AkU yg SoranG

My photo
blog ini di reka oleh aku untuk mengemukakan pendapat dan perasaan aku mengikut teori rasional aku. segala perbendaharaan kata adalah kurang bagus untuk digunakan dalam mana2 dokumen formal. ini hati aku, cinta aku, jiwa aku, yang sebenar. kala aku marah, kala aku gembira, kala aku suka, kala aku sedih.. semuanya di sini.. aku jahat? kejam? ya ..semua itu adalah aku.. Utk kamu yg kurang mengenaliku, aku tak perlukan cemuhanmu kerana takdir kita berbeza.

Friday, May 9, 2014

move on- BS indeed

salam

semalaman aku berfikir tentang komen nih...
dalam kesakitan aku pon rasa dia nih macam tak betol jer..




mencari2 siapa gerangan yang baik hati menyedarkan aku tentang perkara ini.
namun dalam dia memberi nasehat, aku rasa dia nih bias kowt.. hohohoho >o<

untuk pengetahuan Tuan/Puan Alam Barzakh saya tak mesej dah suami orangt tu malam2... 
saya pun belum bersuami, jadi saya nak heran apa kan..? Allah tarik, itu hak Allah.. sebab dia berkuasa dalam miliki sesuatu, kita manusia cuma berusaha dan bersyukur. 

suami kemalangan? heh.. suami pon tak dak lagi... nak kemalangan apa jadahnya.. kalo BS kemalangan sekarang, memanglah sedih, tapi tak perlu nak minta maaf & ampun kot.. and tak perlu sia2 hidup.. hidup kena terus jugak... memanglah hati rawan,, hidup kan.. kalo gembira jer... memang mustahil...

delete semua ni.. memang tak lah.. penat saya tulis.. lagi pun saya tak mention nama sesiapa.. sapa yang makan cili, dialah rasa pedasnya..kan?? nombor dia? mmg dah delete, fb dia tak pernah add pun...

luahkan pada Allah itu selalu... ya saya tahu blog saya nih ada banyak buruknya pada orang yang rasa buruknya saya, dan...
saya rasa saya tak salah dalam mencintai orang cuma masa dan tempatnya jer salah. cinta saya betul.. kalo awak rasa cinta awak tak betul, awak lah yang salah.. hohoho >.<

hai,bakal suami saya, Ok jer.. siap sokong lagi.. dia tahu cinta tak boleh dipaksa, tapi boleh di pupuk. dah kahwin nanti pandai2 lah hidup.. kalo tak pandai, sila belajar.. baca buku apa yang kan??? hati bekas kekasih saya? awak jangan salah anggap, dia bukan pengecut, tapi dia masih menjaga 4 maruah keluarga iaitu keluarga dia, keluarga tunang dia, keluarga saya, dan keluarga bakal suami saya. mulianya dia, kalo tak tercalar dah maruah keluarga tunang dia

memang saya kesian kat tunag dia masa tu, dah bercinta lama... umur pun dah meningkat.. sapa yang nak kalo umur dah macam tu, perangai lagi... wallahualam... kalo dia rasa dia baik, ramai lagi yang baik. saya tak baik, sebab tu saya menulis perkara yang saya tak suka.

orang berbudi tapi tak bersyukur.. mengugut lagi.. siap hantar mesej yang bukan2.. macam mana nak faham perasaan wanita MACAM NI if dia sendiri pun tak betul?
 kan???

saya tahu awak yang komen nih tak kenal saya macam mana, sebab tu awak sewenang2 jer menunjuk jari kepada saya, cuba buka minda awak sikit.. jangan jadi katak dalam tempurung.

saya takkan aniayai orang, cuma saya harap orang yang komen saya ni- awak lah.. percaya pada takdir. walau saya susah pun saya hanya meluah pada blog saya, dan saya menerima takdir walaupun payah. saya tak rasa saya dianiayai tapi itu hak Allah. ini KARMA. kalo Allah nak tunjuk, Kun fayaKUn. awak pun berhati2lah dalam memberi idea..

p/s: pelik.. macam tahu jer sapa yang saya maksudkan.. sedang saya tak pernah mention pun nama2 sesiapa. dunia2... semoga bahagia ke alam barzakh ye tak? anyway thanks...

1 comment:

  1. 'Asharah,

    Pertamanya, jangan berbohong. Tak perlu menjustifikasi sesuatu yang kamu lakukan jika kamu masih melakukan, atas urusan apa sekalipun.

