AkU yg SoranG

My photo
blog ini di reka oleh aku untuk mengemukakan pendapat dan perasaan aku mengikut teori rasional aku. segala perbendaharaan kata adalah kurang bagus untuk digunakan dalam mana2 dokumen formal. ini hati aku, cinta aku, jiwa aku, yang sebenar. kala aku marah, kala aku gembira, kala aku suka, kala aku sedih.. semuanya di sini.. aku jahat? kejam? ya ..semua itu adalah aku.. Utk kamu yg kurang mengenaliku, aku tak perlukan cemuhanmu kerana takdir kita berbeza.

Wednesday, February 26, 2014

aku no.1 atau no. 2? episod 5

"Lin please.. i nak jumpa you"
"no"
"please"
"i said no Zam. enough. bye"
telephone dimatikan

menyusahkan orang. tak tahu ker aku ni dah kawen? tak tahu ke kacau bini orang tu berdosa?

hmmm.. Diam tak diam dah hampir 2 bulan aku jadi isteri Zul. dan aku sebenarnya masih belum di sentuh secara rasmi. Dia terlalu busy. kerja syif 12 Jam, balik dah letih. rumah aku pulak jauh dari kilang dia. urusan perkahwinan dia dengan tunangnya lagi. mungkin kesibukan tu buat dia terlupa tentang ku. tapi ok lah, rumah  ni aku tak payah bayar. Duit pun dia bagi, RM 250 sebulan. cukuplah. aku pun boleh kerja lagi. aku ngah dalam process cari kerja baru. aku tak mahu kerja di kilang lama, tak nak bersama Zul. cukuplah kenangan silam yang ada. Semoga Tunang Zul tak tahu aku siapa. itu sudah memadai. Aku tak mau dituduh perampas. hari ini, hari akad nikah Zul dan Tunang dia. hati aku, sayu...

time aku angkat nikah cuma ada mak, ayah, Zul dan 3 orang saksi Jakim. malunya hanya Allah yang tahu. hati, bertabahlah.

Zul.. Lin rindu Zul.. mesti Zul sedang bergembira sekarang.. saudara-mara datang.. salam-salaman.. bersembang, gelak ketawa. bestnya.. tak pa Zul, Lin halalkan semua..

hati, redholah...

Zul, kalau Lin.. mungkinkah 1 hari nanti Zul akan bawa Lin jumpa mereka? macam tak je kan? hahaha.. Lin jangan berharap...gelak yang di paksa.
common Lin.. jangan tewas!

"Su.. ada kerja kosong kah?
"kau ni dah kenapa? tanya kerja kosong bagai? mau stay di sini kah?"
"ya.. buleh ka?"
"ada jugaklah kawan ku nanti. Kau bila kawin?"
"aina.. baru jak sampai ni.. nanti-nantilah Su."
"oh.. sebab tu hari macam dengar kau mau kawin sudah. bukan dekat sudah ka?"
"ndak jadi pula.."
"ai.. kenapa? memilih ka jua? bukan Zam ka cewek mu?"
"ndak tau la su.. ada jodoh, adalah kami"
"tapi aku mau kawin tahun depan..hehhee"sambil ketawa kecil
"ui..macam ndak sabar ja..."
"iya bah... hahha"
"Su, carikan aku kerja bah"
"okey.."

----------------

lama aku perhatikan handphone. mungkinkah dia nak tahu aku di mana? tak apalah.. aku bagitau jer.. sekurang2nya tanggungjawab aku dah lepas.

"Zul, Lin kat sabah tau, selamat pengantin Baru Zul" aku taip SMS.

.............................

tak ada balasan. Busy kowt... orang sedang bersanding la katakan.. semoga segalanya selamat.
pedih...
YA Allah, Kuatkan hati ku...
Aku redha Ya Allah dengan segala ketentuanMu. tunjukkanlah jalan yang Engkau redhai dan petunjuk yang terbaik untukku. Jauhkan aku menjadi Isteri derhaka.



aku no. 1 atau no. 2? episode 4

-------**********-----------

menangis pun tak ada gunanya.
dia ada dan tak ada, sama juga.

inikah yang aku cari?
dulu, dia dah beritahu pun

"Zul, jom kawin dekat Siam?"

