AkU yg SoranG

My photo
blog ini di reka oleh aku untuk mengemukakan pendapat dan perasaan aku mengikut teori rasional aku. segala perbendaharaan kata adalah kurang bagus untuk digunakan dalam mana2 dokumen formal. ini hati aku, cinta aku, jiwa aku, yang sebenar. kala aku marah, kala aku gembira, kala aku suka, kala aku sedih.. semuanya di sini.. aku jahat? kejam? ya ..semua itu adalah aku.. Utk kamu yg kurang mengenaliku, aku tak perlukan cemuhanmu kerana takdir kita berbeza.

Friday, December 16, 2011

bertudung atau tidak

nabella (tidak bertudung) : tak semua orang pakai tudung tu baik...
nabilah (bertudung) : kenapa kau cakap macam tu?
nabella (tidak bertudung) : wat.. salah ker aku cakap? pakai tudung tapi tak solat.. apa tu..
nabilah (bertudung) : biarlah.. itu dosa dia dengan Allah bukan dengan kita. sebagai teman, kita dah tegur.. yang kau ni.. sayang 1000x sayang.. solat tak tinggal, tapi rambut kau di biar pada mata yang haram memandangnya.. jadi ko rasa dosa ko ngan sapa..?
nabella (tidak bertudung) : ..... (diam je lah...)
nabilah (bertudung) : ...... ( harap2 tak sakitkan hati dia..)

p/s: bertudung atau tak, bukan menentukan seseorang itu baik atau tidak. tapi yang pasti, bila seseorang yang tak bertudung tapi seagama, membuka bicara tentang wanita bertudung itu tak semuanya baik, sebenarnya dia cuba untuk membuatkan kita rasa semua wanita tak bertudung tu baik. make sense.

p/s: yang tertutup itu indah

Thursday, December 15, 2011

TUDUNG TWEET??? YUCKKK!!!

assalamualaikum dan salam perpaduan buat anda semua.. hari ini aku nak mengkritik. hehehehe.

JUDUL FILEM: TUDUNG TWEET


INI KOMEN AKU SECARA PERIBADI

jalan cerita yang sangat menyakitkan hati... sumpah tak tipu.. aku jadi malu bila tengok filem nih.. malu sangat... nak tahu kenapa?
* gadis bertudung labuh yang sangat gatal, sepertinya tak pandai jaga maruah
* wanita yang seagama yang kurang alimnya lebih sabar dan tabah
* imej aku sebagai wanita bertudung tercemar.
* jarang ya wanita bertudung over acting depan laptop, sambil balas komen ngan mulut dijubir2kan..

commonlah... aku semakin tak faham dengan industry film tanah air. kenapa mesti ada filem yang macam ni... yang mensia2kan agama lantas memainkan hukum ALLAH SWT... kan pakai tudung itu kewajipan setiap muslimah, kenapa nak perkotak katik kan???? sebagai penulis skrip,kenapa nak buat filem yang macam nih? anda tak kaji dulu ker??? sebagai pengarah,kenapa nak terima? fikiran cetek ke semua orang dalam industri filem???? sampai tak tahu apa yang nak di ketengahkan... apa sebenarnya motif yang anda nak sampaikan??? kepada penerbit,anda tak kaji ke kemudaratannya??? aiyarkkk

buat filem bukan sekadar nak lepas batuk di tangga.. bukan sebab nak nama... anda yang buat filem, tolonglah fikirkan idea2 yang bernas untuk motivatekan insan yang di luar, yang mengajak manusia ke arah kebaikan.. filem yang anda buat ini totally rubbish. ini bukan cerita pelajar kolej, nih cerita budak2 sekolah menengah.. yang iri hati pada perkara2 yang tak mendatangkan faedah LANGSUNG! serious to say, aku tahu pakai tudung sejak darjah 3. aku tahu kalo tak pakai tudung tu dosa sejak darjah 3. dan aku sedar pakai tudung tu wajib dan memberi manfaat sebelum darjah 6 lagi. dan aku menjadikan tudung itu sebagai pakaianku sejak darjah 6. so what's the point, dalam citer ni cakap dia pakai tudung tu sebab parent dia.



well, kita nih sekolah rendah and menengah semua sama.. ada mata pelajaran agama Islam. balik2 iustazah tekankan hukum hakam agama, menjaga maruah diri dan keluarga.. memelihara agama kita. kenapa mesti kita lupa. tapi aku tak tahulah krew2, pengarah, pelakon, penerbit telemovie ni sekolah kat sekolah jenis kebangsaan, kat luar negara ker...sekolah english..international.. tak tahu la kan... sebab sekolah2 yang demikian tak de belajar agama...

if liyana jasmay baca artikal aku nih, aku mohon kat ko.. janganlah buat filem yang mencemarkan nama baik agama kita. banyak lagi yang ko boleh buat tulis, karang bersama2 tentang kebaikan pakai tudung, tentang keindahan menjadi muslimah, tentang kesabaran.. banyak lagi perkara2 yang memuliakan dari perkara yang memalukan. jgn kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. jangan jadi ayam betina jugak, bertelur sebiji riuh sekampung. ko ada ruang untuk menerbitkan karya ko.. gunakan sebaik mungkin. ya, aku akui, bukan semua wanita yang bertudung itu baik, dan begitu juga sebaliknya.. satu aku ingatkan kau, kita bukan malaikat yang sempurna segala2nya. tapi, filem bukan medan untuk ko memanipulasikan semuanya.

