AkU yg SoranG

My photo
blog ini di reka oleh aku untuk mengemukakan pendapat dan perasaan aku mengikut teori rasional aku. segala perbendaharaan kata adalah kurang bagus untuk digunakan dalam mana2 dokumen formal. ini hati aku, cinta aku, jiwa aku, yang sebenar. kala aku marah, kala aku gembira, kala aku suka, kala aku sedih.. semuanya di sini.. aku jahat? kejam? ya ..semua itu adalah aku.. Utk kamu yg kurang mengenaliku, aku tak perlukan cemuhanmu kerana takdir kita berbeza.

Tuesday, May 20, 2014

untuk yang HAK- yes kamu!

salam...

buat yang hak terhadap seseorang yang pernah saya sayang...

kamu,
yang tiba-tiba marah tak tentu pasal... marah yang tak kena pada tempatnya...
orang lain yang salah,... orang lain pula yang kena bahananya...saya tak suka cara kamu..

sungguh. jika saya yang salah.. berdepanlah dengan saya.. saya tak pernah nak marah.. sebab saya tahu apa yang saya buat. dan saya harap kamu pun tahu apa yang kamu lakukan.

saya sangat tak faham dengan perangai kamu..
apa motif kamu bagitahu BS saya? kamu nak bagitau yang saya ni jahat? saya ni gatal? dia tak pandai jaga saya? parent saya tak pandai jaga saya? adakah itu yang kamu maksudkan? jika itu.. kamu silap... silap yang sangat besar. sebab, mereka lebih tahu siapa saya.. jika kamu harap BS akan marah saya, kamu pun silap...

apa motif kamu ugut BS ttg saya? jika kamu rasa aman dengan ugut orang lain.. kamu silap besar. hanya org PENDEK AKAL jer yang melakukannya. saya ULANGI PENDEK AKAL. saya bukan jenis takut macam yang kamu sangkakan.

STOP!
kamu berhak untuk marah.. tapi kamu tak berhak untuk marah pada orang yang salah.  kamu berhak untuk rasa terluka dan rasa teraniaya, tapi kamu tak berhak nak mengugut.. kami tahu apa yang kami lakukan. dan kamu tak perlu risau. apa yang terjadi ada sebab dan ceritanya sendiri.

YES!
saya sedang berusaha melupakan segala perasaan yang ada pada MAOO. tapi saya bukan jenis yang meninggalkan orang tu 100% untuk melupakn rasa yang ada. sejujurnya, saya ingin melihat dia bahagia dengan apa yang dia miliki. sebab kami telah berjanji untuk membahagiakan apa yang kami miliki.
kami tahu kami takkan ke mana.. ini takdir.. ini kenyataan.  memang susah nak lakukan semua ini. tapi apa yang saya perlukan dari kamu, adalah.. kamu kena RASIONAL, BERSABAR, TERUS MENYOKONG.

kerana itu sahaja yang mampu MENGUBAH MAOO. JGN buat seperti kamu kelihatan sangat kurang pandai di mata saya.

mulai hari ini, saya hanya kawan MAOO.. dan takkan mungkin lebih dari itu. 

dan kamu yang hak... lakukan sebaik mungkin.. saya tahu kamu lebih baik dari saya. sebab itu kamu ditakdirkan untuk dia..perhiaskan diri kamu, perbaikkan akhlakmu, permuliakan biacaramu. semoga Allah permudahkan hubungan kalian.

kamu perlu tahu, cinta umpama energy. we cant destroy energy but we can transfer it. please, be medium to help him to transfer. sebab kamu mampu. berapa lama dia nak tunggu saya? dan kenapa kamu harus berserah? Come on.. world are fair. after he have child with u, he will forgetting his feeling towards me.. trust me. this happen for every couple. believe your fate girl.

belajarlah dari kesilapan sendiri. jgn menyusahkan orang yang kamu sayang dan orang yang sayang kamu. apatah lagi menyusahkan orang yang tak kamu kenali. sekian.

p/s: saya tak de tunang... kamu tak berhak cakap BS saya dayus, kalo kamu sendiri kurang pasti untuk siapa. dia hanya bakal suami dan belum ada hak atas diri saya. kalo saya kata kamu nusyuz, yes.. kena pada orangnya sebab kamu isteri orang. tapi tak kena pada perbuatan kamu. kamu belajar lagi k... jgn sampai orang cakap, belajar jer tinggi sampai master, tapi perangai... nauzubillah. semoga kamu berubah...  harap maklum.

 kalo kamu rasa saya salah, feel free to talk.