"Lin, kalau kita kahwin tak ada gunanya.."
"kenapa? Lin tak kisah kalau Zul tak ada masa untuk Lin. Lin sabar tunggu Zul. Lin cuma nak jadi isteri Zul dan lahirkan zuriat Zul"
"untuk apa kita kawin kalau kita selalu tak bersama? itu bukan bahgia, itu memberi derita."
"mungkin Lin akan jumpa lelaki yang lebih baik dari zul"
"tapi Zul yang terbaik yang Lin pernah ada. lin tak nak yang lain"
"Zul dah ada orang lain. walaupun Zul tak pernah jatuh cinta dengan dia, tapi kami sudah terbiasa bersama.jujur Zul katakan, Zul tak pernah rasa macam mana ZUl rasa dengan sha, tapi dengan dia, mungkin mulut kawan-kawan selalu kenen2kan .. jadi menjadi kami ni sampai nak kawin."
"untungnya dia.." aku terus diam

sebal. aku tak pernah rasa macam ni. aku tak pernah pi offer diri untuk berkahwin dengan lelaki ke siam bagai. malunyer aku.. kenapa aku tak fikir dulu..

lagi 2 hari...
Zul akan berkahwin. mampukah aku untuk harungi semua ini.
Mak, saat ini adik sangat rindukan emak.
maaf atas segala kesilapan, mak jangan keccewa lagi. adik akan tetap doakan emak.
walaupun mak dah halau adik.

aku macam tak berdaya. macam nak lari jauh jer. duit dalam bank ada lagi 4k, cukuplah untuk masa sekarang. aku hantar sms jer la

"Zul, Lin nak minta izin ni"
"knapa?"
"Lin nak pergi bercuti time Zul akad nikah dan sanding"
"Lin nak pergi mana?"
"lin tak tahu lagi"
"Lin pergi dengan sapa?"
"sendiri"
"kalau Zul rindu Lin macam mana?"
"Zul takkan rindu Lin.."
"Zul selalu rindu Lin"
"Zul boleh izin tak?"
"Tapi bersyarat!"
"syarat apa"
"1. Lin kena bagitau Zul mana Lin pergi, Bila Lin balik and semua aktiviti Lin,
2. Lin tak boleh ada lelaki lain. lebih2 lagi Zamri."
"ok. thanks. Lin anggap Zul beri keizinan"
"yup.. maaf atas semua Lin. Zul sayang Lin"
"ok"itu je yang aku balas


tak tahu apa rasa ni.sakit sekali... semoga ada bahagia untuk diri ini lagi. aku semak contact no. dalam phone book. terpandang nama sahabat lama ku. Suhaila. lantas kuhubunginya

"Su, kau di mana?"
"keja ba pulak. kenapa? mau datang?"
"eh tau2 ja.. kerja di mana? lama sudah ndak jumpa kau"
"di Tawau ba.. marilah datang. lagipun aku sendiri jugak di rumah sewa. kau ndak kerja ka?"
"kerja. tapi aku ambil cuti tahunan"
"ba.. datanglah kau sini.."
"ba..esok kau ambil aku ya di airport"
"ok"

--------------------**********-------------------


Tuesday, February 25, 2014

untuk mereka yang bekerja..


macam best jer kan?
untuk semua...
hahhahha... =)







p/s: saat ini tiba2 terindukan dia. semoga dia bahagia.

aku No. 1 atau No. 2? Episode 3

krukk... krukk
bunyi perut

lapar giler.
"Zul ni tak tinggalkan kunci ker untuk aku keluar dari umah ni?" mata melilau mencari kunci.
"huh.. pintu ni pun tak ada lubang kunci, hah... pakai swype rupanya. " mataku tertancap pada 1 keping kad warna putih atas meja makan.

okey.. nak siap.. hehehe.. nak makan bubur ayam MC d.. lama dah tak makan... baju lengan panjang warna kelabu disarungkan pada tubuh, seluar jeans jenama Lee turut di sarungkan pada kaki. tudung berwarna hitam dikenakan, pin disematkan di hadapan. hurmm... macam terlupa pula. apa yer... minyak wangi...

"Zul suka bau Lin" ingatanku terus menyinggah pada suamiku yang baru sehari. pukul 7, mesti dia dah pergi kerja. SMS aje lah.. aku dah jadi isteri orang. tingkah laku kena jaga walau dia tak menjaga aku.
biarlah...

"Lin nak keluar beli makanan. Lin lapar. Izinkan Lin yer."

okeyh.. dah anto SMS. lantoklah dia baca ke tak. mesti kerja kat LINE busy giler time2 macam ni.

kad warna putih ku capai dan gegas keluar rumah.

bubur ayam
bubur ayam mc.d
panas dan enak bubur ayam..

hihihi.. nak makan bubur ayam mc.d

tut..tuttt... mesej berbunyi

"Lin, kat mana?"
sapa pulak nih.. tibe2 jer tanya orang kat mana.. maleh aku

tut..tutt... bunyi lagi mesej

"Zamri"

nak apa lagi... alahai... bakal suami tak jadi aku ni... aku dah malu ghiler kowt dengan kau. bukan sekali aku buat hal.. masuk ni dah 2 kali. tak jadi nak kawin ngan kau. percayalah kita tak ada jodoh.

tut..tuttt lagi2 mesej

"lin.. i nak jumpa u, benda ni boleh bawa bincang. i percaya u tak bersalah"

malas aku nak layan. semua dah berlalu. aku dah sah jadi isteri Zul. cukuplah. aku lapar. nak makan.