”TV9 juga sentiasa memainkan peranan dalam membangunkan serta memberikan sokongan penuh kepada perkembangan seni negara. Kami sedar bahawa TV9 merupakan platform dan batu loncatan kepada anak-anak seni termasuk pelakon, pengarah, penerbit dan penulis skrip untuk berkarya. Selain slot Skrin di 9, kami juga menawarkan drama bersiri tempatan mengikut genre masing-masing melalui slot Ratu, Aurora dan Oh Mari Gelak!. Keempat-empat slot ini adalah di bawah kempen 8.30malam yang telah dilancarkan pada awal tahun 2011,” tambah Sherina lagi (http://www.gua.com.my,4 NOV 2011).



masyarakat hari ini nantikan cerita yang membawa mereka ke jalan yang lurus, bukan jalan yang semakin memesongkan mereka. adik2 kita yang kat bangku sekolah, masih tercari2 idol mereka.. jangan buat mereka tersalah memilih.. sebab ini adalah tanggungjawab anda yang dalam film industry untuk menunjukkan kepada masyarakat tentang kebaikan, ganjaran yang di perolehi.. kebijaksanaan.. apapun filem yang korang buat, biarlah secara ilmiah, menjadi teladan kepada semua.. sekian...

p/s: thanks sebab baca komen nih...

Thursday, November 10, 2011

ciKgu Ku SayAng..

assalmualaikum (waalaikumsalam)
harap kita semua masih dalah keadaan yang diberjati Allah swt
hari ini aku terpanggil untuk buat entry berdasarkan tajuk di atas.. hehehhe... tapi ini sekadar pandangan peribadi aku terhadap ini semua...

baru2 ni, pergelokan yang deras berlaku dalam sistem pendidikan negara.. seperti yang tergambar di bawah.. aku nak komen kat entry depa, tapi macam terlalu banyak komen... jadi aku pon wat entry kat dalam blog aku sendiri untuk tatapan and pembacaan aku sendiri di masa akan datang.. hihihi, maklumat lanjut..sila ikuti kisah mereka... hihihihi(tapi hal ini adalah serius, sambil dahi kerut-kemerut)



dan.....



takkan nak diam diri je kot.... hmm...lalu...



tak cukup... tak cukup... baca lagi...



lalu... terjadi ini... alahai~~~~



dan ini....



ini pown...ntah2 apa2 lah dorang nih...



kesimpulannya... bila baca benda2 nih semua ni....aku jadi takut,.. macam mana agaknya masa depan anak2 aku yang bakal aku sekolahkan nanti jika perangai guru pon lebey kurang sama jer ngan anak murid? masing2 tak leh nak tolak ansur... di mana perginya semangat bersatu... kita pon tahu kalau sekarang nak jadi pendidik atau tenaga pengajar memerlukan sikap optimis yang tinggi kalau tak, bagaimana nak didik anak bangsa yang semakin hanyut di bawa arus kemodenan yang terlampau..?? sekarang bukan masanya nak bercakar k... banyak lagi korang perlu fikir...

aku tak sokong mana2... cuma aku terkilan... kenapa? tak boleh ker kalo orang blajar bidang perladangan nak jadi guru KH? tak boleh ke accountant nak jadi cikgu Akaun? tak boleh ke orang yang cikgu nak jadi usahawan? tak boleh ker seorang yang belajar cikgu nak jadi clark? tak boleh ker orang belajar cikgu nak jadi unit pentadbiran? hey!!! common lah... open your eyes!!! Allah ciptakan bumi ini luas.. banyak sumber rezeki..kenapa mereka yang bertikam lidah and meletakkan nasib mereka di tangan manusia lain... kenapa mereka tak biarkan Allah yang menentukan dan meneruskan usaha murni... tahu kah mereka semua bahawa mengajar adalah sebuah amanah..? bukan punca rezeki... alahai... masyarakat sekarang... aku jadi semakin takut pada dunia hari ni.. yang selalu mengizinkan bala turun terhadap manusia.. kita sebagai umat Islam dan khalifah di muka bumi, perlulah lebih rasional dalam menitik beratkan sesuatu.. let the best guy, win!

sekian........

Wednesday, November 9, 2011

Falling In Love – Siti Nurhaliza..wOW

assalamualaikum.. (jawab yer)
hari ni tiba2 nak wat entry pasal nih.. so what? tak puas hati.. bak datang lah!! hihihi... (cam berani jer aku nih..) k... jom ikut crita nih!!


You’re taking me higher when I hear you speak to me
It feels so familiar but I’m caught up in this fantasy

Now I can’t seem to find myself
Oh I can’t seem to ease my mind
Oh I think I’m falling I’m falling and I can’t stop falling
I’m falling in love with you

When I look into your eyes
I see your love that comforts me
Even now when I go to sleep
I wait to see you in my dreams

google translate...

KAU membawa AKU lebih tinggi
apabila AKU mendengar KAU bercakap dengan AKU
Rasanya begitu akrab tetapi AKU terperangkap dalam fantasi ini

Sekarang AKU tidak boleh seolah-olah untuk mencari diri
Oh, AKU tidak boleh seolah-olah untuk meringankan fikiran AKU
Oh AKU fikir AKU jatuh AKU jatuh dan AKU tidak boleh berhenti jatuh
AKU jatuh cinta dengan mu

Apabila AKU melihat ke dalam mata mu
AKU melihat cinta mU yang keselesaan AKU
Sekarang ini pun apabila AKU pergi tidur
AKU menunggu untuk melihat mU di dalam mimpiKU

-----------------~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~----------------------

personally aku rasa,best la lagu nih.. walaupun banyak orang kata sore siti macam lidah melayu ker.. apa ker.. tapi kalo pikir balik... semua tuh merepek jer... sebagai diva.. of cos la dia akan berlatih bercakap ngan guru english dia... apalah.. ya... maybe sebab dia belajar sampai SPM jer.. that's why lah dia di pandang rendah... tapi, yang menjadi persoalannya sekarang, orang yang belajar lebih baik dari dia, ramai ker jadi DATO' cam dia?? ramai ker punya harta berkoyan2? jawab dek non oi..

