AkU yg SoranG

My photo
blog ini di reka oleh aku untuk mengemukakan pendapat dan perasaan aku mengikut teori rasional aku. segala perbendaharaan kata adalah kurang bagus untuk digunakan dalam mana2 dokumen formal. ini hati aku, cinta aku, jiwa aku, yang sebenar. kala aku marah, kala aku gembira, kala aku suka, kala aku sedih.. semuanya di sini.. aku jahat? kejam? ya ..semua itu adalah aku.. Utk kamu yg kurang mengenaliku, aku tak perlukan cemuhanmu kerana takdir kita berbeza.

Wednesday, February 26, 2014

aku no. 1 atau no. 2? episode 4

-------**********-----------

menangis pun tak ada gunanya.
dia ada dan tak ada, sama juga.

inikah yang aku cari?
dulu, dia dah beritahu pun

"Zul, jom kawin dekat Siam?"

"Lin, kalau kita kahwin tak ada gunanya.."
"kenapa? Lin tak kisah kalau Zul tak ada masa untuk Lin. Lin sabar tunggu Zul. Lin cuma nak jadi isteri Zul dan lahirkan zuriat Zul"
"untuk apa kita kawin kalau kita selalu tak bersama? itu bukan bahgia, itu memberi derita."
"mungkin Lin akan jumpa lelaki yang lebih baik dari zul"
"tapi Zul yang terbaik yang Lin pernah ada. lin tak nak yang lain"
"Zul dah ada orang lain. walaupun Zul tak pernah jatuh cinta dengan dia, tapi kami sudah terbiasa bersama.jujur Zul katakan, Zul tak pernah rasa macam mana ZUl rasa dengan sha, tapi dengan dia, mungkin mulut kawan-kawan selalu kenen2kan .. jadi menjadi kami ni sampai nak kawin."
"untungnya dia.." aku terus diam

sebal. aku tak pernah rasa macam ni. aku tak pernah pi offer diri untuk berkahwin dengan lelaki ke siam bagai. malunyer aku.. kenapa aku tak fikir dulu..

lagi 2 hari...
Zul akan berkahwin. mampukah aku untuk harungi semua ini.
Mak, saat ini adik sangat rindukan emak.
maaf atas segala kesilapan, mak jangan keccewa lagi. adik akan tetap doakan emak.
walaupun mak dah halau adik.

aku macam tak berdaya. macam nak lari jauh jer. duit dalam bank ada lagi 4k, cukuplah untuk masa sekarang. aku hantar sms jer la

"Zul, Lin nak minta izin ni"
"knapa?"
"Lin nak pergi bercuti time Zul akad nikah dan sanding"
"Lin nak pergi mana?"
"lin tak tahu lagi"
"Lin pergi dengan sapa?"
"sendiri"
"kalau Zul rindu Lin macam mana?"
"Zul takkan rindu Lin.."
"Zul selalu rindu Lin"
"Zul boleh izin tak?"
"Tapi bersyarat!"
"syarat apa"
"1. Lin kena bagitau Zul mana Lin pergi, Bila Lin balik and semua aktiviti Lin,
2. Lin tak boleh ada lelaki lain. lebih2 lagi Zamri."
"ok. thanks. Lin anggap Zul beri keizinan"
"yup.. maaf atas semua Lin. Zul sayang Lin"
"ok"itu je yang aku balas


tak tahu apa rasa ni.sakit sekali... semoga ada bahagia untuk diri ini lagi. aku semak contact no. dalam phone book. terpandang nama sahabat lama ku. Suhaila. lantas kuhubunginya

"Su, kau di mana?"
"keja ba pulak. kenapa? mau datang?"
"eh tau2 ja.. kerja di mana? lama sudah ndak jumpa kau"
"di Tawau ba.. marilah datang. lagipun aku sendiri jugak di rumah sewa. kau ndak kerja ka?"
"kerja. tapi aku ambil cuti tahunan"
"ba.. datanglah kau sini.."
"ba..esok kau ambil aku ya di airport"
"ok"

--------------------**********-------------------


No comments:

Post a Comment