Mc.d genting klang tempat persinggahan, dibawah pohon rendang kereta di-park. bubur ayam dan milo ais di pesan.

tut..tutt... adoi... knapa lagi ni... aku malas lah.. nak makan pun jadi tak ada mood.

"hati-hati. makan ingat Zul yer. dah sampai rumah bagitau tau. Lin masak ker hari ni?"

ceyhhh... Zul rupanya..

"Zul nak Lin masak?"tanyaku membalas mesej
"Zul tak nak menyusahkan Lin, kalau Lin masak, Zul balik makan dengan Lin"
"kalau macam tu, Lin tak masak" balasku.
"ok"dia pun balas

aku belum dapat terima semua ini dengan hati yang tenang. jiwa aku masih kacau. mana dengan status aku sekarang. change need time. semua ini sangat tak mudah. semoga aku ada sinar. Zul nak kawin lagi 3 minggu. hemmm.. Ya Allah. permudahkanlah semua urusannya. redho kah aku?



Monday, February 24, 2014

aku No. 1 atau No. 2? Episode 2

28 February 2011: aku Nikah dengan Zul. segalanya parah. bolehkah kami semua lupakan tarikh tu.

aku sepatutnya bernikah dengan orang lain. lagi 3bulan jer.. Zul pulak akan bernikah dengan tunang dia, lagi 2 bulan. Kalaulah masa boleh diputar semula.. pasti aku tak ikutkan nafsu ni.

"Lin, boleh tak bagi 1 Zul 1 malam jer untuk bersama dengan Lin?" Zul merayuku
"janganlah Zul. Zul dah nak kawin pun. tak lama jer. Lin pun dah nak kawin jugak.:"
"Lin, kenapa kita tak ditemukan lebih awal?"
"kan Zul dah kata tadi, mungkin ini yang terbaik untuk kita."
"iya. kita tak ada jodoh. Zul cuma harap zul dapat bertemu Lin lebih awal dari orang lain"
"macam tajuk lagu jer"
"tapi lin kena tahu, Lin orang pertama buat Zul rasa disayangi dan tak ditinggalkan"
"Zul pun kena tahu, Lin pernah sayangkan Zul sepenuh hatii Lin."

"Zul rasa tak bestlah. tak seronok nak kawin"
"kenapa pulak? patutnya lepas pi kursus kawin mesti berkobar-kobar nak kawin"
"patutnya Zul tak mulakan lagi."
"hmm... baguslah kalo Zul faham. Zul jangan risau. Lin pun akan berhijrah after married. at least Zul dah takkan jumpa Lin"
" tapi kalau ikutkan hati, Zul masih nak kan Lin"
"jadi macam mana..?"
"let give me 1 night to be with u.."
"gila. jangan mengarut"
"Lin, kita pernah buat kerja gila ni dulu. please"
"ye.. Zul tahu tak susah Lin nak luapakan semua tu. setiap kali Lin sujud, Lin menangis."
"Lin janganlah lupa. Zul tak boleh lupa Lin"
"ingat tak 1st time kita?"
"lin tak nak ingat" segera aku membalas. sedang mindaku berputar-putar ingatkan kejadian tu. 3bulan aku tak boleh lupakan Zul. yup. aku mmg jatuh hati pada dia. once aku tau dia rupanya nak kawin dah, aku pun menyepi. buat dia seperti kawan, yang xde apa2 terjadi, sedangkan yang terjadi tu terlalu banyak.. tapi hatiku berdebar setiap kali memandangnya. apa tidaknya, aku hampir-hampir lemas dan hanyut dalam nafsu yang berahi ketika bersamanya suatu ketika dulu. Nasib iman aku masih kuat, kalo tak hilanglah kedaraanku.