" tapi... dia jual suara...suara tu kan dosa ? "
ya... ada korang baca aku tulih dia tak dosa..? mestilah dia berdosa... dan aku pasti... dia tau tu...

" dia pon jual aurat sekali.. tengoklah.. bertudung, tapi terbuka.. "
ya... aku pun nampak tuh... tapi dia masih lagi punya hati untuk memakai tudung... and aku tak pernah tengok siti pakai baju dedah dada.. nampak lurah ker.. TAK PERNAH ok..?



kalau kita observe artis2 yang lain... cam rozeta che wan.. hot kot~ ada yang lebih terbuka pown ada... contohnya macam NEELOFA. ala..artis yang dari dewi remaja 2010 tuh..kalau aku tak silap.. pastu.. aku ada usha ar kat youtube yg budak2 nih punya komen2.. fuh.. mantap kot.. cam kat bawah nih... korang ctrl C >> Ctrl V kat youtube. bace ler sendiri:-

http://www.youtube.com/watch?v=wElj3SveIM4

>>Sedap btol...kalo dapat buat ni...geram btol ngan breast die
Tobi6191 1 month ago

>>besar nya tetek dya
dzakyrpocoyo 1 day ago

>>Dpt nie syok nie.. x kuaq umah dah
MegaBangku 1 week ago

http://www.youtube.com/watch?v=u-qrW_uHpHc

>>tetek + bontot mmg baik ! bapak ah , sdp uuu !
bilabilaification 6 months ago 23 like

>>tetek mantap kot dia ni..geram la..
atzbest 6 months ago 12 like

>>one night stand dgn neelofa puah hati weh
nuqmanbasyir 1 week ago

>>@umairaray12 tetapi dia (neelofa) bukan pengamal sex sejenis kan .. tetiba aja saya tersalah sangka bila membaca komen dari awak itu ..(die obsesss gile dngan sepupu die yg bernama qalisha).
bluebrain91 2 weeks ago

>>@bluebrain91 ape tuh??
umairaray12 3 weeks ago

>>tubuhnye gebu ...
bluebrain91 3 weeks ago

------------~~~------------ tak sanggup dah aku nak baca..

see... tengok lah.. pernah korang tengok komen kat siti nurhaliza sampai macam tu.. tapi aku pon tak salahkan sesiapa kan.. salah pada artis tu jugak lah.. kalau dia tak tunjuk.. mesti tak der orang nak komen kan??? betoi tak?? naseb ler...

dengan itu..aku rasa aku tak salah kalau aku memuji SITI lebih dari artis2 yang lain kan...? bawah nih .. aku letak gambar dato' siti yang bertudung,.. untuk tatapan anda semua.. hihihi...XD



akhir kata... terima kasih sebab sudi baca entry kali nih... semoga aku dapat taip lagi... ni sebab cuti sem.. bab tu ada masa nak wat entry,,... hihihi.. pas ni tak tau la ada ke tak masa lagi... ok, jaga solat.. hiasi peribadi.. assalamualaikum.

p/s: rasa cam dah jatuh minat kak seseorang.. waaa!!! ~miss S~

Tuesday, November 8, 2011

fazura.. cantiknya dia..

Assalamualaikum w.b.t (tak jawab dosa tau...)

hai, apa khabar? harap semua sehat cam biasa.. aku?? ok2 ajer... biasalah, tahun akhir ni sangat mencabar.. banyak sangat assigment... huhuhu... cam nak nangis jer... ketara lah aku tak pandai manage time.. huhuhu..

well... tajuk aku kat atas tu... baru2 nih aku tgk kitab cinta.. wow!!! she's beautiful when she wearing hijab... really!! she was amazing... very amazing!!! gorgeous... sangat cantik ok.. tgk2 gambar2 dia kat sebelah nih... cantik kan??? setuju tak.. she was perfect and seingat aku..ada satu jer gossip dia yang gempak..
time dia gaduh kat PUB.. after that.. aku dah tak dengar apa2 berita yang kurang menarik.. melainkan dia menjalinkan hubungan ngan kaum KERABAT.. tapi ok lah kan?? maknanya dia dah start to move on to start another new life.. dengar citer gak dia nak gi umrah..

well.. bertudung tu tak halang kita nak buat apa2 pun activiti yang bermanfaat.. di ulangi activity yang bermanfaat... bersukan ker..berkuda ker.. everything ada jer caranya.. menutup aurat tu memang kewajipan.. bukan lagi atas sikap mahu tak mahu... as a muslimah, aku rasa bertudung itu perlu... lagi2 aku yang duduk kat sabah nih.. serious to say, negeri di bawah bayu nih kan ramai non-muslim so satu dari cara nak kenal orang yang tak islam ngan islam adalah bertudung..

hmm... walaupun camana,, aku tetap minat kat fazura.. she is talented, educated, her english very fluent, have a big dreams.. artis cam nih lah kita nak.. actually, she was so kind and sombong pada tempatnya.. her smile, her eyes very make sense.. she look naive. and... muka dia sangat macam melayu.. macam orang biasa.. and as women, she have right to choose.. hahahhaa..tak kesahlah dalam karier ke apa ker... bestnya jadi dia... hahahhah=)

tu jer lah.. but, aku sure lagi yang aku nih, still straight ok... i just admirer her style..i m not lesbians... cehhh!!! dun get me wrong!

p/s: baru2 nih ada budak muda setahun try market ngan aku... ceSS... ngat aku nih apa?? tak guna betoi..
~ miss S~

Wednesday, October 5, 2011

encik Baru, maafkan aku

assalamualaikum...
hmm... cam mana nak mula... ntah,.. kenapa jadi cam ni pulak.. aku rasa bersalah sangat2.. macam aku permainkan perasaan orang.. maaf sangat2 kepada mereka yang terberada dalam hidup aku sekarang.

