AkU yg SoranG

My photo
blog ini di reka oleh aku untuk mengemukakan pendapat dan perasaan aku mengikut teori rasional aku. segala perbendaharaan kata adalah kurang bagus untuk digunakan dalam mana2 dokumen formal. ini hati aku, cinta aku, jiwa aku, yang sebenar. kala aku marah, kala aku gembira, kala aku suka, kala aku sedih.. semuanya di sini.. aku jahat? kejam? ya ..semua itu adalah aku.. Utk kamu yg kurang mengenaliku, aku tak perlukan cemuhanmu kerana takdir kita berbeza.

Wednesday, February 26, 2014

aku no.1 atau no. 2? episod 5

"Lin please.. i nak jumpa you"
"no"
"please"
"i said no Zam. enough. bye"
telephone dimatikan

menyusahkan orang. tak tahu ker aku ni dah kawen? tak tahu ke kacau bini orang tu berdosa?

hmmm.. Diam tak diam dah hampir 2 bulan aku jadi isteri Zul. dan aku sebenarnya masih belum di sentuh secara rasmi. Dia terlalu busy. kerja syif 12 Jam, balik dah letih. rumah aku pulak jauh dari kilang dia. urusan perkahwinan dia dengan tunangnya lagi. mungkin kesibukan tu buat dia terlupa tentang ku. tapi ok lah, rumah  ni aku tak payah bayar. Duit pun dia bagi, RM 250 sebulan. cukuplah. aku pun boleh kerja lagi. aku ngah dalam process cari kerja baru. aku tak mahu kerja di kilang lama, tak nak bersama Zul. cukuplah kenangan silam yang ada. Semoga Tunang Zul tak tahu aku siapa. itu sudah memadai. Aku tak mau dituduh perampas. hari ini, hari akad nikah Zul dan Tunang dia. hati aku, sayu...

time aku angkat nikah cuma ada mak, ayah, Zul dan 3 orang saksi Jakim. malunya hanya Allah yang tahu. hati, bertabahlah.

Zul.. Lin rindu Zul.. mesti Zul sedang bergembira sekarang.. saudara-mara datang.. salam-salaman.. bersembang, gelak ketawa. bestnya.. tak pa Zul, Lin halalkan semua..

hati, redholah...

Zul, kalau Lin.. mungkinkah 1 hari nanti Zul akan bawa Lin jumpa mereka? macam tak je kan? hahaha.. Lin jangan berharap...gelak yang di paksa.
common Lin.. jangan tewas!

"Su.. ada kerja kosong kah?
"kau ni dah kenapa? tanya kerja kosong bagai? mau stay di sini kah?"
"ya.. buleh ka?"
"ada jugaklah kawan ku nanti. Kau bila kawin?"
"aina.. baru jak sampai ni.. nanti-nantilah Su."
"oh.. sebab tu hari macam dengar kau mau kawin sudah. bukan dekat sudah ka?"
"ndak jadi pula.."
"ai.. kenapa? memilih ka jua? bukan Zam ka cewek mu?"
"ndak tau la su.. ada jodoh, adalah kami"
"tapi aku mau kawin tahun depan..hehhee"sambil ketawa kecil
"ui..macam ndak sabar ja..."
"iya bah... hahha"
"Su, carikan aku kerja bah"
"okey.."

----------------

lama aku perhatikan handphone. mungkinkah dia nak tahu aku di mana? tak apalah.. aku bagitau jer.. sekurang2nya tanggungjawab aku dah lepas.

"Zul, Lin kat sabah tau, selamat pengantin Baru Zul" aku taip SMS.

.............................

tak ada balasan. Busy kowt... orang sedang bersanding la katakan.. semoga segalanya selamat.
pedih...
YA Allah, Kuatkan hati ku...
Aku redha Ya Allah dengan segala ketentuanMu. tunjukkanlah jalan yang Engkau redhai dan petunjuk yang terbaik untukku. Jauhkan aku menjadi Isteri derhaka.



No comments:

Post a Comment