    Kedua, segala perbuatanmu dan kenangan telah terakam dalam blog ini. Tanpa kamu mention nama sesiapa pun sudah boleh ditebak dengan tepat jika sudah lama menghadapi asam garam kehidupan dan perkahwinan.

    Ketiganya, jangan terlalu mengagungkan lelaki yg bukan suamimu. Dia mungkin saja mengaku kamu cinta pertamanya kerana kebosanan pada perhubungan yang berlangsung lama. Mungkin juga dia mengaku sang isteri cinta pertamanya suatu ketika dahulu. Bulat-bulat sahaja kamu mempercayainya, begitu demikian naifnya kamu, bukan?

    Keempat, kadang-kala kita merasakan orang tidak adil dalam menilai, namun kerana kita hanya memikirkan diri kita pada awal tindakan, kita telah memusnahkan hati & jiwa orang lain. Beruntungnya kamu jika dicintai bakal suami, perempuan akan berbahagia bila dicintai suami. Namun, tidakkah kamu dan si dia terfikir betapa sedihnya hati perempuan dalam perkahwinan dengan lelaki yang tidak mencintainya? Apakah kuasa yang kalian ada hingga memangsakan isteri tersebut sedangkan kalian mampu saja memutuskannya sebelum mana-mana pertunangan terjadi. Menjaga maruah keluarga? Memikirkan sudah lama bercinta? Putus cinta atau putus tunang bukankah lebih mudah dari perceraian. Namun ya, jodoh, ajal, maut di tangan Allah.

    Kelima, keindahan hati seseorang boleh dilihat dari ayat yang dituturkan mengenai orang lain. Kadang-kala kita ni cuma menunjuk-nunjuk baik dengan menulis 'cinta Allah', sedangkan tindakan kita hanya menurut nafsu & hati. Pandanglah hatimu sendiri, pantaskah kamu menghina wanita lain dari segi perangai dan umur, sedangkan tindakan tersebut mungkin berpunca dari perangai kamu dan dia yang tidak berfikir panjang & asyik melayan perasaan dengan terburu-buru mengejar lelaki idaman yang tidak jelas status perhubungannya? Siapakah kamu, sampai kamu fikir kamu layak memikirkan 'laku atau tidak' seseorang tersebut, sedangkan bila Allah sudah tetapkan jodoh, jika tak cantik atau andartu pun boleh kahwin juga. Orang yang tidak setia bukanlah seorang yang mulia. Perampas kebahagiaan orang juga bukan mulia. Bukalah juga tempurung di mindamu juga. Banyak lagi amanah kita dalam dunia ini. Mempercayai karma itu boleh membatalkan akidah.

    Anakku, cinta bukanlah perasaan. Cinta adalah pilihan. Bagus sekali kamu telah memilih yang lebih layak mencintaimu. Seorang lelaki yang benar-benar mencintaimu akan menikahimu, bukan hanya sekadar berani mencuri hatimu kerana jika cinta kalian itu benar, kalian akan sanggup menghadapinya asalkan dapat bersama. Jika ia hanya semilir angin, seketika singgah cuma, kalian tidak akan berani mengharung badainya.

    Buat MA00, ketika kamu berfikir tentang sesuatu yang indah diluar genggamanmu, ketahuilah di depan matamu, ada anugerah dan amanah Allah yang telah kamu pilih dan ditakdirkan untukmu. Kenangilah kebaikan-kebaikannya dan belajarlah untuk bercinta kembali. Mungkin Allah ingin mengajarmu tentang makna cinta yang halal, setelah sekian lama kau dan isterimu bercinta secara tidak halal sebelum ini. Saya sudah pun meminta 'Asharah untuk memadam luahan perasaannya pada kamu, dan sekarang, tindakanmu pula, untuk tidak lagi membacanya bagi memelihara rumah tanggamu. Ingatlah isteri bukan untuk disia-siakan.

    Dan buat isteri MA00, kita ini hanya manusia, hamba Allah, layak saja Allah mahu menguji. Semoga kamu berusaha menjaga diri dan melayan suamimu dengan baik, walau sehambar mana pun perasaanmu. Bukalah lembaran baru, lakarkanlah kisah cinta yang baru. Perjalanan kalian masih panjang, harap kamu akan melakarkan dengan yang indah-indah dan meletakkan hatimu hanya pada Allah jua.

    "When one door of happiness closes, another opens; but often we look so long at the closed door that we do not see the one which has been opened for us".

    Semoga ini menjadi pengajaran yang baik, semoga Allah memelihara maruah kalian semua.

    -Dari hati seorang ibu & isteri.

    ReplyDelete