orang cakap, kalau kita tak mampu buat diri kita gembira, sacrifice la.. buatlah org sekeliling gembira.. nanti kau akan gembira jugak... hmm boleh pakai ker?? ok fine.. aku dah buat experiment nih dengan harapan aku akan gembira jugak.. tapi memula jer aku rasa seronok, tapi aku tak bahagia. gembira n bahagia tak sama ker? aah memang tak sama.. gembira tu sekejap sangat. kalo siang ni kita gembira malam nanti kita akan sedih. kenapa?? aku pun tak dapat lagi jawapannya...

apa yang aku dah buat???????????
dalam aku sedih, hampir setahun.. aku asyik ingat kat dia.. sikit pun aku tak dapat lupakan dia. tak pernah ada hari tanpa ingatan padanya.. salah kah aku suka kat kekasih orang? hmmm... aku memang marah dan aku pernah nak benci dia, tapi bila aku marah aku rasa macam nak nangis,bila aku nak benci aku jatuh.. aku tak mampu nak sebut nama dia.. hati aku luruh.. aku tak tahu mana salah aku.. aku tak tahu kesilapan apa yang sangat2 besar sehingga dia pilih untuk tinggalkan aku... aku dah cuba sedaya upaya aku untuk bersabar, curi perhatian.. tapi semuanya tak berjaya...

dalam hati satu jer aku fikir.. aku nak lupakan semua perasaan yang pernah wujud untuk dirinya.. orang cakap, kalo nak lupakan seseorang, kita kena replace tempat dia.. jadi aku cuba replace tempat dia... aku cuba berfikiran lebih matang.. aku cuba ikhlas dengan perasaan aku... melayan encik baru dengan hati yang baik.. lakukan apa yang termampu.. malah, encik baru betul2 suka akan aku..

tak sampai seminggu aku mula rasa bosan. aku rasa penat... aku rasa aku takboleh pergi jauh.. setiap hari aku cuba cari point utk putus tapi aku tak berjaya... sisa2 kasihan masih tebal dalam diri aku.. aku tak mampu sakitkan hati encik baru. dia layan aku baik sangat.. tapi hati aku??? hati aku tak pernah tenang bila bersamanya... tak pernah rasa selesa... tak pernah rasa ceria... aku rasa cam mainkan perasaan dia... sakitnya hati aku bila nak melayan iorg yang aku tak cinta.. baru aku tahu aku tak bersedia mencintai insan lain...


dalam hati aku masih ada encik H.. masih ada segala kebaikannya, masih ada senyumannya dan perasaan tenang bila bersamanya...seriously im in love with him... kenapa jadi macam nih... dan seriously, aku takut nak bercinta lagi... sakitnya aku rasa bila ingat balik,.. ada rasa rindu, ada rasa curiga.. dan aku sendiri tak pasti.. encik H, maaf sebab saya suka awak sangat2.

Saturday, June 4, 2011

luah perasaan~~ ^^V

assalamualaikum( waalaikumsalam... )
hai... rasanya sangat lama aku tak bukak blog aku nih... bukak tapi tangan ku kaku nak tulis apa.. sekadar bukak dan melihat lalu tutup balik.. hihihi.. bukan tak ada idea.. tapi banyak sangat nak tulis... bergunung 2 idea...dan tak tahu harus dari mana aku mulakan...

lately, aku rasa berat badan aku dah naik... waaa... badan sering rasa penat, cepat berpelooohh... aishhh... malunya.... bila lah aku nak kembali ke bentuk asal..!!! waaa!!!! banyak nyer dugaan nak kembali slim... dalam 2 minggu nih aku kena usaha nak kurus kan badan.. ala2 elena dalam vampires diaries..ka... hahhaha=D supaya aku dapat genggam impian nih!!! insyaALLAh...

bebaru ni aku praktikal kat LKM... penat lah.. tapi seronok blaja ... blaja formulation.. satu benda baru... hihihihi... rasa macam dah kerja...
mmglah kan!!!! kehekehkehekehe.... nak tau aku formulate apa? aku formulate shower cream... jgn mara...=) resepi?? mana boleh... private n confidential... ahahahha... byk songeh!!! ngat senang ke nak wat benda tu.,.. berMINGGU2 tau aku buat... wowowoowow.... penat seyh!!!!

hmmm.... dah tak de apa nak cakap... nak cau dulu.... nanti ada masa aku tulis lagi... byk sangat citer nak kongsi... tapi sabar lah.... ada masa aku tulis lagi... hihihihi=)sekian wassalam

Thursday, April 7, 2011

mak... rindu mak sangat2..

mak...adik rindu mak sangat2... rindu sangat3!!!! nak jumpa mak... mak kat sini tak best la... tak bole tengok mak senyum... nak dengar mak marah2... nak p pasar malam sesama... sedapnya kita makan putu piring ngan yong tau fu sama2... mak... adik nak balik... nak balik... rindu mak... rindu ayah... rindu anak buah... semua pun adik rindu..

mak... dah lama kita tak jumpa kan?? mak sihat tak?? ker.. mak buat2 sihat... mak kadang2 adik tau, mak tipu jer mak cakap mak sihat... tgapi sebenarnya tak...
mak adik tau kadang2 mak buat2 gembira... senang... tapi sebenarnya mak susah hati...

mak.. adik tak tahu sama ada adik boleh jadi setabah mak atau tak.. mak sangat sabar walaupun banyak dugaan yang menimpa... mak adik minta maaf sebab pernah buat mak menangis... pernah buat mak risau... adik minta maaf lagi sebab adik pernah buat mak tak senang tidur... mak adik minta maaf... mak adik takuuut... takuut kalau diuji macam mak... adik tak kuat... mak...sampai sekarang mak masih kena uji.. mak sabar lah... ada hikmah.. mak jangan luoa makan ubat...jangan tensen2... adik tak nak kehilangan mak... adik takut kehilangan mak... mak... adik tak sedia lagi... mak, semoga mak sihat selalu... semoga mak bahagia tak sedih tak nangis lagi...

