AkU yg SoranG

My photo
blog ini di reka oleh aku untuk mengemukakan pendapat dan perasaan aku mengikut teori rasional aku. segala perbendaharaan kata adalah kurang bagus untuk digunakan dalam mana2 dokumen formal. ini hati aku, cinta aku, jiwa aku, yang sebenar. kala aku marah, kala aku gembira, kala aku suka, kala aku sedih.. semuanya di sini.. aku jahat? kejam? ya ..semua itu adalah aku.. Utk kamu yg kurang mengenaliku, aku tak perlukan cemuhanmu kerana takdir kita berbeza.

Sunday, May 4, 2014

tangisan Hati 2

tersungkur aku di atas sejadah
menangis merayu pada Allah yang Maha Mengasihi
agar diri ini dapat melupakan semua yang telah terjadi

hati ini menjadi hati tisu
mudah tercarik, mudah terkoyak, mudah basah dan mudah hancur
kenapa begitu sakit

sedang tadi aku rasa aku mampu berdiri,
kini hanya duduk lesu
sakitnya hati dihimpit2..

hati.. ini salah mu
meletakkan harap selain Allah.
jadi, bersabarlah sedikit lagi
semoga payah ini ada hikmahnya. sakit masih terasa kini.

yang aku meruntun,
persediaan perkahwinan,
dari segi majlis semua dah siap
tapi emosi dan fizikal ku?
melayang... jauh...
mampukah aku menjadi isteri solehah?
melayani orang yang aku tak cinta?
ikhlaskah aku nanti?
sakitnya...
aku takut aku tak mampu isteri yang dia impikan sedang hati ini mati.
tapi aku tak mahu gagal...
sebab aku tak merancang utk gagal.

kuatkah aku nanti...
BS,
pimpinlah aku nanti kerana hati ini terlalu banyak lukanya
hari2 aku rapuh..
hari2 aku berusaha untuk kuat
hari2 aku jatuh di timpa..
menitis air mata yang tak mampu kering...
aku perlu kamu untuk terus berpaut.

sakitnya hati dan rasa ini, tak tertanggung oleh pundakku.
YA Allah, ambillah nyawaku sebagai ganti.
aku tak mampu dengan rasa kecewa terhadap diri sendiri
semakin lama semakin dosa aku lakukan padamu
mengingati dia lebih dariMu, Ampunkan Aku..
akku percaya ini takdirku,
aku percaya qada & qadarmu
tapi hati ni terlalu sakit untuk mengerti
beban yang ada terlalu seksa
bernafas yang terhenti2.
dosa yang tak tertanggung...


No comments:

Post a Comment