4 comments:

  1. Assalamualaikum saudari,

    sy terbaca nukilan hati saudari. Walaupun sy tak tahu cerita sebenar yg berlaku tp sy dpt rskan yg saudari berkwn dgn lelaki yg tak sepatutnya saudari dekati. Sy bukanlah seorang yg arif dlm hal ini tp sbg perempuan yg ada pengalaman dlm situasi ini sy berharap saudari cepat-cepatlah putuskan hbgn saudari dgn lelaki tersebut. Sy tahu bukan senang nak lepaskan seseorang yg kt sayangi tp saudari kena ingat dia dah ada isteri yang sah. Kt sbg kaum hawa sepatutnya faham isi hati kaum hawa yg lain bukannya menyakiti hati sesama sendiri. Cuba saudari bygkn kalau saudari berada di tempat isteri lelaki tersebut apa perasaan saudari? Takpun benda ni terjadi dlm keluarga saudari? Semestinya saudari jg akan marah bukan? Suami yg kt sayangi ada perempuan lain. This is the most hurtful moment for every wife. Oleh kerana saudari pun ada kekasih hati sebaiknya saudari jaga perhubungan saudari dgn bakal suami. Kt tak tahu apa yg akan terjadi di kemudian hari. Boleh jadi bnda ni jadi kat perkahwinan saudari jadi nasihat saya sebaiknya saudari berundur diri selagi blm terlambat kerana terangan2 saudari berada dipihak yg salah. Saudari tahu tak hubungan saudari dgn lelaki tersebut telah menggegarkan Arasy ALLAH s.w.t. Sebaiknya, sy nasihati saudari supaya tinggalkan lelaki tersebut. InsyaALLAH kalau saudari percaya pd ALLAH, apa yang ditakdirkan olehNYA pada saudari adalah yang terbaik. Dan buat masa skrg ini lelaki tersebut bukanlah yg terbaik utk saudari kerana dia telah memilih isterinya untuk dijadikan suri di hati dan temannya di Syurga kelak. Sesungguhnya ALLAH telah berjanji sekiranya kt menjaga hubungan kt dgn ALLAH maka baiklah segala-galanya dan sebaliknya akan berlaku jika saudari buat perkara yg bertentangan.

    ReplyDelete
  2. Sy bukan siapa2 utk munghukum atau menilai saudari atau sesiapa pun tp setahu sy blog saudari penuh dgn dengan cinta ALLAH, Cinta itu Hak ALLAH dan sy tertarik dgn kata2 yg saudari tulis ‘Cukuplah ALLAH bagiku dan hanya padaNYA aku bergantung harap’ jadi sekiranya saudari hanya perlukan ALLAH dan hanya padaNYA saudari bergantung percayalah apa yg terjadi ini yg terbaik buat saudari. Lepaskanlah cinta ‘nafsu’ dan kembalilah pada cinta ALLAH. InsyaALLAH ALLAH akan palingkan hati saudari kepada yg berhak dan yg sah. Sesungguhnya, ALLAH adalah pemilik segala hati. Ilmu tanpa AMAL adalah sia-sia kerana apa yg sy amati dr blog saudari, suadari seolah-olah mengiyakan cinta itu milik ALLAH dan cinta itu adalah pilihan maka saudari seharusnya tahu menilai cinta mana yg sebaik-baiknya utk saudari. Jika saudari tetap berlengah dengan mendambakan cinta yg bukan milik saudari sy boleh simpulkan bahawa saudari telah memilih cinta nafsu dari cinta ALLAH. Kalau betul saudari telah menerima takdir ALLAH bahawa dia bukan utk saudari berhentilah menulis tentangnya dan berhubungan dengan lelaki tersebut. Terima takdir dengan hati yang terbuka. Buat masa sekarang lelaki tersebut bukan jodoh saudari. You deserved someone better dear and don’t waste your precious time for someone like him. Treat your partner well. Sebagaimana pun lelaki tersebut mengucapkan cintanya pada saudari kt tak tahu sedalam mana cintanya buat saudari. Adakah sedalam lautan hindi? And there’s no guarantee that he’ll love you until Jannah. If he can do this to his wife there’s possibility he’ll do the same to you. What goes around comes around and you, yourself ever talked of ‘KARMA’ before so you must be familiar about it. Don’t do this to yourself my dear, it’s not fair to you, to his legally wife and your future husband. Sy tahu sy tak layak nak menegur saudari tp sebagai kaum hawa dan seorang perempuan yg penah bercinta dengan suami orang sy hanya boleh beri nasihat sahaja. Percayalah pada ALLAH, insyaALLAH everthing will be fine.

    ReplyDelete
  3. Kt tak perlukan master utk something yg perlukan common sense mcm ni. And please stop menulis perkara yg tak elok pada sesiapa pun dan berdoalah pada ALLAH utk kebahagian mereka dan jg saudari.

    Ingatlah, cinta tak semestinya memiliki. Kalau saudari cinta dan syg pada lelaki tersebut lepaskanlah dia dan biarkan dia hidup bahagia bersama isterinya. Tolonglah, berhusnuzhon daripada sukhzhon.

    Akhir kalam, sy berharap saudari mengejar cintaNYA sebelum mengejar cinta manusia.

    Wassalam.

    ReplyDelete
  4. Bagus nasihat kamu.. Byk kbaikan.. Tapi Saya ingatkan kamu.. Saya bukan lg kekasihnya sjak dia bernikah. Harap kamu faham. Smua org pun terluka. Kami pun terluka. Bkn wife dia saja.. Jgn krana dia berhak. Smua simpati beralih kpd dia hgga membutakan siap tgkah lakunya. Diajuga harus faham smua INI perlukan masa. JD bersabar Dan terus berusaha. Bukan mudah nk lupakan prasaan yg ada. Saya sdg berusaha.

    ReplyDelete