Thursday, March 31, 2011

lelaki sama je kowt...

assalamualaikum wrt... hai salam satu malaysia jugak buat anda semua.. moga2 sihat hari ini dan seterusnya

entry kali nih nak cakap kenapa perempuan atau golongan wanita suka bila kecewa selalu anggap lelaki tuh sama jer semua??? hah?? sapa tau??? cepat angkat tangan sapa yang nak jawab!! hah! lambat.. biaq aku yang jawab...

sebenarnya, bila perempuan terluka, bila perempuan kecewa, perasaan itu sangat sama. sakitnya sangat dalam.. jadi walaupun species lelaki yang dorang jumpa tu tak sama tapi luka yang dorang toreh kat hati perempuan adalah sama. dan tempat yang dorang toreh tu sama gak.. sebab tu bila perempuan yang baru bukak hati dia pada sang jejaka, pastu kena tinggal, luka tu tambah-tambah dalam. tempat yang sama dan perasaan yang sama. bertalu2 n berulang.. !!!sebab tuh arr perempuan cakap lelaki semua sama...

lagi pun perangai laki mmg tak banyak beza pon... sebab kaum mereka nih kan ada satu jer napsu and napsu dorang kebanyakanyalah..kebanyakannyaaaaaalah... kebanyakannyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaalah... menjurus ke arah sex... sebab tulah perempuan malas nak layan. kalo dah start, hmm mmg payah nak berhenti.. selalunyalah..selaluuuuuuuuuuuuunyalah... lelaki suka anggap cinta itu adalah sex... n sex itu adalah cinta..

tapi..tapi..tapi... tak semua lelaki cenggini... lelaki yang cenggini selalunyalah ... selaluuuuunyalah... sang buaya darat... lelaki yang beriman, n berakhlak tinggi jarang berperlakuan macam nih... kepada para wanita... harap jauhkan diri anda dari boya darat yang tak guna tuh... sebab kalo sekali dah kena... susah nak cari jalan pulang... pas tu paling susah .. nak terima diri sendiri... takkan nak biarkan rasa kecewa berpanjangan kan???
baik waspada selalu....

nilah sebab kenapa perempuan selalu cakap lelaki sama jer.... sebelum dapat tawan hati perempuan, macam2 lah dilakukannya ...bila dah dapat... hmmm... tak tahulah nak habaq... lu pikiaq lah sendiri... bak kata apek, sendili mo ingat.. n satu lagi nak cakap... lelaki takkan mengaku dorang nih sama sebab dorang tak nampak persamaan perangai.. tapi mmg la kan, perangai bukan bole nampak... n dorang tak ngaku punya...

lovely: miss S

Monday, March 28, 2011

kadang2...



kadang-kadamg kau begitu baik...
kadang-kadang kau sangat kejam..
kadang-kadang kau terlalu dekat...
tapi selalunya kau menjauh...

apa yang cuba kau lakukan ini...
tak tahukah kau aku rasa tersinggung...
tak tahukah kau aku jua manusia?
tak tahukah kau aku juga ada pikiran..?

meskipun binatang, masih punya perasaan...
tahukah kau kebenaran itu?
biarpun binatang pasti ada perasaan sakitnya! dukanya!
kasihanialah aku..
jgn buat aku begini lagi
sebab aku tidak tegar untuk terus begini...
biarkanlah aku dengan duniaku...

bukan rupa yang ku cari..
bukan sasa yang kuperlu...
bukan kaya yang kumahu..
tapi cukuplah perasaan mu yang tak lukakan hatiku..

Saturday, March 26, 2011

Manusia paling J.A.H.A.T

assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada kawan2 semua... Apa khabar agaknya kalian?? semoga semuanya dalam keadaan baik2 sahaja...

episod hari ini nak paparkan ciri-ciri manusia yang di anggap JAHAT dalam Islam. ADA 9 SEMUANYA... harap2 kita semua jauh dari sifat2 yang berada di bawah...

>>>> daripada Asma' binti Umais Qasmiah, qola rasulullah swt,<<<<

1) Sejahat2 hamba Allah adalah orang yang BESAR DIRI & SOMBONG.
" dah lah sombong & menyombongkan diri sehingga terlupa pada Allah yg Maha Besar & Maha Tinggi"

2) manusia yang buruk adalah manusia yang PALING KERAS KEPALA & MELAMPAUI BATAS.

3) manusia yang paling jahat adalah LALAI & LUPA sehingga dia lupa tentang kubur & kereputan badan.

4) LUPA KEPADANYA , tinggi diri dan lupa pada asal kejadiannya

5) manusia menggunakan AGAMA UNTUK DUNIA

6) manusia MENJUAL AGAMA dengan jalan SYUBHAH.