"Lin, Zul cuma nak praktis dengan Lin.."
"banyaklah. ingat Lin bahan uji kaji ker?"
" tak"
"Zul nak lin"
"Lin dah nak kawin dengan orang lain"
"Zul pun.."
"Zul sabarlah. lagi 2bulan Zul buatlah dengan isteri Zul"
"Zul nak Lin"
"yela.. nanti Lin tengok2"hah.. aku membiarkan pak harimau ni makan aku.
"thank Lin"
"lets make a deal. thing have expired date and no redeem. this will expired on 1st March 2011."
"Okay, so.. 28 Feb?"Zul mencuba
"ok." tu je yang aku mampu balas.
---------------------**************--------------------



aku No. 1 atau No. 2?

salam...

mungkin coretan kali ini tak berapa nak best sikit..

-------------------- **********---------------------

"Lin tinggal dulu kat sini k?"
"rumah siapa ni? "
"Rumah ni, Amy nak sewa. tapi tak apalah. Lin tinggal dulu k. tempat tinggal Lin keutamaan Zul."matanya tepat memandang wajahku.
"thanks Zul."
" Lin rehat lah, tak perlu say thanks. this is my responsibility. you are my wife now. Sorry for everything" sambil memelukku.
 aku diam.. mengiya pun tak.. menidak pun tidak. kaku. batu.

entah.. perasaan ni.. terlalu sakit sampai aku tak tahu nak rasa apa. inilah rasa dibuang keluarga.

"pukul 10 jap lagi Zul balik rumah tau." aku diam lagi
"Lin, listen. you are the one. now and on you are mine. jangan diam macam ni. Sabarlah. Nanti mereka semua dapat terima. its take time."
"yer.. " aku membalas

itu jer yang mampu aku katakan bila aku telah dilontar jauh dari keluargaku.
apa yang aku perlu lakukan. buat masa ni aku nak pasrah dulu... biarlah.. murung. itu yang aku nak jadi.
sekejap lagi, Zul akan pulang ke rumah parent dia. tinggallah aku sendiri.
segalanya berlaku sekelip mata.

"Lin, Zul nak balik dah ni. Zul ada tinggalkan Nasi goreng atas meja. Lin makan tau." satu kucupan hangat singgah di dahiku.
"take care sayang.." aku menggangguk.

sendiri..
diam...
bisu...
sunyi..

aku duduk di atas sofa yang sederhana besar

Apartment yang semi funiture. aku pernah tengok apartment ni... oh ye.. aku pernah google nama Zul masa aku mula-mula kenal dia. dia ada carikan orang untuk sewa apartment. mungkin inilah.
aku berdiri di pintu masuk. 10kaki ke hadapan ada sebuah sofa tempat yang aku duduk tadi. sederhana besar berimej moden. white color. macam yang aku impikan. 3 kaki dari tepi sofa ada balcony, pagar dia bercorak hemisfera. warna putih juga. depan sofa, kira-kira 7 kaki, ada 1 cabinet tV yang kecil dengan Tv LCD 32 Inch. ok lah kan.. astro tak ade. ke kiri dari tempatku berdiri, ada sebuah dining table, modern untuk 4 orang makan. then, ada 1 arch untuk masuk ke ruang dapur.
ruang dapur agak besar, tapi cuma ada peti ais and mesin basuh. kira-kira dapur ni macam besar bilik rumah mak. ada dalam 15x15ft anggaran aku jer. rumah ni cuma ada lampu, kipas, Tv dan langsir yang temani aku.

bilik tidur ada 3.
1 bilik tidur je yang ada tilam. esok baru fikirlah nak beli apa. sekarang tidur dengan bantalkan lengan jer.

------------------------ ******************** --------------------------




Thursday, February 13, 2014

untuk kamu

jgn pernah ungkit masa yang pernah kita lalui bersama

jangan pernah ulangi segala perbuatan yang pernah kita lakukan bersama

kerana aku rasa begitu payah melupakan kamu


saban waktu,

setiap malam ku,

aku bersujud pada Ilahi,

meminta petunjuk, meminta kepastian,

kamukah itu di sebalik mereka yang ku kenali?

betapa air mata ini terus mengalir, betapa hati ini cuba membeku..

kerana aku rasa sangat payah utk melupakan setiap detik


sakit...

semoga aku kekal menjadi cinta pertamamu.

walau aku bukan yang pertama yang muncul dalam hidup kamu.

kamu yang memilih jalan ini,

semoga tiada kesalan di hari muka.


MAO: hati ini telah tiada utk kamu, kerana aku meminta Tuhanku menutup dan berpaling hatiku dari kamu.


Monday, February 3, 2014

untuk kamu

sunyi....

semoga kamu jumpa kebahagiaan lain.
maaf atas semua ketelanjuran kata2 ku.. membuat kamu terus membeku dan keliru

kamu sangat dekat, tapi kamu jauh...
bila jauh kita mula tak mengenali diri masing2..


maaf...