilang dari kotak pemikiran ini.
hebatkan aura dia?

sejak aku bersama dengan lelaki ini,
aku tahu dia lah insan yang sangat sempurna untuk diri ini
dialah insan yang aku perlukan selama yang kucari
hanya dia, tak ada kekurangannya yang aku nampak
sedangkan kekurangan dia aku terima jer dia.
pelikkan?

dia lelaki yang terhebat!

tapi,
dia sebenarnya tunangan orang.
yang aku pinjam sekejap.
dia dah nak kahwin jugak.
sayangnya.. kami terlambat utk tahu ini adalah cinta.
kegilaan dan kekecewaan yang takkan dapat diubati

penerimaan takdir ini amat payah.
saling mencintai
saling sempurnakan
saling merindui
saling berkongsi

siapa aku utk menolak takdir ini

hati.. bertabahlah.. jodoh pasti tak ke mana..
semoga ada yang lebih menyayangi diri ni
semoga pada 25 tahun aku dapat lupakan segala kepayahan ini
semoga hati ini tak sakit lagi sebab kesan ini rasanya lebih mendalam dari mr. H tinggalkan

MAOO, saya cintakan awak setulusnya,
tapi saya nak buang awak jauh2..
pergilah awak. saya percaya saya boleh hidup tanpa awak.
selamat tinggal awak!

Wednesday, April 16, 2014

takdir dari ALLAH

YA Allah ..
Aku menangis bukan kerana aku sedih atas ketetapan yang telah engkau berikan.
tapi aku menangis kerana aku bersyukur dengan apa yang Engkau telah kurniakan pada aku.
walaupun sekejap, aku masih dapat merasa kasih sayangnya. alhamdulillah

diri ini terlalu banyak palitan dosa, hingga aku tertanya, masihkah aku diampunkan. ya Allah, betapa beruntungnya diri, kehilangannya seorang digantikan dengan lebih ramai orang.

ya Allah,
Andai dia bukan untukku,
Kau berikanlah dia pasangan yang boleh menyempurnakan dan meneteramkan hatinya disetiap detik perkahwinannya. agar terus dia bahagia.

aku percaya pada takdirmu, aku percaya dia bukan jodohku.
permudahkanlah perjalanan ini lapangkanlah hati ini dalam mencari nikmat yang lain.

saya selalu nak sayang awak, tapi kali ini saya nak ucapkan, sayang saya hanya suatu ketika dulu. MAOO

Sunday, April 13, 2014

JODOH

SALAM.
ENTRY KALI INI bukan pasal cerita Jodoh  yang astro tayangkan kat astro ria
tapi entry kali ini , nak citer pasal jodoh aku.

wey.....
JODOH TAK KESAMPAIAN... isk3x... sedihnya....
huhuhuhu =( sedeyyy sangat.... tak pernah rasa sedey macam ni....


aku,
pernah jatuh cinta pada sorang mamat nih. sama tempat kerja. time tu aku tak tahu dia nak bertunang. bila aku tanya dia, dia kata dia sedang mencari. so, aku pun OK je lah kan... tak salah lah kan kalau aku nak kat dia ( perghhh... ayat tak boleh blah!!)

masa bulan posa, time sahur.. kami selalu kongsi2 makanan. (kongsi doesnt mean nak suap2 bagai k... kongsi mean, kitorang tukar makanan.) so, something yang aku tak sangka lah kan?? pucuk dicita ulam mendatang. aku pon layan jer... dia pon ada nak bagi kongsi air, tapi aku act sikit lah kan.. takkan nak minum air dia bawa tu. (walau dalam hati tengok macam mengancam jer air koktail dia -tahan2 asharah)
dengan egonya, tak palah.. tak minum air sejuk .. (ngehngehngeh- dia pun pandang aku muka yang sangat hairan bin ajaib) aku lagilah.. buat muka aladdin.. hihihihi =)

until one fine day, aku tahu dia punya shift nak kena masuk time raya ke-2. so, aku ngan baik hati bertanyakan pada dia, dia datang tak on that day? dia cakap dia datang. (kembang2 bahagia) tapi dia dari kampung. laju jer aku taip msg tanya bila dia balik, sapa yang jemput, balik naik apa.. dia jawab, raya ke-2, pagi kul 10.pm sampai kl, naik LRT je sampai umah.

aku pun,, offer lah diri nak jemput dia. ntah, senang jer ngan dia. rasa macam nak tolong dia sangat2...
sedangkan aku ni buta jalan KL. sekali lagi, BUTA. 3x aku pusing dataran merdeka nak cari pudu raya. ulangi, 3X. banyak kali dia ajar aku dalam tepon. tak jemu pun. RESPECT!!

almaklum lah raya kan... aku berhias over sikit dari biasa. bedak seinci, lipstick, celak bagai, .. nampak cantik cikit la... Sikit jer. dia macam terpesona tengok aku. aku pon tersipu. kehkehkeh. [aku mmg suka lar.. kan aku mmg suka dia- kembang2 bontot ni XD]

simple jer sebenarnya... 



anta sampai umah dia, dia blanja Mc D, aku pon bedal jer. semuanya bermula dari sinilah. aku rapat dengan dia. sampai 1 hari aku try cakap aku nak bertunang, then dia terdiam lama. ....
then dia berterus terang, katakan dia akan bertunang akhir syawal. aku pon sesentaplah...
memang sentap tahap gaban. diam... lama aku diam... sampai aku pernah msg dia, aku sanggup jadi yang ke-dua. hebat tak? Yang KEDUA. tak perlu orang lain tahu, aku REDHA asalkan aku milik dia. TENGOK, hebatkan? mmg time tu, inilah yang aku rasa.

korang rasa apa feedback dia???

"untuk apa kita berkahwin kalau kita tak hidup bersama?"
nampak tak ayat reject dia? aku diamkan jer..PASRAH. Until dia kenalkan aku sorang lagi supervisor.
time tu hati dah sarat dah ngan kepedihan. dia siap cakap lagi ngan aku,

" ha Sha, ni hensem apa? tak nak ker?"
dalam hati aku, aku nak kaulah bodoh!! kenapa tak nampak aku!! tak apa... jangan menyesal!!

rupanya, supervisor yang dia kenal tu aku mmg kenal. Elly yang kenalkan. dan sebenarnya dia pon dah lama nak nombor fon aku untuk berkenalan. nampak tak TAKDIR aku?

sekarang mesti korang tak faham, jodoh aku yang mana kan??? aku pon dah confuse. nanti aku sambungkan.

Wednesday, April 2, 2014

RASA

KENAPA BILA AKU SEDIH AKU NAK UPDATE BLOG?

salam .. hari ni nak ungkaikan beberapa faktor yang merujuk topik di atas.

1) sebab aku tak ada orang nak dengar masalah aku

2) sebab aku rasa takkan ada orang yang faham

3) sebab aku tak nak orang persalahkan aku walaupun aku tahu masalah tu berpunca dari aku

4)sebab jarang orang ingat masa gembira compare to masa sedih

5)sebab aku cintakan orang yang salah...

6) sebab aku rasa tertekan dek kerana aku jenis cemburu gila.

7)aku rasa aku sudah tak diperlukan

8) aku patut menjauh dan menjauh.

9) semoga aku sentiasa lupakan orang yang tak menghargai aku dlm hidup

10) sebab aku yang cari masalah ini.

sekian