7) manusia yang TAMAK DALAM MEMIMPIN

8) manusia yang MENGIKUT NAFSU

9) manusia yang menjadi HAMBA yang melakukan MAKSIAT

aku harap agar kita semua dapat sedikit input dari apa yang aku tulis.... amiiiinnnnn......... ^^V

Wednesday, March 23, 2011

aku sendiri

dalam menafsirkan diri aku.. siapa aku sebenarnya.. banyak betul kealpaan yang aku telah lewati... tapi, Allah swt itu maha Esa, maha Perkasa.. mengetahui setiap apa yang ada di bumi dan di langit. saat aku pandang pada pohon yangrimbun, saat aku melihat pada langit yang suram, saat aku merenung air mengalir... aku rasa diri aku sudah terlalu jauh menyimpang daripada kejadian Asal ku yang sebenar.. aku terlalu asyik dengan keduniaan sehingga aku sering mengabaikan suruhanNya...

terlalu banyak sifat ego yang membelenggu hati aku, terlalu banyak sifat tamak, sehingga kini aku merasa diri ku terlalu hina. hidup yang selama ini aku perolehi jauh dari sepatutnya. sesungguhnya Islam itu terbaik... menjaga setiap kesucian.. tapi aku alpa, aku sendiri menjeratkan diri dalam kancah kehinaan.

biarpun aku tersesat, Allah sentiasa ada.. memberi petunjuk.. selama aku alpa, selama aku sombong, dia tak pernah putuskan rahmatNya keatas ku... Dia tak pernah ambil orang yang ku Sayang, Dia sentiasa memberi peringatan kepadaku agar aku selalu kembali kepadaNya. malunya aku pada Allah swt, Tuhan sekalian Alam.. Akulah hamba yang tak pandai berterima kasih. akulah hamba yang ego, akulah hamba yangtak sedar dek untung...

aku MALU pada Nya.... semoga perubahan kali ini menjadikan aku lebih hampir kepadanya.. ISTIQAMAH selalu... aku terlalu rindu NIKMAT iman dan perasaan yang dekat dengannya.



Ya RABB... SESUNGGUHNYA KAU LEBIH MENGERTI HAMBAMU INI... DEKATKANLAH AKU DENGAN MU, JAUHILAH AKU DARI LARANGAN MU, TEGA KAN AKU AGAR AKU DAPAT MENEMPUHI SEGALA CABARANMU...
YA ALLAH YANG MAHA MENDENGAR,
AKU HANYALAH HAMBAMU YANG HINA..
TAPI PERKASALAH DIRIKU SEPERTI SAIDATINA SITI FATIMAH R.A
TABAHKAN HATIKU SEPERTI SAIDATINA KHADIJAH R.A
DAN BIJAKSANAKAN AKU SEPERTI SAIDATINA AISYAH R.A

YA ALLAH, BUKAN AKU SAHAJA, KAU BERIKANLAH PETUNJUK DAN HIDAYAH KEPADA RAKAN2 KU, JIRAN2KU DAN TAK LUPA PADA KELUARGAKU.. SEMOGA KAMI SEMUA TIDAK TERLAMBAT DALAM MENEMUKANMU...

AMIIN...

Wednesday, March 9, 2011

tak tau la nak habaq...







hai..assalamualaikum.. apa khabar kalian..dah lama rasanya tak tulih kat sini... sebuk menaip assignment hingga jarang masa terluang...hehheheXD

semakin lama hidup dalam universiti, semakin banyak perangai pelik yang aku temui. terutama perangai Hipokrit. srius! aku tak ley hidup dalam kehipokritan. tapi tak bermakna
aku tak bole berlakon untuk sukakannya. bole.. tapi kejap je lahkan.. pastu meluat. aku bukan lah jenis person, yang suka mempergunakan org lain untuk kepentingan sendiri.


hipokrit! hipokrit! hipokrit!! gila banyak orang hipokrit aku pernah jumpa sejak aku masuk dunia belajar nih. yang aku tak sangka plak.. hadoiii... nak mention nama, rasa tak baik plak kan??? t ada yang kenal.. tak tahu nak luah kat sapa.. mmg aku tak sangka sangat di keliling aku ni ramai org yang berpura2... sememangnya ramai yang menegakkan benang yang
basah! yang tak bole blah tu, mesti ker nak kutuk orang rapat ngan aku depan aku..??? agak lah wei... kan??? cubit paha kanan, paha kiri pun terasa gak...

kenapa tak bole terus terang? kenapa nak cakap belakang?
kenapa nak terasa kalo orang betul kan?
kenapa terasa diri hebat?
kenapa tak boley terima dengan baik?


sorilah geng.. aku tak ley jadi macam korang .. pandai bermuka2... aku bukan cam tu.. sius..
aku tak dapat lakukannya.. ko ada kelebihan tu, tapi aku tak de.. ko mmg hebat!! sungguh!! tapi tu bukan cara aku... maaf...ini hanya pandangan aku kepada mereka yang aku kenal. aku bukan nak mengaibkan, cuma aku bukanlah hipokrit.. kalau aku tak suka, tak berkenan aku terus terang. aku bukan setuju kat depan n bikin panas kalo kat belakang. sekarang nilah masa untuk perbaiki diri. aku pun bukan baik sangat pon, aku pon manusia yang kurang ilmu kadang2 buat org sakit hati. aku mmg serius kalo tabiat mnusia. aku paling benci org yang amik kesempatan atas kebaikan org lain. kalo ko kawan aku, aku jaga nama baik ko depan aku, aku takkan cakap keburukan ko dengan org lain kecuali dengan kawan2 baik kita bersama. aku cakap, untuk perbetulkan ko n tak nak ko hanyut dalam dunia yangpenuh kepura-puraan.

nabi pun suruh kita bersikap jujur dalam perbicaraan.. selama nih, aku diam,.. ya!! tapi kalo
perangai ko dah melampau. depan lecturer pun tak hormat, patut ker aku biarkan??? kau
pun manusia, akupun manusia, kalo ko cakap kat depan, orang tak nak dengar ko cakap, apa
ko rasa?
pastu, bila ada orang nak dengar ko cakap, ada orang lain plak halang? apa ko rasa?
kalo aku jadi lecturer tu, aku dah lama buang ko dari subject aku. ko bukan bodoh, masuk universiti plak, tapi respect lah org sekeliling ko..

kalo ko tak suka aku tak apa... mmg lah aku tahu jugak.. kita mmg tak sebulu. kalo selama ini ko baik pon sebab aku tahu, ko sekadar berbahasa sahaja... sememangnya kalo ko dapat, ko takkan bantu aku.. tapi aku nak cakap satu, aku tegur mungkin salah. mungkin tak kena pada tempat, itu aku tahu.. tapi sebelum ko meletakkan perasaan tak suka ko tu pada aku, ko renunglah balik. wajar atau tak aku tegur ko... hahahhaXD

no tocing2.. no hurt feeling...

periuk tak retak, nasi tak dingin,
ang tak nak, aku pun tak ingin...

apa pun, aku tak kesah kalo ko tak suka aku... yang penting aku tahu, aku tak hipokrit macam ko, aku tak pernah cemburui pada ko, n aku tak pernah tak suka ko. ko tetap kawan aku, sebab ko pernah tolong aku. aku takkan lupa budi baik ko.. pas ni aku tak nak dah makan budi ko.. takut aku di gelar tak kenang budi... hihihiXD

nah lagu utk korang yang tak suka aku..


p/s: aku tak pernah nak sangka buruk... tapi kalo aku dah stat sangka buruk.. aku takkan penag lupa gak nak sangka baik gak.. hahhaha. aku ni manusia jer...

Thursday, February 10, 2011

aku kan ada!!

hai..assalamualaikum... hari ini, air mata aku tak habis2 meleleh... huhuhu, bestfren aku, tak tahulah kenapa ngan dia.. hari ini aku nak citer sal sikap dia semenjak 2-3 hari ni sangat tak best...
hari ni rasa sedih sangat.. sebab kawan baik aku tak balas pon mesej aku.. huhuhu.. aku tahu dia ngah bad mood, tapi at least balas la kan.. dah 7 mesej aku sent dari 2jam yang lepas.. takkan pasal bad mood pon tak ley nak balas sikit..

sebagai seorang kawan yang sangat rapat, tentulah aku risau giler.. aku tak nak dia sakit.. aku tak nak dia bad mood.. lawak aku pon dia pon tak gelak.. dah 3 hari berlalu.. warrghhh... tensen giler!!!

bila nampak jer aku, dia tak bercakap pon.. dia buat tak kenal. senyum pon tak de.. hadoiii... macam aku pulak pesalah.. hukuman apa yang aku terima nih...

buat kau yang ku sayang,
senyumlah kembali.. aku rindu tawa ria mu... aku rindu gelak mu.. aku rindu untuk bermanja dengan kau.. kalo ko tak der, aku sunyi.. jangan lari dari aku...

~miss S~

Wednesday, February 2, 2011

my face!!!

hai..assalamualaikum.. heharap sihat lah ekk..
entry kali nih, nak cakap pasal my face..

semalam, aku tanya kawan baik aku.. muka aku nih macam india ke? nak tau apa respond dia??
"muka ko tu yang macam jual karpet.. tu..!!!"

cilaka betul!!! pang!!!aku tampaor muka dia. nehhh... padan muka kau.. sedap2 jer cakap muka aku macam pakistan jual karpet!!

ececcehh... tak lah, mana ada aku nak tampar muka dia.. aku ni kan baik, tapi aku rasa nak simbah asid jer kat muka dia. yelah, tak patut gila la kan?? cakap muka aku cam tu.. ngat aku ni apa? tak de perasaan langsung!!! berlapik la sikit.. kata lah muka aku macam hindi ker.. cantik macam rani mukherjee ke.. baru ler best aku dengar. huhhu. sekali cakap macam pakistan! sakit hati aku. nak jer aku cakap, muka kau tu macam piluX!!!

"abang maniiis.. mau beli karpet... ada baju juga!! bole bili terus, ansuran pun buleh.. " hahahah, terbayang plak aku yg jual karpet.. huhuhu.. sadis!!!

tapi nak buat macam mana an.. bukan salah aku.. huhuhu. mmg masa mak aku ngah ngandung kan aku, di ternampak sorang pakistan ni.. cantik , putih tinggi.. huhuhu.. sebab tu lah kowt.. huhuhu.. tak de lah nak salahkan sesiapa.. huhuhu.

dengan ini, aku terima muka aku ala2 pakistan... huhuhu. ahrgghhh... cantik aper... ada aku kisah?? toink2!!! ~miss S~

p/s: sedih aku carlos tak baik lagi... rawatan2!!!

perjalanan ke sndakan.

huhuhu... perjalanan yang paling aku rasa tak munasabah mahupun munasarawak.. walaupun sampai pada masanya, tapi aku still tak puas hati. ini kerana aku bayar rm42.00 tau!! sealunya rm 30-rm40.00.. huh!!! aku mintak harga rm 40.00 pon tak bley.. gila kerek kakak tuh!!! tak bole dik!! rm 42... aku rasa nak penyepak jer.. dah la bayar mahal, keadaan bus plak mmg tak best.. ada ke kosi dia pon patah sana sini...


yang aku tak bleh blah, aku rasa tertipu giler. ada ke patut diorang pi amik budak2 seklah maktab mara tawau. hadoi,,... budak2 tu plak, bising. bajet giler kowt... ada tu yang dalam bus, bukak plak tudung, terbang kowt.. huh, bajet rambut dia yang paling hot kowt..~~ tekanan aku. aku nak tido plak, tak bole,.. bus macam laju, tapi sebenarnya tak. gegar jer lebih. sakiiit hatiii!!


lagi aku tak bole blah, ntah berapa kali bus tu berhenti, nilah perjalanan aku yang pertama buat aku sakit hati dok dalam bus.aku dah takeh tahan!! terus ku bangun!! p kat pakcik bus. huhu, aku pun sound pakcik driver tu..

"pakcik, agak ar,.. orang nak cepat!! kalo agak agak pakcik ni nak berenti2, tak payah bawak bus express nih!! bawak jer bus dalam bandar. nama bus tu, bus berenti2.. tak delah org nak sakit hati!!!" pang!!! penampor sekali aku bagi!!kan!! buat2 tak dengar! ngat aku cakap ngan kosi?? hah !! padan muka!! suka sangat nak berenti2.. budak2 maktab mara n yang lain terus diam. baru dorang tau aku nih brutal!! ingat pakai tudung takleh nak ajar org!! yalah, kita dah bersabar, banyak plak cekadak dia! terus aku suh pakcik bus tu dok tepi, aku yang drive plak.. hahaha, tengoklah kehebatan aku!! mesti dorang semua respect kat aku nih, fuhh!!! bangga gila!!! kembang2 hidung aku nih!!


hihihihi.. mana ada aku mengarut jer kat atas tu.. mana aku berani nak sound2 orang. aku tetap bersabar and maintain ayu gituu!!! hahahha.. walaumacam mana pun aku sampai sandakan dengan baiknya, terus aku amik cab.. n balik umah abg aku.. driver tu plak letak harga rm15.00. gilak!! memang cekik darah jer sume org kat cni... huhuhu.. habis duet aku terbang2.. pasni catu makanlah.. macam penduduk yang banjir tu..


k lah.. need to go,.. itu jer laporan saya pada minggu nih.. ~Miss S~
p/s: carlos koma.. perlukan pembedahan segera.. sesapa yang punya wang lebih, rasa2 nak bantu, bole la menghulurkan bantuan segera.. huhuhu~~~

Sunday, January 9, 2011

Bila Mana N ketikanya..


BILA aku dengar lagu hanyut ni,.. dinyanyikan oleh faizal tahir..
terlintas dalam benak aku yang center ni, nak hadiahkan pada ex-boifren..
hmm..kununnya masih ingat kat dia larr..kan?? [tp mmg ingat gak, sikit2..hihi^^]
tapi KAN...,
ketika aku dengar balik lagu nih... ulang2.. mmg mantap..
dan lagu yang mantap,
tak perlu aku dedikasikan kepada sesiapa yang pernah sakitkan hati aku..
jadi, dengan ini.. aku dedicate lagu ni, khas untuk ayah & mak..
walaupun dorang tak baca blog aku, aku tahu dorang tahu..
bagaimana???
sebabnya, aku selalu nyanyi lagu ni bila kat umah... hahahha.
>.<


m0od : sedih.. sebab nak p blaja dah.. apa2 pon layaaaannnn...
~miss S~


Saturday, January 8, 2011

LANGIT 2


malam ini, langit mendung..
angin sepoi2 bahasa menyapa raup wajahku..
seakan, bayangan semalam menerpa ingatan aku..
kenangan bersama dia..
di mana aku sentiasa berharap kami berjumpa..
bertemu.. tersenyum memandang masing2..
bertaut jemari, sambil melihat langit kelam..

namun, itu ceritera semalam..
mana mungkin akan berulang kembali.
detik ini, air mata seolah terdiam..

jauhi daku..
mo0d: sayu kowt ~miss S~

Friday, January 7, 2011

D.I.A



manusia ni.. nama dia di rahsiakan... _._._._._._ ... hihihi
cam mana ley kenal dia? kat fb.. masa tu test2 je nak kawan.. nak tgk market.. hehehe, sesekali jadi nakal, tak salah kan?? belom kawen lah nak buat, kalo dah kawen nak buat, harap
dipertimbangkan dengan sebaik2nya la kan??? mati lah kalo perempuan dah kawen pon nak test market.. memang gatai la gamoknya...

hari ni nak citer pasal dia, sebab dia ni unik sangat.. dia nih, budak seni.. hensem, pandai bergaul.. tapi pelik, blom pernah couple.. dia cakap lah,.. kalo dia tipu aku, aku pun tipu lah pembaca sekelian.. hahaha.. org hensem, disenangi, tapi tak pernah couple,.. umo dia?? 2 tahun lebih tua dari aku.. tapikan, aku rasa aku tahu kenapa perempuan tak nak kat dia.. hahaha...
sebab, dia ni rajin suh org kol balik.. hahaha.. tokei balak pon ley botak.. hahahha.. gurlz mana suka nak kol2 ni.. kalo nak, awak lah kol.. apa lah.. ngok ngek.. senang jer hidup..

mulut dia ni.. manisla.. org yang ada diabetis, harap jgn dekati.. sebab takut tahap gula dalam darah meningkat secara mendadak. hahaha!! kalo perempuan dengar, mesti cayaq punya. tapi aku tak lah.. sebab, aku ni cepat bosan.. memula nak layan tu, seronok lah.. tapi lama2, bosan deyh.. gue mana tahan!! hahaha.. cakap pon melalut2 jer.. nak marah tak pepasal.. gila tak pepasal.. ntahlah...

manusia sekarang nih, selalu tak fikirkan perasaan org lain.. buat teman di luar sana, buatlah sesuatu atau carilah sesuatu yang kita suka, tapi tak menyusahkan org.. hihihi.=)

SEKADAR LALU LALANG JER.. HIHIHI.. NTAH GAMBAR SAPEW, I HENTAM AJER...
miss S

Thursday, January 6, 2011

LANGIT


apabila aku tenung bintang dilangit
air mata kian mengalir
aku menyapukannYA dengan belakang tangan
aku tahu, aku sedang merindui dia
yang dulunya pernah berbisik pada aku
"walau kita tak melihat bintang yang sama, tapi ingatlah.
. kita di bawah langit yang sama..
sama2 dalam kegelapan..
tarik nafasmu panjang2, pegang tanganmu dengan kejap, rasai kehadiranku..."

hati, berhentilah merindui orang yang tak sudi..
ecececeyyhh....
mood: jiwang.